Prn Johor Raptai Pru15 Ini Masa Terbaik Umno Muktamadkan Calon Pm


 
Walau apa pun alasan serta tujuan PRN Johor diadakan, matlamat besarnya tidak lain ialah untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU15 akan datang.
Untuk itu, oleh kerana PRN Johor boleh dianggap sebagai “reahersal” atau raptai sebelum ketibaan PRU15, keputusan yang harus dicapai BN bukan sekadar untuk menang cemerlang, tetapi juga perlu menampakkan UMNO sebagai parti yang ada masa depan untuk mentadbir negara ini.
Untuk UMNO dan BN dilihat sebagai parti yang ada masa depan, mahu tidak mahu, prasyarat pentingnya ia mesti tidak menyembunyikan siapa calon Perdana Menterinya.
Sementara PH tetap menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan PN mahu menonjolkan Mahiaddin Md Yasin sekali lagi sebagai Perdana Menteri, malangnya UMNO sehingga kini masih tidak berani menamakan siapa calon Perdana Menterinya.
Lebih malang lagi sikap UMNO itu ialah kerana sementara Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO sendiri sudah berada di atas kerusi Perdana Menteri, ia masih lagi berahsia siapa calon Perdana Menterinya selepas PRU15 akan datang.
Tidakkah ini sebenarnya amat pelik?
Bukankah oleh kerana Ismail Sabri sudah berada di kerusi tersebut, manakala Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih perlu membela diri atas 47 pertuduhan rasuah di mahkamah, Timbalan Presiden, Mohamad Hasan pula bukan merupakan Ahli Parlimen, malah mempunyai rekod menyebabkan Negeri Sembilan jatuh ke tangan PH dalam PRU14 lalu, begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak sudah disabitkan bersalah dan entah bila kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan akan didengar, satu-satunya calon yang UMNO tidak harus ragu-ragu menonjolkannya ialah tidak lain selain Ahli Parlimen Bera yang merupakan Perdana Menteri sedia ada?
Jika bukan Ismail Sabri, UMNO mahu siapa lagi?
Dalam hal ini, memandangkan tarikh akhir PRU15 harus diadakan selewat-lewatnya pada Mei 2023, bermakna UMNO tidak punya banyak masa lagi untuk berdepan dengannya.
Dengan tempoh masa yang boleh dikira relatif singkat itu, PRN Johor hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh UMNO sebagai gambaran keinginan menuju kemenangan dalam PRU15.
Untuk itu, UMNO seharusnya tidak berlengah lagi untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, seterusnya memberikan beliau lebih peranan dalam PRN Johor ini.
PRN tidaklah sama dengan PRK di mana biasanya Perdana Menteri tidak terlibat dalam banyak perkara berkaitannya.
Lebih-lebih lagi disebabkan PRN Johor ini merupakan penanda aras penting dan “reahersal” sebelum ketibaan PRU15, keberadaan serta penglibatan Perdana Menteri tidak boleh dipandang sepi atau diabaikan begitu saja.
Jika BN kalah, ia tentu saja akan merencatkan perjalanan menuju kemenangan yang selesa dalam PRU15 akan datang, tetapi jika menang sekali pun, namun tanpa ada calon Perdana Menteri yang ditonjolkan, kemenangan itu tidak pula memberi apa-apa makna.
Sebaliknya kemenangan itu nanti akan terus menyebabkan teka-teki di kalangan rakyat dan kepada ahli serta penyokong UMNO sendiri.
Tambah buruk lagi jika di sebalik teka-teki yang tiada jawapan itu,diselitkan pula dengan gambaran seolah-olah Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang ada kes mahkamah atau Najib yang sudah disabitkan bersalah atau Mohamad Hasan yang tiada apa-apa kedudukan di Parlimen serta negerinya sendiri jatuh ke tangan pembangkang, turut diletakkan sama sebagai calon Perdana Menteri?
Adakah membiarkan keadaan itu berterusan lebih mampu memberi keyakinan kepada rakyat untuk mengundi BN atau segera menamakan Ismail Sabri yang sudah sedia sebagai Perdana Menteri sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15, berupaya memberi lebih keyakinan untuk UMNO dipilih menerajui kerajaan?
Kepada pimpinan UMNO – tepuk dada tanyalah selera!! – ShahbudinHusin 05/02/2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/prn-johor-raptai-pru15-ini-masa-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Raptai Pru15

Prn Johor Raptai Pru15

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 184 hits
Pilihanraya Negeri Johor amat meriah Tiga gabungan politik besar akan bertanding iaitu Barisan Nasional Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional Turut akan meramaikan ialah Parti MUDA Pejuang Warisan Parti Bangsa Malaysia Mungkin Parti Putra ...
Prn Johor Nama Afdlin Shauki Disebut Sebut Sebagai Calon Pkr

Prn Johor Nama Afdlin Shauki Disebut Sebut Sebagai Calon Pkr

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 213 hits
Pelakon dan penerbit Afdlin Shauki tidak menolak wujud spekulasi namanya dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya untuk parti politik PKR Walaupun tidak memandang kedudukan dalam parti Afdlin tetap menyatakan kesediaannya untuk menyan...
Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

Umno Perlu Buang Imej Rasuah Sebelum Prn Johor Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 401 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam ucapan dan rencana saya semenjak tahun 2012 iaitu dua tahun sebelum PRU 14 saya secara konsisten berkata bahawa UMNO berada di atas landasan yang betul tetapi masalahnya adalah pemimpin pemimpinnya Untuk p...
Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

Prn Johor Mb Tak Pandai Tadbir Umno Pula Menyusahkan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 189 hits
Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad tidak tahu mentadbir negeri itu walaupun mempunyai majoriti satu kerusi Mengambil contoh keadaan di Kelantan pada 2004 lalu Kera...
Bersatu Tikam Belakang Umno Masa Prn Sabah Kata Najib

Bersatu Tikam Belakang Umno Masa Prn Sabah Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 230 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa UMNO berasa dikhianati selepas Perikatan Nasional meletakkan calon di 17 kerusi dan enam calon bebas dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bagi memecah undi Barisan Nasional Katanya perkar...
Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

Prn Johor Ph Sedia Beri Peluang Calon Muda Bertanding Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 230 hits
January 25 2022 Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang menggariskan calon diketengahkan pada pilihan raya negeri Johor mesti kuat berpengalaman muda termasuk membabitkan wanita merangkumi semua komponen parti PORT DICKSON Pengerusi Pakat...
Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

Persiapan Prn Mt Umno Serah Kepada Umno Johor Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 224 hits
satuberita myBy January 22 2022 Ismail Sabri merangkap Naib Presiden UMNO hadir pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli Biro Politik UMNO Kelantan Foto BERNAMANAIB Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ahli Majlis T...
Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

Tamparan Knockout Bagi Pas Bersatu Pada Prn Johor Kata Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 248 hits
freemalaysiatoday com January 23 2022 PAS memegang satu kerusi manakala Bersatu 11 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Johor yang kini telah dibubarkan JOHOR BAHRU Bersatu dan PAS akan menghadapi tamparan knockout di pilihan raya negeri Johor ...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemakanan Ibu Gdm Jangan Sekat Makan Tapi Bijak Pilih

Imuniti Anak Lemah Kurang Bersenam Antara Penyebabnya

Kegunaan Servis Lori Roro Dan Lori Pembuangan Sampah Di Kl

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi