Umno Putuskan Tak Sertai Pn Tapi Masih Sokong Kerajaan Pn Sebagai Kerajaan Sehingga Pru 15



Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi.

Zahid berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

"Keputusan Umno untuk tidak menyertai PN, sebagai komponen telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) di dalam mesyuarat pada 24 Julai yang lalu.

"Dalam keputusan itu, Umno berpendapat MN, yang mana piagam dan memorandum persefahamannya telah ditandatangani, adalah wadah terbaik untuk Umno, PAS dan parti komponen BN dalam menghadapi apa jua kemungkinan dalam waktu terdekat ini," katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Pengumuman Zahid hari ini sekaligus menutup ramalan sebelum ini bahawa PN yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan didaftarkan sebagai gabungan politk yang rasmi sebelum menghadapi PRU15.

PN merupakan gabungan yang merangkumi Umno, PAS, Bersatu termasuk kem bekas timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan secara tidak rasmi susulan 'Langkah Sheraton' pada Februari yang lalu.

Walaupun beberapa langkah awal termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pendaftaran PN sebagai gabungan politk yang rasmi, namun ia tidak tercapai ekoran dakwaan pertindihan pembahagian kerusi parlimen khususnya antara Bersatu dan Umno.

Untuk rekod, selepas pasca PRU14 yang lalu, sebanyak 15 ahli parlimen Umno keluar parti dan menyertai Bersatu menyokong Kerajaan Pakatan Harapan.

Sementara itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengesahkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyatakan hasrat parti itu menyertai MN.

"Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

"Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk Umno dan PAS memberi keutamaan bagi mernperkukuhkan MN.

"Saya akan rnenyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempestimbangkan hasrat Bersatu sekiranya berkernampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Ketika ditanya apakah keputusan tidak menyertai PN secara rasmi merupakan langkah awal menghadapi PRU15, Zahid membalas ia lebih kepada langkah yang diambil selepas mengambil pertimbangan semasak-masaknya.

"Ini bukan kadar langkah awal, tapi pada hemat saya ia merupakan langkah yang telah difikirkan semasak-masaknya oleh kepimpinan Umno dan BN," katanya.

Ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, Zahid berkata: "Itu terpulang kepada pengamal media untuk melakukan tafsiran."

MR : Pilihan terbaik untuk Bersatu ialah menyertai Muafakat Nasional   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/umno-putuskan-tak-sertai-pn-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Setakat Umno Tak Masuk Pn Tapi Masih Sokong Kerajaan Ia Bukanlah Satu Keputusan Besar

Kalau Setakat Umno Tak Masuk Pn Tapi Masih Sokong Kerajaan Ia Bukanlah Satu Keputusan Besar

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 264 hits
Sebagai memenuhi janjinya dua hari lalu yang UMNO akan membuat keputusan politik besar susulan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang diterima Najib Razak Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengeluarkan kenyataan media be...
Kem Dr M Sambut Baik Cadangan Sertai Warisan Tapi Belum Putuskan

Kem Dr M Sambut Baik Cadangan Sertai Warisan Tapi Belum Putuskan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 311 hits
Kem Dr Mahathir Mohamad menyambut baik cadangan Warisan untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menyertai parti berkenaan Bagaimanapun senator Marzuki Yahya berkata setakat ini kumpulannya belum membuat s...
Zahid Umno Bn Tetap Kekal Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

Zahid Umno Bn Tetap Kekal Sokong Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi Pengerusi BN itu berkata UMNO membuat keput...
Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

Upko Pecat Adun Sokong Musa Rampas Kerajaan Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 383 hits
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu memecat Naib Presidennya yang juga Adun Paginatan Abidin Madingkir kerana menyokong bekas ketua menteri Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan Keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi ...
Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

Pemandu Mabuk Hukuman Cadangan Kerajaan Masih Ringan

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 273 hits
BANGI 24 Zulkaedah 1441H Khamis Cadangan kerajaan untuk meningkatkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda RM150 000 bagi membendung kes pemandu mabuk dilihat lebih baik berbanding undang undang sedia yang sudah tidak relevan...
Perkukuh Muafakat Nasional Pertahan Kerajaan Pn Pas Senada Dengan Umno

Perkukuh Muafakat Nasional Pertahan Kerajaan Pn Pas Senada Dengan Umno

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 375 hits
PAS senada dengan Umno untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional dan pada masa sama mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan berkata PAS bersetuju dengan ...
Kem Azmin Didakwa Panik Lepas Zahid Umum Umno Tak Sertai Pn

Kem Azmin Didakwa Panik Lepas Zahid Umum Umno Tak Sertai Pn

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 296 hits
B Nantha Kumar Ketua Penerangan PKR Perak Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong mula berasa panik selepas pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Umno tidak...
Umno Pilih Bung Mokhtar Dan Bukan Musa Aman Sebagai Km Sabah

Umno Pilih Bung Mokhtar Dan Bukan Musa Aman Sebagai Km Sabah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 467 hits
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Bung Moktar Radin memberi bayangan terdapat banyak pemimpin daripada parti itu yang berpotensi termasuk dirinya untuk diangkat sebagai calon Ketua Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti dalam Pil...
Rundingan Bentuk Kerajaan Ph Plus Masih Diteruskan

Rundingan Bentuk Kerajaan Ph Plus Masih Diteruskan

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 304 hits
Rundingan bagi mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan masih berjalan biar pun banyak pihak menganggap perkara itu telah berakhir Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata usaha menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan Plus tetap terus di...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah