Umno Cukup Kuat Untuk Tanding Bersendirian Kata Nazri Bung




PETALING JAYA: Dua pemimpin UMNO menolak dakwaan parti itu tidak cukup kuat untuk bertanding bersendirian melawan Perikatan Nasional, jika pilihan raya umum akan datang.
Bekas ahli Majlis Tertinggi, Nazri Aziz dan Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin merasakan parti itu berjaya menangani dakwaan dan kritikan yang dihadapinya dalam kempen pilihan raya umum 2018.
Mereka berkata, parti itu menjadi lebih kuat dan rakyat turut menyedari kegagalan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.
Berlaku keretakan dalam hubungan UMNO-PPBM beberapa bulan ini, menyebabkan 143 daripada 191 bahagian UMNO memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PPBM pada PRU15, dengan ada yang berkata, mereka hanya mahu bekerjasama dengan PAS, yang merupakan sekutu PPBM dalam Perikatan Nasional.
Nazri berkata, parti itu tidak perlu bertanding bersendirian, selagi PAS mahu bekerjasama dengan mereka.
“Kami mahu bekerjasama dengan PAS. Bersama kita adalah dua parti Melayu terbesar dan tertua. Tetapi, jika mereka tidak mahu bekerjasama dengan kami, apa boleh kami buat? Kami hanya bertanding bersendirianlah.”
Katanya, PAS pernah bertanding bersendirian banyak kali, dan walaupun tewas, mereka terus berbuat demikian.
“Jadi, kenapa kami tidak boleh?” soalnya.
Beliau berkata, UMNO kini dalam keadaan berbeza berbanding PRU 2018, apabila pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap pemimpinnya.
“Ketika itu, ada pengundi merasakan kami perlu dihukum. Kami sudah (dihukum) dan belajar daripadanya, kami menjadi lebih kuat.
“Sekarang, rakyat menderita akibat kegagalan kerajaan Pakatan Harapan dan rakyat tidak gembira dengan Perikatan Nasional, jadi apa yang berlaku pada 2018 tidak semestinya berlaku pada PRU akan datang.”
Bung pula berkata, penolakan terhadap PPBM oleh akar umbi UMNO ialah mesej kepada semua yang UMNO tidak gembira.
Katanya, beliau lebih suka UMNO tidak bertanding bersendirian kerana ia lebih kuat jika bekerjasama dengan parti lain, tetapi “jika kami bertanding bersendirian, ia tidak akan sama dengan dahulu. UMNO sangat kuat dan akar umbi kami kuat”.
Mohamed Khalid NordinBeliau berkata, PH berkempen pada 2018 dengan banyak dakwaan salah dan membuat pelbagai janji yang tidak dapat dikotakan.
“Rakyat melihat Barisan Nasional sebenarnya baik, itu sebabnya saya fikir kita boleh buat lebih baik.”
Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, mesyuarat perwakilan bahagian menyediakan platform untuk ahli akar umbi bersuara, dan pucuk pimpinan parti akan sentiasa mengambil kira sentimen mereka.
“Pada 2018, terdapat isu berlainan dalam pemikiran rakyat. Sekarang ada isu lain. Apapun, UMNO bahagian jelas mereka tidak mahu bekerjasama dengan PPBM dan mereka boleh menerima PAS. Kami tidak tahu apa pendirian akar umbi PAS.”




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/umno-cukup-kuat-untuk-tanding.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Bung Say Umno Strong Enough To Go It Alone

Nazri Bung Say Umno Strong Enough To Go It Alone

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 227 hits
Senior Umno members Nazri Aziz and Bung Moktar Radin believe Umno is capable of taking on the general election without partners PETALING JAYA Two Umno leaders have dismissed claims that the party is not strong enough to stand on its own sho...
Umno Mesti Putus Hubungan Dengan Ppbm Secepat Mungkin Kata Nazri

Umno Mesti Putus Hubungan Dengan Ppbm Secepat Mungkin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 223 hits
January 9 2021 5 10 PMAhli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz PETALING JAYA Umno perlu memutuskan hubungan dengan PPBM secepat mungkin bagi mengelak lebih banyak masalah kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz Saya setuju macam mana Naji...
Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

Kerajaan Pn Akan Tumbang Jika 5 Lagi Mp Umno Tarik Diri Dari Sokong Muhyiddin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 235 hits
January 11 2021 KERAJAAN Perikatan Nasional akan tumbang jika sekurang kurangnya lima ahli Parlimen Umno menarik diri daripada menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin kata Nazri Aziz Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata kelab penyokong ahli ...
Rundingan Dengan Pas Selesai Umno Bertanding 96 Kerusi Pada Pru15 Nazri Aziz

Rundingan Dengan Pas Selesai Umno Bertanding 96 Kerusi Pada Pru15 Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 300 hits
UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Perkara itu dimaklumkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri...
Bn Boleh Kembali Kuat Jika Disertai Parti Melayu Lain Kata Penganalisis

Bn Boleh Kembali Kuat Jika Disertai Parti Melayu Lain Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 256 hits
freemalaysiatoday com December 28 2020 7 13 AMPenganalisis politik berkata BN perlu mencari sekutu politik yang boleh menguatkan gabungan itu selain MCA dan MIC PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata kekuatan Barisan Nasional da...
More Umno Mps May Withdraw Support Says Nazri

More Umno Mps May Withdraw Support Says Nazri

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 226 hits
More Umno MPs are expected to withdraw their support from Muhyiddin Yassin s government a senior Umno MP said today Padang Rengas MP Nazri Aziz said more Umno members may follow in the footsteps of Machang MP Ahmad Jazlan Yaakub who announc...
Umno Tidak Kemaruk Pru15 Boleh Ditunda Jika Kes Covid 19 Meningkat Nazri Aziz

Umno Tidak Kemaruk Pru15 Boleh Ditunda Jika Kes Covid 19 Meningkat Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 310 hits
Tidak perlu adakan Pilihan Raya Umum ke 15 jika kes COVID 19 terus meningkat Demikian kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari ini Ket...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 340 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Pas Hadapi Kesulitan Kerana Sertai Pn Tanpa Persetujuan Umno Kata Tajuddin

Pas Hadapi Kesulitan Kerana Sertai Pn Tanpa Persetujuan Umno Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 294 hits
freemalaysiatoday com January 2 2021 2 22 PMPASIR SALAK Tindakan PAS menyertai Perikatan Nasional tanpa persetujuan UMNO untuk bersama parti serpihannya PPBM menyebabakan parti Islam itu kini terikat dalam keadaan yang menyulitkan kata Peng...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan