Umpama Ada Magnet Nak Kena Dekat Aje Ini Sebab Anak Merengek Bila Tak Nampak Ibu Dia


Bila dah biasa sangat duduk bersama ibu dan menyusu, ada masanya agak sukar untuk kita ‘menjauhkan diri’ dari anak. Yalah, bila kita tak ada mulalah dia meragam mencari ibunya. Aduh! Dek kerana anak suka mengempeng, sukar untuk ibu melakukan kerja-kerja lain. Sudahnya, ibu pun terlelap sama. Jika anda mahu berhenti menyusukan bayi, cubalah cara ini.

Artikel Menarik: [Manjanya! Ini Sebab Kenapa Anak Perempuan Suka Sangat Duduk Bawah Ketiak Ayah]
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.

4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Bayi suka mengempeng mengikut usianya. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payudara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini:
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Artikel Menarik: [Musim Covid Hantar Berpantang Ke Kampung Susah, Suami Kongsi Caranya Jaga Isteri]
GUNAKAN PENGGENDONG BAYI
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM BERHENTI MENYUSUKAN
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.

CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.

OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu. Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.

Artikel Menarik: [Wanita Ini Kongsi ‘Checklist’ Barangan Dapur, Elak Lupa Beli Barang Penting]
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI

The post Umpama Ada Magnet, Nak Kena Dekat Aje. Ini Sebab Anak Merengek Bila Tak Nampak Ibu Dia! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/umpama-ada-magnet-nak-kena-dekat-aje-ini-sebab-anak-merengek-bila-tak-nampak-ibu-dia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Nampak Ibu Mula Menangis Ini Sebabnya Anak Asyik Nak Melekat 24 Jam

Tak Nampak Ibu Mula Menangis Ini Sebabnya Anak Asyik Nak Melekat 24 Jam

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 351 hits
Tidak dinafikan anak yang sentiasa melekat dengan kita sedikit mengganggu kerja kerja menguruskan rumah tangga Malah hendak membiasakan anak dengan pengasuh pada awalnya terasa sedikit mencabar Pun begitu jangan dipersalahkan anak kecil kit...
Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

Anak Tak Pandai Nak Buat Kawan Baru Ibu Ayah Kena Ajar Si Kecil 7 Skill Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 329 hits
Seiring dengan peningkatan usia si manja perkembangan sosial kanak kanak juga perlu diperluaskan Terdapat 7 skil perkembangan sosial anak yang perlu anda terapkan dalam diri mereka Jom baca Perkembangan sosial kanak kanak Kanak kanak yang m...
Kalau Nak Hujan Langit Jadi Seperti Aurora Ini Yang Anak Austime Nampak Dalam Dunia Malam Mereka

Kalau Nak Hujan Langit Jadi Seperti Aurora Ini Yang Anak Austime Nampak Dalam Dunia Malam Mereka

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 433 hits
Sungguh indah rupanya suasana waktu malam dari penglihatan anak autisme seperti yang dikongsi oleh En Mungkin tidak ramai yang mengetahui disebalik kehidupan anak anak ini jika tidak ada yang sudi berkongsi SubhanAllah cantiknya mungkin itu...
Ada Masa Layanlah Anak Merengek Menangis Itu Sebab Allah Nak Bagi Pahala Buat Kita

Ada Masa Layanlah Anak Merengek Menangis Itu Sebab Allah Nak Bagi Pahala Buat Kita

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 333 hits
Alasan sibuk bekerja hingga masa dengan anak terhad itu biasa bagi ibu bapa zaman sekarang Namun anak tetap ada perasaan dan nak juga kita melayan mereka Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita se...
Pasang Impian Nak Normal Selepas Bersalin Czer Doktor Ini Jelaskan Apa Yang Patut Ibu Tahu

Pasang Impian Nak Normal Selepas Bersalin Czer Doktor Ini Jelaskan Apa Yang Patut Ibu Tahu

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 400 hits
Wanita yang pernah melahirkan anak melalui pembedahan biasanya mengharapkan untuk bersalin normal untuk kelahiran yang seterusnya Ada sesetengah kes yang berlaku seperti bekas pembedahan terbuka dan sebagainya membuatkan si ibu merasa gerun...
Ingatkan Prihatin Sebenarnya Ibu Ayah Kawal Semua Benda Anak Tak Pandai Berdikari Emosi Terganggu

Ingatkan Prihatin Sebenarnya Ibu Ayah Kawal Semua Benda Anak Tak Pandai Berdikari Emosi Terganggu

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 465 hits
Sebagai ibu ayah sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak anak Kalau boleh tak mahu mereka susah kita sanggup lakukan apa saja untuk memudahkan kehidupan mereka Dalam diam sebenarnya kita tak sedar yang sebenarnya tela...
Hiburan Kenapa Lama Betul Pregnant Peminat Soal Ain Edruce Tak Sabar Nak Tengok Anak

Hiburan Kenapa Lama Betul Pregnant Peminat Soal Ain Edruce Tak Sabar Nak Tengok Anak

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 328 hits
Pelakon dan juga pengacara Ain Edruce telah menarik perhatian peminat apabila tampil sakan beraya meskipun kandungannya kini sudah pun mencecah 9 bulan Ain yang turut memuat naik foto OOTD lebaran kali ini kelihatan riang gembira menyambut ...
Kecil Tapi Garang Keberanian Anak Badak Lindungi Ibu Yang Dirawat Sentuh Hati Warganet

Kecil Tapi Garang Keberanian Anak Badak Lindungi Ibu Yang Dirawat Sentuh Hati Warganet

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 568 hits
Sudah menjadi lumrah buat semua ibu di dunia untuk melindungi anaknya Begitu jugalah dengan haiwan seperti badak Ibu badak sememangnya merupakan ibu terbaik dalam kalangan haiwan di dunia Ini kerana walaupun mereka tegas dan sangat melindun...
Nak Tengok Mama Senyum Lebar Azfar Heri Hadiahkan Ibu Dekorasi Taman Dan Tanaman Hijau Sempena Hari Ibu

Nak Tengok Mama Senyum Lebar Azfar Heri Hadiahkan Ibu Dekorasi Taman Dan Tanaman Hijau Sempena Hari Ibu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 583 hits
SEMPENA hari ibu yang disambut pada 9 Mei sudah pasti ramai di antara kita yang menyambut hari ibu dengan pelbagai cara Selain itu bagi seorang yang bergelar ibu mungkin tidak terlalu susah untuk mereka mengukir senyuman melihat usaha anak ...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf