Umno Tiada Calon Kabel


Oleh Mohamed Farid Noh  Ahmad Zahid, Mohamad dan Hasni dan pemimpin dalam majlis di Iskandar Puteri, Johor, hari ini. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan Johor ISKANDAR PUTERI: Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan dalam pemilihan calon untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan tidak mengemuka 'calon kabel', sebaliknya menurunkan hanya calon terbaik.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemilihan calon terbaik bagi menghadapi PRN Johor penting supaya kemenangan mutlak dapat dicapai.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata kemenangan mutlak perlu dicapai BN di Johor sekali gus membuktikan kebangkitan parti yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.
"BN perlu melakukan perubahan berani pada PRN Johor dengan menampilkan calon terbaik yang tidak menggunakan 'kabel' bagi memastikan kebangkitan parti.
"Calon PRN Johor mesti WALI, iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) dan 'likeable', (disukai). BN tak perlu calon kabel.
"Insya-Allah, saya, pemimpin UMNO dan BN bersama pemimpin Johor akan tentukan calon terbaik supaya perubahan dapat dilakukan di Johor dengan kita mencapai kemenangan lebih besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Pusat Operasi Zon Barat, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengarah PRN Johor serta Pengerusi BN Johor merangkap Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yang juga Ketua Penyelaras PRN Johor.
Turut hadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah memaklumkan kepada Hasni supaya berunding dengan ketua-ketua bahagian supaya dapat menampilkan calon terbaik.
"Ketua bahagian saya tahu tak akan calonkan nama sendiri. Pengundi muda ramai, calonkan calon muda.
"Pengundi wanita juga ramai, jangan lupa calonkan ramai calon wanita.
"Orang lama pun ramai, maka calonkan juga mereka.
"Kita mahu BN menang besar. Maka, lakukan perubahan terutama dalam pemilihan calon," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut sedang meneliti manifesto BN yang terbaik untuk dikemuka kepada pengundi.
"Saya yakin walaupun manifesto ini nanti bukan kitab suci, namun ia mampu dilaksanakan dan bukan janji palsu.
"Saya akan pastikan dan pantau segala janji yang kita kemukakan dalam manifesto BN wajib dilaksanakan," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/umno-tiada-calon-kabel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 256 hits
Walau apa pun alasan serta tujuan PRN Johor diadakan matlamat besarnya tidak lain ialah untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU15 akan datang Untuk itu oleh kerana PRN Johor boleh dianggap sebagai reahersal atau raptai sebelum ketibaan PRU...
Mat Hasan Majority In Umno Against Partnering With Pas For Polls

Mat Hasan Majority In Umno Against Partnering With Pas For Polls

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 331 hits
PAS may still be harbouring hope for an electoral pact but Umno deputy president Mohamad Hasan said most Umno divisions in Johor prefer to go solo in the state polls Mohamad was asked to respond to the differing opinions in Umno on whether ...
Pas Leader Umno Has Forgotten Our Help Now Lusting For Power

Pas Leader Umno Has Forgotten Our Help Now Lusting For Power

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 275 hits
A PAS Ulama leader lamented that Umno has fallen back to its old ways of lusting for power after scoring a series of major political victories including successfully installing its own prime minister and winning a landslide victory in the M...
Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

Kos Rm150 Juta Buat Prn Johor Bukan Satu Pembaziran Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 245 hits
AGENDA DAILY Datuk Mohd Puad Zarkashi Belanja RM150 juta yang bakal digunakan untuk menampung kos mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor bukan satu pembaziran kata seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Puad Zarkashi Malah Puad tidak meliha...
Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 397 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi kata bekas Ketua H...
What S The Logic Behind Seat Demand Umno Veep Asks Pas

What S The Logic Behind Seat Demand Umno Veep Asks Pas

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 250 hits
Khaled Nordin says the seats that BN lost in the 2018 general election were also contested by PAS PETALING JAYA An Umno vice president has questioned PAS rationale in demanding for seats that Barisan Nasional lost in the last general electi...
Umno Masih Berimej Parti Rasuah Perlu Segera Rehatkan Zahid Najib

Umno Masih Berimej Parti Rasuah Perlu Segera Rehatkan Zahid Najib

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 277 hits
agendaily com26 1 2022Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan UMNO merehat atau menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak UMNO tidak ada pilihan dan tidak boleh menunggu lebih lama lagi seb...
Prn Johor Umno Bahagian Tak Terima Pas Jadi Rakan Kerjasama

Prn Johor Umno Bahagian Tak Terima Pas Jadi Rakan Kerjasama

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 268 hits
agendaily com26 1 2022Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada pertemuan bersama Badan Perhubungan UMNO MCA dan MIC Johor di Johor Bahru hari ini Majoriti kepemimpinan UMNO peringkat bahagian tidak mahu menjalin h...
Prn Johor Belum Bincang Dah Tuduh Kita Tolak Tawaran Tak Patut Pas Bidas Umno

Prn Johor Belum Bincang Dah Tuduh Kita Tolak Tawaran Tak Patut Pas Bidas Umno

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 294 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tuduhan PAS menolak tawaran empat kerusi Dewan Undangan Negeri diperuntukkan oleh Umno kepada parti itu pada pilihan raya negeri Johor tidak sepatutnya dibuat kerana belum ada perbincangan mengenai agihan kerusi a...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi