Pas Puas Hati Bela Najib Umno Sia Siakan Peluang Bela Th Mara Felda Di Parlimen


Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin mendakwa PAS mempunyai agenda membela Najib dan Umno samada dahulu mahupun sekarang. – Foto NSTP
oleh Raja Bahrin Shah
Ketua Penerangan Pusat PAS Nasrudin Hassan menyatakan harapan beliau supaya pendedahan skandal dana Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak menjadi “satu lagi siri balas dendam” kerajaan terhadap BN.
Inilah sikap keprihatinan beliau terhadap Umno yang memerintah lebih 60 tahun dan meninggalkan hutang lebih RM1 trilion untuk ditanggung rakyat Malaysia.
Perlu diingat mereka yang membuat laporan polis adalah pegawai-pegawai baru yang mengambil alih pengurusan Tabung Haji.
Jika tiada laporan dibuat, merekalah yang akan dipersalahkan atas apa jua salah tadbir atau salah guna kuasa kemudian hari.
Untuk melindungi diri daripada tuduhan salah laku, selepas mengaudit kewangan Tabung Haji mengikut peraturan mereka mestilah membuat laporan apa jua kesalahan yang dikesan.
Ini juga prosedur yang diperlukan untuk laporan kepada SPRM jika diperlukan.
Ia adalah prosedur biasa, dan tidak timbul langsung isu balas dendam seperti yang dicadangkan oleh Nasrudin Hassan. Malah tidak timbul isu teori konspirasi yang dramatik.
Mengimbas kembali skandal yang melanda negara kebelakangan ini, satu pola sikap sangat konsisten nampaknya telah wujud.
Apabila skandal 1MDB hangat dibahas sebelum PRU ke-14, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggesa Najib Razak dibenarkan menghabiskan penggal penuhnya sebagai perdana menteri.
Abdul Hadi juga menyatakan dalam skandal antarabangsa 1MDB yang luas – dan termasuk wujud elemen siber – wajib ada empat orang saksi.
Pelbagai alasan di beri untuk membela Najib.
Selepas tamat tempoh Najib memerintah, hutang 1MDB sebesar bukit jadi menggunung besarnya dan bertukar sebagai skandal mega bertaraf dunia.
Timbalan presiden PAS dan beberapa anggota jawatankuasa parti itu pula – setelah diberi taklimat oleh ketua pegawai eksekutif 1MDB ketika itu – menyatakan mereka “berpuas hati” dengan penjelasan Arul Kanda Kandasamy.
Keadaan itu berlaku ketika tidak ada seorang pun daripada mereka merupakan pakar kewangan atau akauntan.
Sekali lagi pelbagai alasan diberi untuk membela Najib.
Jelas kelihatan bahawa sekarang agenda membela Najib dan Umno menjadi keutamaan PAS.
Hari ini Najib dan beberapa orang lain berdepan puluhan – atau mungkin ratusan – tuduhan serius di Malaysia serta di seluruh dunia.
Selepas pimpinan atasan PAS menggesa Najib diberi peluang menghabiskan penggal sebagai perdana menteri, dan PAS juga berpuas hati tidak ada salah laku dengan penjelasan 1MDB, syarikat itu akhirnya mencatat skandal kewangan terbesar dunia!
Anggota kabinet Najib juga terlibat dengan bermacam tuduhan di mahkamah, malah ia melibatkan dakwaan salah laku pengurusan di agensi yang dekat dengan orang Melayu, seperti Felda, Mara dan Tabung Haji.
Boleh dikatakan semuanya melibatkan hampir 100 peratus kepentingan orang Islam dan Melayu yang diikrar PAS dan Umno kononnya untuk dibela mereka.
PAS – parti Nasruddin – banyak membisu dan lebih banyak memberi alasan lemah untuk tidak menekan isu 1MDB, selain pendedahan berkaitan Tabung Haji di parlimen sejak sebelum PRU ke-13 lagi.
Dakwaan balas dendam dalam isu Tabung Haji tidak timbul langsung kerana skandal itu bukan perkara yang baru ditimbulkan.
Rafizi Ramli telah menimbulkan isu salah guna kuasa dalam Tabung Haji beberapa tahun lalu malah beliau dibawa ke mahkamah untuk menghadapi tuduhan.
Sebenarnya Nasrudin dan rakan-rakannya gagal menjalankan tanggungjawab mereka semasa di parlimen kerana mereka terlebih dulu berpeluang membela nasib pendeposit Tabung Haji, iaitu masyarakat Islam dan Melayu.
Justeru sekarang janganlah pula cuba mengelirukan dan mengganggu siasatan kes Tabung Haji seperti mereka cuba mengelirukan dan membela Najib dalam skandal 1MDB.
Ingatlah sebahagian besar penyimpan dan pelabur Tabung Haji bukan sahaja orang Islam dan Melayu. Sebahagian besar mereka ialah petani, nelayan dan orang kampung yang kurang kemampuan.
Mereka marhaen yang terlebih terdahulu perlu dibela PAS berbanding Najib dan rakan-rakan Umno mereka.
Pembelaan itu mesti dibuat walaupun mungkin PAS terhutang budi dan terhutang derma daripada orang Umno.
DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH ialah pemimpin Amanah, timbalan menteri di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, juga senator dari Terengganu. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau.
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
KLIK BACA: Mahathir gagal tadbir Malaysia, kata Jho Low selepas didakwa gubah wang haram RM4 bilion
KLIK BACA: Dulu PAS bela Najib dan Umno, terlepas peluang bela TH, MARA dan Felda – Raja Bahrin
KLIK BACA: Rafizi: Terbukti, saya sanggup ke penjara kerana Tabung Haji
KLIK BACA: Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya kenapa, soal peguam Americk Sidhu
KLIK BACA: Najib bantai PH, Petronas dijarah
The post PAS ‘puas hati’ bela Najib-Umno, sia-siakan peluang bela TH, MARA, Felda di Parlimen appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190604/pas-puas-hati-bela-najib-umno-sia-siakan-peluang-bela-th-mara-felda-di-parlimen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 696 hits
Melayu Pemalas Di Larang BacaBiarlah kalau orang muda kita sendiri pun kata himpunan Daulat 812 hanya kerja sia2 sahaja Tambahan pula di katanya modal politik UMNO dan PAS sahaja Lagi pun peluang dalam isu ICERD inilah titik penyatuan terba...
Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

Isu Tabung Haji Dulu Orang Tak Percaya Sebab Pas Memberikan Cop Puas Hati

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 360 hits
Dalam banyak banyak pendedahan yang saya pernah terlibat antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji Saya mula mempersoalkan penglibatan dana Tabung Haji de...
Terengganu Pas And Umno To Demand Petroleum Royalty From Federal Gov T

Terengganu Pas And Umno To Demand Petroleum Royalty From Federal Gov T

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 305 hits
DUN TERENGGANU A committee will be formed before the end of the year to discuss with the Federal Government regarding the payment of petroleum royalty said Terengganu Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar He told the state assembly that the a...
Najib Expedite Process To Return Seized Rm116 7m To Umno

Najib Expedite Process To Return Seized Rm116 7m To Umno

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 166 hits
Najib Abdul Razak has urged the court and police to expedite the process on the RM116 7 million seized from residences linked to him in May which the former prime minister claims belongs to Umno He was responding to news reports that the co...
Kuil K Jaan Negeri Gagal Penaksub Ph Tuduh Umno Pas

Kuil K Jaan Negeri Gagal Penaksub Ph Tuduh Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 202 hits
Isu Kuil Seafield Kebodohan Penyokong PH Masih MisteriApa punca kekecohan di kuil dan Kebodohan Penyokong PH Kekecohan di kuil Seafield adalah kerana konflik dalaman konflik dengan pemaju dan PALING UTAMA kegagalan kerajaan negeri Selangor ...
Amanah Saran Pas Umno Sujud Syukur Jamu Pisang Di Masjid

Amanah Saran Pas Umno Sujud Syukur Jamu Pisang Di Masjid

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 256 hits
Mahfuz Omar berkata isu perkauman di negara ini bukan kerana ICERD tetapi disebabkan tahap pemikiran KUALA LUMPUR PAS dan Umno disarankan mengadakan sujud syukur dan membuat kenduri jamu pisang jika benar mereka mahu meneruskan perhimpunan ...
Bolehkah Pas Bergabung Dengan Umno Ini Jawapanya

Bolehkah Pas Bergabung Dengan Umno Ini Jawapanya

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 177 hits
PAS gabung UMNO Bolehkah Tak boleh bergabung Bas lain lain Satu bas nak ke Kuantan satu bas nak ke Ipoh Jadi nak bergabung macamana kalau saudara nak ke Ipoh tak boleh naik bas ke Kuantan Selagi destinasi ini tidak diubah sama tak boleh ber...
Pas Teman Sejati Baru Umno Kata Zahid

Pas Teman Sejati Baru Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 277 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru agar anggota parti itu supaya tidak bimbang kerjasama dengan Pas Sambil menegaskan Umno tiada niat untuk membentuk gabungan dengan PAS Zahid berkata mereka bagaimanapun perlu bekerjasama ata...
Muhyiddin Suruh Pas Umno Buat Di Masjid Saja Doa Selamat Kesyukuran Icerd

Muhyiddin Suruh Pas Umno Buat Di Masjid Saja Doa Selamat Kesyukuran Icerd

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 265 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak perlu bagi PAS dan Umno membuat himpunan bantahan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di padang Merbuk pada 8 Disember Menteri Dalam Negeri Tan Sri M...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered