Tidak Terima Arahan Khusus Untuk Dapatkan 6 Tranksaksi Akaun Najib Saksi


   Foto sumber internet 

Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan khusus untuk mendapatkan dokumen berkaitan transaksi enam akaun bank milik bekas perdana menteri Najib Razak, SRC International Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain.

Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41, berkata beliau memperoleh dokumen berkaitan transaksi itu daripada Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, ketika melakukan serbuan di premis tersebut pada 6 Julai 2015.

Loading...
Ketika ditanya adakah beliau sendiri yang meminta maklumat terperinci tersebut daripada Uma Devi, saksi kedua pendakwaan itu menjawab “tidak”.

"Ketika serbuan, saya hanya meminta kesemua fail berkaitan siasatan dan diberikan lapan fail dokumen namun Uma Devi sendiri memberikan dokumen transaksi enam akaun secara terperinci pada kira-kira pukul 9.50 malam iaitu 10 jam selepas serbuan selesai.

"Saya berada di bank berkenaan sampai pukul 11 malam kerana menunggu satu lagi pasukan selesai membuat serbuan di bangunan itu," katanya ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib.


Saksi itu turut memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi khusus lain atas nama Najib, SRC International Sdn Bhd dan beberapa syarikat lagi.

Harvinderjit: Dia berikan awak dokumen transaksi khusus yang awak tidak minta?

Azizul Adzani: Ya

Harvinderjit: Adakah kamu mendapat arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd atau Gandingan Mentari dan Ehsan Perdana Sdn Bhd?

Azizul Adzani: Tidak

Harvinderjit: Adakah kamu menerima arahan untuk mendapatkan dokumen transaksi syarikat SRC International Sdn Bhd dengan akaun Najib?

Saksi menjawab "tidak."

Harvinderjit: Semestinya kamu ada maklum kepada Uma Devi untuk mendapatkan dokumen transaksi spesifik?

Azizul Adzani: Tidak

Saksi itu berkata beliau hanya memberitahu Uma Devi supaya menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan sekiranya ada, sebelum wanita tersebut menyerahkan dokumen transaksi enam akaun bank berkenaan.

Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Anggota Parlimen Pekan itu, yang juga Perdana Menteri keenam, dituduh melakukan kesalahan-kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 10 Feb 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/tidak-terima-arahan-khusus-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

Jutaan Ringgit Masuk Akaun Najib Saksi

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 443 hits
Terdapat sekurang kurangnya 10 transaksi antara RM5 juta dan RM40 juta yang dikaitkan dengan akaun Ambank bekas perdana menteri Najib Razak SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd Transaksi berkenaan berlaku...
Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

Saksi Penggeledahan Di Ambank Rampas Dokumen Akaun Najib Src

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 306 hits
Saksi Penggeledahan di Ambank rampas dokumen akaun Najib SRC Dokumen tersebut diserahkan oleh pengurus cawangan kata pegawai geledah Bank Negara
Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

Umno Terima Bayaran Cek Rm1juta Dan Rm300 00 Dari Akaun Najib

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 358 hits
Foto sumber internet KUALA LUMPUR 18 April Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Umno Bahagian Johor Baru menerima pembayaran melalui cek masing masing berjumlah RM1 juta dan RM300 000 daripada a...
Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

Bnm Serbu Cawangan Ambank Untuk Dapatkan Maklumat Akaun Bank Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 469 hits
BANK Negara Malaysia telah menyerbu sebuah cawangan AmBank dalam tahun 2015 untuk mendapatkan butiran akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak dedah seorang pegawai dari bank pusat itu hari ini di mahkamah push Serbuan itu dilakukan sebel...
8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

8 Dokumen Termasuk 4 Akaun Ambank Najib Diambil Untuk Siasatan Bnm Saksi

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 386 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sebanyak lapan dokumen termasuk empat akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah diambil dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan bagi tujuan s...
Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

Najib Gagal Lagi Dapatkan Dokumen Tambahan Perbicaraan Src

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 293 hits
Perbicaraan kes Najib Razak akan bersambung 15 April ini hingga 10 Mei nanti PUTRAJAYA Najib Razak sekali lagi gagal mendapatkan perintah sekatan bagi menghalang media dan orang ramai membincangkan merit kesnya serta mendapatkan dokumen tam...
Penggeledahan Dibuat Lepas Arahan Siasat Ambank Group Kata Saksi

Penggeledahan Dibuat Lepas Arahan Siasat Ambank Group Kata Saksi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 250 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa penggeledahan dilakukan di bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan selepas terdapat arahan untuk menyiasat satu kesalahan yang disyaki dilakukan di bank berkenaan mengikut Akta Pencega...
Lpsk Terima Permohonan Perlindungan Saksi Pelapor Kasus Mafia Bola

Lpsk Terima Permohonan Perlindungan Saksi Pelapor Kasus Mafia Bola

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 222 hits
Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban telah mengabulkan permohonan Lasmi Indaryani selaku pelapor kasus dugaan mafia bola Hal itu disampaikan oleh kuasa hukumnya Boyamin Saiman di Polda Metro Jaya
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang