Hotel Armada Petaling Jaya Sedia Penginapan Dan Perkhidmatan Terbaik
Baru-baru ini, AlongMurni (AM)
telah menginap di HOTEL ARMADA PETALING JAYA selama 2 hari 1 malam.
Lokasi HOTEL ARMADA ini sangat strategik kerana berhampiran dengan LRT
Asia Jaya. Malahan HOTEL ARMADA merupakan akses mudah untuk ke destinasi
seperti Mid Valley Megamall, KL Sentral, Transit ke KLIA dan juga KLCC.
HOTEL ARMADA PETALING JAYA SEDIA PENGINAPAN DAN PERKHIDMATAN TERBAIK
HOTEL ARMADA PETALING JAYAEdisi Percutian kali ini, AM akan
kongsikan fasiliti dan kemudahan menarik yang terdapat di HOTEL ARMADA
PETALING JAYA. Hotel bertaraf 4 bintang ini telah dibuka pada 1997 dan
menjadi pilihan Hotel No 1 di sekitar Petaling Jaya. Selain akses yang
berhampiran dengan LRT Asia Jaya, kemudahan parking yang banyak dan luas juga
serba mencukupi.
HOTEL ARMADA PETALING JAYA menampilkan 257 bilik yang baru diubah
suai dengan ciri-ciri elegan dan eksklusif. Terdapat 7 jenis bilik iaitu
Deluxe King, Deluxe Twin, Grand Deluxe, Family Deluxe, Premier Deluxe, dan
Admiral Suite. AM menginap di bilik
1607 jenis Deluxe Twin.
Secara peribadi, AM merasakan bilik yang AM menginap selesa kerana dilengkapi
dengan peti keselamatan, cerek untuk memasak air, sachet kopi, teh dan gula,
peti sejuk, seterika, pengering rambut, Laundry Bag, Selipar bilik, Tuala
Mandi, Berus gigi, shampoo dan Sabun Mandi, dan TV. Malahan terdapat juga ruang
untuk santai dan ruangan kerja. Sangat sesuai untuk yang menginap atas urusan
kerja dan percutian bersama kawan.
Antara kelengkapan dan fasiliti lain
di HOTEL ARMADA PETALING JAYA adalah fasiliti seperti Gimnasium, bilik
mesyuarat, ruangan untuk penganjuran acara ataupun majlis perkahwinan dan juga
upacara majlis rasmi yang lain.
Selain itu, terdapat Merchant Bar
di tingkat 1 yang membolehkan pengunjung yang menginap di sini untuk berhibur
bersama teman dengan adanya ruangan karaoke, Table Pool dan bermain permainan
Dart. AM berkesempatan bermain pool dan santai berkaraoke bersama rakan. Memang
meriah dan riuh dengan gelak tawa tau!
SARAPAN PAGI DI HOTEL ARMADA
PETALING JAYA
AM bersarapan di RESTORAN
UTARA yang terletak di Lobby HOTEL ARMADA PETALING JAYA. Bukan
calang-calang menu yang disediakan untuk sarapan pagi tau! Sampai rambang mata
AM tak tahu nak mulakan yang mana dahulu. Semua nampak sedap, menarik dan
menyelerakan.
Sarapan pagi bermula dari jam 7
pagi sehingga 10.30 pagi. Penggemar durian pasti suka kerana di RESTORAN
UTARA ini mempunyai menu Roti Canai Durian yang sangat enak dan wajib
dicuba tau!
TAWARAN PROMOSI: Bulan Ogos
& September
● Tawaran MERDEKA: Sempena
Bulan Kemerdekaan harga untuk penginapan 2H1N di bilik deluxe adalah sebanyak RM166+
sementara sarapan pagi untuk dua orang pada harga RM66+. Tempoh penginapan yang
sah dari 1 Ogos hingga 30 September 2023 – Terhad hanya 10 bilik sehari.
● Istimewa JOM UNDI -
Nikmati penginapan 2H1M dengan harga RM198+ dengan sarapan pagi untuk dua orang
dari 11hb hingga 13 Ogos 2023. Cuma perlu tunjukkan jari berdakwat selepas
mengundi dan terima 30% eksklusif diskaun di RESTORAN UTARA untuk
hidangan SATURDAY SEAFOOD BUFFET DINNER dan SUNDAY HI TEA BUFFET.
(rujuk artikel di https://www.alongmurni.com/2023/07/hotel-armada-syurga-makanan-tawarkan-3-jenis-set-buffet.html)
● BERSANTAI & RECHARGE
(Day Use) - Alami percutian yang menyegarkan dari jam 10:00 pagi sehingga 2:00 petang.
Harga bermula dari RM119+ (katil king) dan RM99+ (katil berkembar).
Untuk tempahan, sila hubungi di
nombor telefon (03) 7954 6888 atau e-mel di
[email protected].
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2023/07/hotel-armada-petaling-jaya-sedia-penginapan-dan-perkhidmatan-terbaik.html