Umno Masih Berimej Parti Rasuah Perlu Segera Rehatkan Zahid Najib


agendaily.com26/1/2022
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menasihatkan UMNO merehat atau menyingkirkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

UMNO tidak ada pilihan dan tidak boleh menunggu lebih lama lagi sebaliknya perlu segera merehatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak, bagi membuang imej parti itu yang terpalit dalam belenggu rasuah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad malah berpendapat Zahid dan Najib sekarang ini menggunakan UMNO untuk membebaskan mereka daripada pertuduhan di mahkamah.

Menurutnya beliau pada awalnya memuji Najib kerana melepaskan jawatan Presiden UMNO – susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 – dan Zahid pula bercuti setelah dihadapkan ke mahkamah.

Namun, katanya setelah UMNO yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Mohamad Hasan menang tiga pilihan raya kecil secara berterusan, Zahid kembali menerajui parti dan Najib pula diangkat sebagai penasihat.

“Saya melihat ini sebagai tanda UMNO tidak akan berubah. Apa yang berlaku semenjak itu hingga sekarang menunjuk ke arah itu.

“Najib dan Zahid nampak seperti mula menggunakan UMNO untuk membebaskan diri mereka daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka, manakala ahli-ahli MKT menurut perancangan mereka.

“Dalam keadaan itu saya tidak fikir UMNO akan berubah,” katanya dalam tulisan terbaharu hari ini.

Abdul Hamid turut mengingatkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRU15, ini adalah kali pertama pengundi berusia 18 tahun dan 21 tahun akan mengundi.

Beliau berkata perkataan ‘rasuah’, ‘penyalahgunaan kuasa’, dan ‘integriti’ menjadi faktor yang amat mempengaruhi golongan muda ketika ini, dan Pakatan Harapan (PH) akan menjadikannya senjata paling tajam terhadap UMNO.

Sekarang ini pun, katanya PH telah memulakan perang saraf dengan memperbesar-besarkan tuduhan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“Bagi saya, inilah faktor utama yang, jika tidak ditangani dengan tegas, akan menyebabkan kekalahan UMNO/BN dan memungkinkan berulangnya pemerintahan PH.

“Maka, UMNO tidak ada pilihan. Ia mesti buang imej rasuah yang ada padanya. Ia mesti rehatkan pemimpin-pemimpinnya yang terlibat atau terpalit dengan rasuah. Najib dan Zahid mestilah berundur atau direhatkan.

“Diharapkan Majlis Tertinggi UMNO dan/atau Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan pada 16 hingga 19 Mac 2022 ini akan dapat menyelesaikan isu ini sebelum PRN Johor dan PRU 15. Menunggu Perhimpunan Agung UMNO 2022 mungkin terlalu lewat.

“Untuk pulih semula UMNO perlu membersihkan dirinya daripada pemimpin-pemimpin yang terlibat atau terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka hendaklah berundur atau disingkir. Terus terang saya telah menyebut nama Najib dan Zahid,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/01/umno-masih-berimej-parti-rasuah-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

Guna Modal Kes Zahid Tak Laku Dalam Prn Rakyat Masih Sayang Umno Mohamad

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 228 hits
agendaily com24 1 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahnya membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram hari ini Gambar A...
Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

Dan Cacat Kah Umno Kalau Najib Dan Zahid Undur Diri Dari Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 253 hits
HENSEM dan macho sangatkah umno bila mereka masih di umno Inilah rumahtangga umno Jangan sampai jadi keluarga 69Apa PENDIRIAN UMNO terhadap Azam Baki MEMPERTAHANKAN kerana sudah sebati Tulisan LALITHA tidaklah seberat pendedahan Rafizi dala...
Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

Zahid Najib Must Go To Improve Umno S Image Says Ex Cj

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 196 hits
Allegations have been made of a deal to drop charges against various MPs including Najib Razak and Ahmad Zahid Hamidi in exchange for their support in the Dewan Rakyat PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi and Najib Razak must step down as Umno ...
Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

Bekas Ketua Hakim Najib Dan Zahid Perlu Berundur Untuk Pulihkan Imej Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 288 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Penasihat Barisan Nasional jika parti itu berniat membersihkan imejnya yang terpalit dengan kumpulan korupsi kata bekas Ketua H...
Mahkamah Arah Zahid Bela Diri Atas 47 Pertuduhan Rasuah Jenayah

Mahkamah Arah Zahid Bela Diri Atas 47 Pertuduhan Rasuah Jenayah

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 315 hits
malaysiakini comAhmad Zahid Hamidi perlu membela diri dalam 47 pertuduhan jenayah pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana berpuluh juta ringgit daripada Yayasan Akalbudi Bekas timbalan perdana menteri itu di...
Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 366 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012 iaitu dua tahun sebelum PRU 14 saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul tetapi masalahnya adalah pemimpin pemimpinnya Untuk p...
Zahid Dedah Beliau Pernah Di Ugut Di Gertak Supaya Membubarkan Umno Selepas Pru 14

Zahid Dedah Beliau Pernah Di Ugut Di Gertak Supaya Membubarkan Umno Selepas Pru 14

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 183 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau pernah diugut dan digertak supaya membubarkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke 14 Presiden UMNO itu berkata parti dan pemimpinnya juga diugut akan menanggung akibat jika tida...
Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

Kah Kah Sebenarnya Dua Dua Parti Penipu Melayu Pas Kata Umno Umno Kata Pas Dua Dua Hampas

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 170 hits
Rundingan kerusi PRN Johor Pas kata Umno menipuJanuary 27 2022 PAS berpendapat sebarang dakwaan daripada parti lain mengenai rundingan pembahagian kerusi melibatkan mereka di Johor adalah suatu pembohongan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Mu...
Kem Umno Zahid Rancang Beberapa Siri Prn Sebelum Pertembungan Akhir Pru15

Kem Umno Zahid Rancang Beberapa Siri Prn Sebelum Pertembungan Akhir Pru15

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 175 hits
Kem Umno yang diketuai presidennya Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang sekurang kurangnya tiga lagi pilihan raya negeri dengan harapan dapat mengembalikan semula pengaruh kuat di Dewan Undangan Negeri sebelum menamatkannya dengan pertembung...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa