Umno Tiada Kata Putus Atas Lantikan Singkir Pm Kata Peguam


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-January 5, 2021 11:40 AM
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu mengadakan sidang Parlimen tergempar untuk menguji keabsahannya.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu mengadakan sidang Dewan Rakyat tergempar untuk melihat sama ada beliau mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk terus menerajui kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata peguam.

Mereka berkata, keputusan UMNO bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak boleh menentukan nasib Muhyidin kerana pendirian parti itu tidak relevan dan tiada kesan dalam pelantikan serta penyingkiran perdana menteri.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Muhyiddin boleh menggunakan Peraturan Mesyuarat 11 (3) Dewan Rakyat untuk mengadakan persidangan bagi menguji tahap sokongan daripada Ahli Parlimen.

“Sebut saja undi percaya atau usul tidak percaya, speaker tidak boleh menolaknya jika ia datang daripada ketua dewan, merupakan perdana menteri,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan sedia ada, hanya Ahli Parlimen, bukannya parti politik yang boleh menentukan nasib perdana menteri, jawatan yang dilantik Agong secara berperlembagaan.

“Sekarang masa sesuai untuk menguji keabsahannya sebagai perdana menteri dan menganggap permainan UMNO sebagai temberang,” katanya sambil menambah hanya pendirian 38 Ahli Parlimen UMNO yang akan menentukan nasib Muhyiddin.

Peguam itu mengulas kenyataan pemimpin UMNO susulan mesyuarat perwakilan bahagian yang berlangsung hujung minggu lalu.

UMNO Pulai meluluskan resolusi yang meminta pemimpin parti itu segera keluar dari kerajaan PN untuk memaksa pilihan raya umum (PRU) diadakan

Muhammad Rafique Rashid Ali.
Ketuanya, Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata, perwakilan dalam mesyuarat agung tahunan itu sebulat suara memutuskan reputasi UMNO akan tercemar kerana parti itu akan dipersalahkan atas kegagalan PN mentadbir dengan betul.

Ketua UMNO Pontian, Ahmad Mazlan berkata, PRU perlu diadakan secepat mungkin memandangka vaksin COVID-19 akan diberikan kepada rakyat.

Ahmad, yang juga setiausaha agung UMNO, berkata PRU satu-satunya jalan untuk menyelesaikan ketidakstabilan politik disebabkan PN berpaut kepada kuasa yang disifatkannya “majoriti paling tipis di dunia”.

Ketua UMNO Pekan dan bekas perdana menteri, Najib Razak berkata, UMNO mesti meninggalkan PN, sambil memberi amaran peranan sokongan parti itu dalam pentadbiran kerajaan sekarang akan “membunuh” UMNO secara perlahan-lana.

“Kita harus keluar, jika terus kekal (dalam PN) maka (kedudukan) UMNO akan berakhir sebagai parti politik yang berpengaruh,” katanya

Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, MKT parti itu akan membincangkan usul penolakan kerjasama dengan PPBM yang diputuskan 143 daripada 191 bahagian esok.

Peguam Syed Iskandar Jaafar al-Mahdzar berkata, resolusi UMNO itu umpama “kata-kata di angin lalu” dan tiada kesan undang-undang terhadap kedudukan Muhyiddin.

“Kedudukan perdana menteri diputuskan Ahli Parlimen dipilih di Dewan Rakyat,” katanya memetik Perkara 43 (2)(b) Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang, dalam keputusannya, mungkin mendapat sokongan majoriti.

Beliau berkata, perdana menteri yang tewas dalam undi percaya boleh meletak jawatan atau meminta Agong membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya.

“Namun, Perkara 40 (2)(a) memberikan hak mutlak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tidak mengadakan pilihan raya kilat,” katanya sambil menambah, dalam keadaan itu, Agong akan mengulangi pelaksanaan di bawah Perkara 43 (2)(b).

Peguam Jayaseelan Anthony berkata, parti politik hanya boleh menamakan calon, tetapi Ahli Parlimen sebenarnya yang mewakili pengundi di kawasan mereka.

PN berkuasa Mac lalu, susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan ketika Dr Mahathir Mohamad, pengerusi PH ketika itu, meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Majoriti mudah 112 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/umno-tiada-kata-putus-atas-lantikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Mesti Putus Hubungan Dengan Ppbm Secepat Mungkin Kata Nazri

Umno Mesti Putus Hubungan Dengan Ppbm Secepat Mungkin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 219 hits
January 9 2021 5 10 PMAhli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz PETALING JAYA Umno perlu memutuskan hubungan dengan PPBM secepat mungkin bagi mengelak lebih banyak masalah kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz Saya setuju macam mana Naji...
Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

Ppbm Selangor Tidak Ketagih Simpati Umno Sedia Lawan Jika Terpaksa Pada Pru Kata Rashid

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 213 hits
PETALING JAYA PPBM Selangor masih berusaha berunding dengan UMNO mengenai pengagihan kerusi di Selangor namun bersedia bertembung dengan parti itu pada pilihan raya umum ke 15 jika terpaksa kata Pengerusi PPBM Selangor Abdul Rashid Asari Be...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 333 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

Umno Bawa Usul Putus Hubungan Bersatu Ke Persidangan Agung

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 240 hits
Mesyuarat majlis tertinggi Umno malam tadi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Bersatu dalam perhimpunan agung Umno yang akan diadakan pada 31 Januari Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata majlis te...
Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

Mkt Umno Sudah Setuju Putus Kerjasama Dengan Bersatu Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 239 hits
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah bersetuju dengan usul untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun menjelaskan keputusan...
Umno Cukup Kuat Untuk Tanding Bersendirian Kata Nazri Bung

Umno Cukup Kuat Untuk Tanding Bersendirian Kata Nazri Bung

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 372 hits
PETALING JAYA Dua pemimpin UMNO menolak dakwaan parti itu tidak cukup kuat untuk bertanding bersendirian melawan Perikatan Nasional jika pilihan raya umum akan datang Bekas ahli Majlis Tertinggi Nazri Aziz dan Ketua UMNO Sabah Bung Moktar R...
Suara Mahukan Umno Direformasi Dah Tak Kedengaran Kata Khaled

Suara Mahukan Umno Direformasi Dah Tak Kedengaran Kata Khaled

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 191 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 44 pmSeorang pemimpin kanan Umno menyatakan rasa cemas apabila melihat proses pembaharuan dalam parti itu didakwanya kini tidak lagi berjalan seperti yang sepatutnya Naib Presiden Umno Mohamed Khaled N...
Pekebun Durian Dapat Penangguhan Perintah Usir Kata Peguam

Pekebun Durian Dapat Penangguhan Perintah Usir Kata Peguam

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 251 hits
Pekebun durian di Raub kini boleh mengusahakan tanah mereka tanpa gangguan pihak berkuasa PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan penangguhan interim untuk 204 pekebun durian Musang King di Raub Pahang sehingga selesai rayuan mereka ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense