Umno Tidak Ambil Pusing Potensi Hilang Kerusi Parlimen Sipitang



Umno tidak ambil pusing potensi hilang kerusi parlimen SipitangPosted By: Pentadbiron: December 04, 2018 Print EmailUmno sudah tidak lagi peduli kalau terlepas kerusi Parlimen Sipitang setelah penyandangnya Yamani Hafez Musa terus menghilangkan diri, belum juga lagi mengangkat sumpah jawatan, lebih enam bulan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa berkata parti itu sudah terima hakikat yang persaingan merebut kuasa kerajaan persekutuan sudah berakhir.“Soal (hilang kerusi) itu saya rasa sudah tidak menjadi perkara besar,” katanya kepada The Malaysian Insight.Umno sekarang hanya mahu menumpukan perhatian bersiap-siap menghadapi PRU15 akan datang, tambahnya.“Dari segi Umno, kalau kerusi hilang pun, parti jalan terus… yang penting kita fikirkan pilihan raya akan datang. Sekarang ini sudah game over (tamat),” katanya.Jelas Annuar, Umno sekarang tidak sibuk mencari ahli Parlimen untuk menambah bilangan kerusinya, tidak seperti Bersatu.“DAP, PKR dan Amanah tidak sibuk untuk cukupkan kerusi. Ini soal Bersatu hendak tambah kerusi untuk kukuhkan kedudukan mereka,” katanya.Hafez, anak bekas ketua menteri Sabah Musa Aman, bakal hilang kerusi yang dimenanginya pada 9 Mei lalu jika tidak mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen sebelum 15 Januari tahun depan.Annuar bagaimanapun berharap Hafez, yang dipercayai berada di luar negara, akan pulang untuk mengangkat sumpah sebelum tarikh berkenaan.Mengikut Perkara 59 Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas Dewan Rakyat mula bersidang.“Kalau boleh kita mahu dia angkat sumpah dengan segera tetapi dia tidak ada di dalam negara. Saya tidak pasti di mana. Umno tidak tahu di mana dia sekarang.“Dia tidak angkat sumpah kerana masih berada di luar negara, belum balik. Kalau ada dalam negara, dia sudah angkat sumpah,” katanya.Hafez menang kerusi Parlimen Sipitang dengan majoriti 852 undi, mengalahkan calon Warisan, Noor Hayaty Mustapha dan calon Parti Harapan Rakyat, Dayang Aezzy Liman.Selepas PRU14, beliau dilaporkan menemani ayahnya ke London pada 17 Mei untuk menjalani rawatan kesihatan, namun sehingga hari ini beliau tidak dapat dikesan.Dalam pada itu, Annuar mengaku ada dalam kalangan ahli Parlimen Umno tidak dapat menerima hakikat yang parti itu sekarang sudah jadi pembangkang dan masih mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan yang memerintah.“Siapa hendak duduk dalam Umno duduk, siapa hendak menyeberang, boleh menyeberang, tiada masalah… sebab ada sesetengah orang hendak duduk dalam kerajaan.“Esok bila kita menang, dia minta masuk balik. Dia bukan hendak berjuang ikut parti. Dia hendak duduk dalam kerajaan, tidak boleh duduk sebagai pembangkang.“Kita sebagai orang politik kena bersedia untuk memainkan pelbagai peranan tetapi mereka yang tidak tahan, hendak duduk dalam kerajaan, cari kerajaanlah. Jadi siapa-siapa hendak duduk dalam kerajaan, pergilah,” kata ahli Parlimen Ketereh itu.Sejak PRU14, enam ahli Parlimen Umno keluar parti, termasuk dua bekas menteri Kabinet Mustafa Mohamed dan Anifah Aman. Mustafa kini menyertai Bersatu, bersama seorang lagi Ahli Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali, yang juga keluar Umno. –

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2018/12/umno-tidak-ambil-pusing-potensi-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 360 hits
Oleh MP UMNO DAN PAS BERPERANANAhli Parlimen UMNO dan PAS menyuarakan bantahan mereka kepada pengkhianat negara di Parlimen Malaysia Bersyukur atas peranan yang mereka mainkan Jika di India ada pengkhianat seperti itu saya percaya dia tidak...
Alhamdulillah Ramai Mufti Bersuara Sebagai Pemandu Kerajaan Setelah Umno Hilang Kuasa 8721

Alhamdulillah Ramai Mufti Bersuara Sebagai Pemandu Kerajaan Setelah Umno Hilang Kuasa 8721

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 496 hits
Takdir dan ketentuan Allah Subhanahu Wa Ta alla Mudah mudahan Kerajaan Malaysia hari ini tidak membonekakan Agamawan dan Cendikiawan Islam In Syaa Allah itu menjadi petanda baik dari Allah jua untuk Malaysia Aamiin Bro dan Sis PSI Syariat I...
Pas Puas Hati Bela Najib Umno Sia Siakan Peluang Bela Th Mara Felda Di Parlimen

Pas Puas Hati Bela Najib Umno Sia Siakan Peluang Bela Th Mara Felda Di Parlimen

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 356 hits
Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin mendakwa PAS mempunyai agenda membela Najib dan Umno samada dahulu mahupun sekarang Foto NSTP oleh Raja Bahrin Shah Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan menyatakan harapan beliau supaya pendedahan ska...
Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

Ahli Parlimen Sabah Mungkin Keluar Umno Kerana Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 417 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa nbsp UMNO nbsp tidak menolak kemungkinan ahli Parlimen di Sabah berhasrat meninggalkan parti itu disebabkan masalah kewangan Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan khabar angin men...
Pekerja Lynas Protes Di Luar Parlimen Bimbang Hilang Kerja

Pekerja Lynas Protes Di Luar Parlimen Bimbang Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 403 hits
Pekerja Lynas mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen hari ini KUALA LUMPUR Seramai 130 pekerja Lynas Corporation Ltd Pahang yang khuatir dengan masa depan mereka di syarikat itu berikutan apa yang didakwa berpunca daripada masalah pe...
Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

Isu Kerusi Parlimen Cameron Highlands Akan Dibincangkan Pada Mesyuarat Ph

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 277 hits
SAIRUL ZAMRI MISRANI 30 November 2018 7 31 PM KUALA LUMPUR Mesyuarat Pakatan Harapan akan membincangkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur yang memba
Bekas Ahli Parlimen Umno Langau Politik Kata Zahid

Bekas Ahli Parlimen Umno Langau Politik Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 373 hits
Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bekas ahli Parlimen Umn tidak membawa bau sampah ke dalam Umno KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan ahli Parlimen yang meninggalkan parti itu sebagai langau politik Oleh kerana...
Surah Ini Jika Dibaca Pada Air Kemudian Diminum Insyaallah Akan Hilang Dukacitanya Dan Terpelihara Dari Terkejut

Surah Ini Jika Dibaca Pada Air Kemudian Diminum Insyaallah Akan Hilang Dukacitanya Dan Terpelihara Dari Terkejut

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 495 hits
Biasanya kita mendengar ayat ini dibacakan serta diamalkan akan melapangkan jiwa yang lara menjinakkan anak yang degil dan nakal dan turut menerangkan hati sesiapa sahaja untuk memudahkan menerima setiap pelajaran yang dipelajari Dengan nam...
52 Kadet Ptd Gagal 4 Lagi Terus Hilang Kerja

52 Kadet Ptd Gagal 4 Lagi Terus Hilang Kerja

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir dan diplomatik digugurkan daripada program terbabit Sumber memberitahu sebuah laman portal berita mereka yang ditamatkan termasuk empat pegawai kontrak ya...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti