Umno Terengganu Tetap Lawan Pas Pada Pru15



Biarpun pelbagai polemik timbul berhubung status kerjasama antara UMNO dan Pas, UMNO Terengganu kekal dengan pendirian untuk bergerak solo dan memutuskan tidak bekerjasama dengan Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
(Sinar Harian) – Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Nawi Mohamad berkata, pendirian itu diputuskan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dipersetujui sebulat suara oleh barisan kepimpinan parti negeri itu.
“Di Terengganu, pendirian kita setakat ini tidak berubah. Kita masih dengan ketetapan yang diputuskan sebelum ini di mana UMNO Terengganu memutuskan untuk bertanding secara solo. Tiada kerjasama dengan Pas.
“Tiada istilah Muafakat Nasional (MN) di Terengganu. Sebelum ini, kita ada MN tetapi selepas Pas berbaik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MN di Terengganu telah lama ‘terkubur’,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurut Nawi, biarpun Pas mengisytiharkan UMNO bukan lawan dan musuh pada PRU15, parti itu kekal dengan keputusan untuk bergerak solo dan akan menjalankan kempen secara solo di Terengganu.
“Bila berkempen pada PRU nanti kita akan kempen untuk BN sahaja. Tiada lagi kerjasama dalam politik bersama Pas.
“Walaupun begitu, ia bergantung kepada keputusan di peringkat pusat. Kita akan akur sekiranya ada perubahan yang diputuskan dan dipersetujui pucuk pimpinan tertinggi UMNO,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan kekal bertanding dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, katanya, ia bergantung kepada keputusan parti.
“Tidak semestinya saya dilantik sebagai calon, tetapi apa yang kita perjuangkan ialah kita mahukan kerajaan yang stabil, pelaburan kerja terbuka kepada anak-anak Terengganu.
“Kita lihat banyak hal berkaitan pentadbiran di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional merugikan kita,” katanya.
Mengulas cabaran Pas akan melawan UMNO di Pahang dan Perlis sekiranya UMNO masih berdegil untuk bertembung di Terengganu dan Kelantan, Nawi menegaskan UMNO perlu kekal dengan pendirian untuk bergerak sendiri.
“Bila mereka isytihar begitu, UMNO Pahang dan Perlis perlu bersedia untuk tiada lagi MN bersama Pas di negeri itu.
“Di Terengganu, Pas akan lawan BN, BN akan lawan Pas. Kita yakin PRU ini kita mampu menangi hati rakyat kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) Melaka dan Johor membuktikan rakyat telah mula balik dan menyokong kita semula termasuklah di Terengganu,” katanya.
Pada 20 September lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan rasmi berkata, Pas kekal dengan pendirian menjalinkan hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun sekali gus tidak bersetuju dengan sebarang ketetapan atau pendirian yang menggambarkan BN sebagai musuh dalam PRU15.
Katanya, Pas tetap menegaskan bahawa musuh sebenar agenda penyatuan ummah adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya termasuk ‘khemah besar’.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/09/28/umno-terengganu-tetap-lawan-pas-pada-pru15/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

R4su4h Rm1 4 Juta Setel Kes Sarawak Report Umno Pkr Amanah Dap Refomasi Pru15 Bn Ph Anuar Tun Rosmah Najib 1mdb Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 254 hits
CONTOH MACAM NI LA GAMAKNYA DIBAYAR INI CONTOH YA BUKAN BETUL BETUL SUMBER KAMSIAH HAIDER TIADA KAITAN PUN INI SURAT CONTOH SAJA YA BUKAN BETUL MISALNYA LAH KALAU TERIMA SUMBER KAMSIAH HAIDER
Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

Umno Terengganu Berkempen Untuk Calon Sendiri Bukan Pas

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 216 hits
agendaily com28 09 2022UMNO Terengganu Jentera UMNO Terengganu hanya akan berkempen untuk memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional dan bukan PAS kata Datuk Nawi Mohamad Ketua Bahagian Besut itu berkata UMNO Terengganu kekal dengan p...
Biar Umno Pas Bersatu Dan Pejuang Bertembung Di Dalam Pru15 Untuk Mengukur Kekuatan Islam

Biar Umno Pas Bersatu Dan Pejuang Bertembung Di Dalam Pru15 Untuk Mengukur Kekuatan Islam

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 201 hits
Umno PAS Bersatu dan Pejuang perlu lawan 5 penjuru di dalam PRU15 supaya kita boleh ukur sejauh mana Melayu betul betul menyokong Islam
Musa Hitam Umno Pas Bersatu Gabung Belum Cukup Kuat Lawan Pengaruh Pkr

Musa Hitam Umno Pas Bersatu Gabung Belum Cukup Kuat Lawan Pengaruh Pkr

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 464 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Penggabungan parti Melayu antara Umno PAS dan Bersatu masih belum cukup kuat dan meluas pengaruhnya seperti PKR kata bekas timbalan perdana menteri Musa Hitam Beliau berkata justeru jika Umno PAS dan Bersatu berga...
Rm90m For Pas Hadi Claims Suicidal For Umno To Fund Own Destruction

Rm90m For Pas Hadi Claims Suicidal For Umno To Fund Own Destruction

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 334 hits
Handing tens of millions of ringgit to PAS would have been suicidal for Umno as it would allow the former to capture the entire nation according to the Islamist party s president Abdul Hadi Awang The Marang MP said this in dismissing the al...
Umno Orders Ceasefire With Pas After Zahid Hadi Meeting

Umno Orders Ceasefire With Pas After Zahid Hadi Meeting

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 316 hits
Umno has ordered its cyber troopers to observe a ceasefire with PAS for the time being This following a meeting between Umno president Ahmad Zahid Hamidi and his PAS counterpart Abdul Hadi Awang said a party source No final decision was mad...
Ada Umno Di Wajah Pas

Ada Umno Di Wajah Pas

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 222 hits
ADA UMNO DI WAJAH PAS Ucapan presiden PAS sekarang pun sudah bernuansa nasionalistik Penekanan sebegini agak pelik jika disemak teks teks ucapan dasar presiden 10 atau 20 tahun lalu Firman dan hadis tetap diselitkan dalam ucapannya Pantun s...
Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

Penyatuan Pas Umno Bukan Atas Prinsip Islam Tetapi Atas Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 306 hits
FAIZ FADZILKenyataan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam yang menyatakan parti Melayu Islam bukan musuh dilihat sebagai bibit bibit perpecahan Perikatan Nasional dan tindakan terdesak Pas untuk bergabung semula dengan ...
Rafizi Dedah Punca Anaknya Diserang

Dua Spy China Intip Mindef Ditahan

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Psm Pans Police Probe Into Deputy Chief Over Parliament Scuffle

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Rafizi Ramli Maklum Ini 3 Kemungkinan Disuntik Pada Anaknya

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Corned Beef Recipe In The Crockpot

Montigo Botol Minum Bergaya Yang Jadi Pilihan

Ppim Tubuh Pusat Aduan Anti Buli Kosmo 14 08 2025

Lorry Driver Who Ran Over Cop With 4wd Charged With Attempted Murder

Resipi Roti Poket Big Mac Sedap Rasa Macam Makan Kat Fast Food Terkenal

Sahabat Terbaik Jmbelog