Umno Perasan Masih Besar


BERIKUTAN keputusan terbaharu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan penangguhan pemilihan UMNO menyebabkan suhu politik parti itu kembali panas. Ini disebabkan keabsahan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah pun tamat pada 30 Jun lalu sedangkan keputusan menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuat pada 3 Ogos.

Keputusan itu kini sudah tidak mengikat ahli-ahli Parlimen UMNO dan tindakan disiplin tidak boleh diambil ke atas mereka walaupun mereka mengundi menyokong Muhyiddin dan kerajaan PN dalam sidang Parlimen, September ini. Sebaliknya UMNO perlu mengadakan pemilihan parti tahun ini atau berdepan tindakan RoS, termasuk kemungkinan penggantungan atau pembatalan parti itu.

Jika pemilihan diadakan dalam masa terdekat, kedudukan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pasti akan dicabar oleh kelompok yang sudah pasti tidak setuju dengan tindakan beliau yang besar kemungkinan akan diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Melalui kedudukan beliau sebagai Naib Presiden terkanan dan pengaruh selaku Timbalan Perdana Menteri, adalah tidak mustahil beliau akan disokong oleh ahli-ahli UMNO yang kurang bersetuju dengan keputusan Ahmad Zahid yang dilihat cacamarba.

Jika ahli-ahli Parlimen UMNO memilih untuk tidak menyokong usul percaya kepada Muhyiddin, bukan sahaja Muhyiddin perlu meletak jawatan tetapi seluruh Kabinet termasuk menteri dan timbalan menteri UMNO akan terbubar dengan sendiri seperti berlaku bila Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan. Jika pilihan raya umum terpaksa diadakan dalam situasi krisis jangkitan Covid-19 semakin memuncak, pastilah kesudahannya tidak akan memberikan manfaat kepada rakyat khususnya penyokong dan ahli UMNO.

Sebaliknya nanti UMNO pula yang akan dipersalahkan oleh rakyat disebabkan tindakan menarik sokongan yang membawa negara ke kancah politik sekali lagi, sekali gus mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong supaya jangan berbuat begitu. Mungkin inilah strategi sebenar Ahmad Zahid yang terus mahu menguasai UMNO dengan memastikan Ismail Sabri dan lain-lain menteri UMNO tidak mempunyai apa-apa kelebihan berbanding dirinya untuk mempertahan jawatan Presiden dalam pemilihan parti.

Apakah keuntungan kepada UMNO jika membuat pilihan menolak Muhyiddin dan kerajaan PN ketika pandemik semakin memuncak? Rakyat pasti akan menyalahkan UMNO sebagai parti gila kuasa jika terbubarnya Parlimen.

Mungkin wujud kumpulan yang takut Ahmad Zahid tidak memberi watikah sebagai calon pilihan raya umum (PRU) nanti tetapi andai kata berlakunya pemilihan UMNO dalam masa terdekat dan Ismail Sabri menang dalam jawatan Presiden, situasi pasti berubah.

Di sini perlu diingatkan, pemimpin datang dan pergi, yang tinggal adalah prinsip parti. Diharapkan ahli-ahli UMNO akan kekal menyayangi bangsa dan negara daripada membiarkan diri dipergunakan untuk memenuhi agenda pemimpin bermasalah. Adalah lebih bijaksana untuk UMNO bersabar dalam kerajaan daripada kembali ke pembangkang.

Persoalan paling menarik perlu difikirkan, jika kumpulan Ahmad Zahid berjaya dalam krisis ini, apa akan berlaku kepada UMNO dan ke mana haluan parti selepas itu?

Paling besar kemungkinan, Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden tetapi UMNO tetap menjadi pembangkang kerana tidak mungkin Ahmad Zahid boleh menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri.

Ini kerana UMNO sendiri sudah membuat keputusan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP manakala PKR dan DAP sendiri pasti tidak akan menyokong beliau atau kumpulannya yang mempunyai pertuduhan di mahkamah. Andai berlaku PRU, akan wujud pertandingan empat penjuru atau lebih dalam sesebuah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Adakah dalam pertandingan empat penjuru atau lebih ini akan memenangkan mana-mana komponen parti untuk lebih berdominasi selepas PRU?

Mungkin kali ini tiada mana-mana komponen parti akan menang dengan majoriti mudah. Mungkin satu pembentukan komponen penjajaran baharu perlu dibuat dalam pembentukan kerajaan nanti. Tidakkah selepas UMNO mengkhianati PN, tidak mungkin parti-parti komponen bekerjasama lagi dengan UMNO selepas PRU?

Dalam PRU nanti, adakah UMNO akan bertanding sendiri di bawah jenama UMNO atau di bawah jenama Barisan Nasional (BN) dan adakah UMNO akan mampu menang besar jika bertanding sendiri? Dengan melihat kepada MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang lebih rapat dengan PN daripada BN, malah dengan pemimpin mereka mempersoalkan secara terbuka keputusan UMNO di bawah Ahmad Zahid, saya tidak nampak bagaimana BN boleh bertahan. Pada hemat saya, jika Ahmad Zahid terus-terusan membuat pelbagai keputusan mengikut kepala sendiri tanpa berunding terlebih dahulu dengan parti-parti komponen, maka BN hanya menunggu masa untuk runtuh membiarkan UMNO terkapai sendirian.

Itulah pun imej UMNO sekarang, sebuah parti yang perasan masih besar, masih dominan dan masih perkasa sehinggakan semua parti lain mahu diperlekehkan. Siapa yang mahu berkawan dengan parti berimej begini? Dalam keadaan tersepit nanti, tidak ada harga dirikah UMNO untuk mengemis kerjasama dengan DAP dan PKR yang selama ini sering dibalun?

Oleh: Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/08/umno-perasan-masih-besar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Anggap Jawatan Ahli Mkt Masih Sah

Umno Anggap Jawatan Ahli Mkt Masih Sah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasan PETALING JAYA UMNO berpendirian pandangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bahawa tempoh pemegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi parti itu bagi penggal 2018 2021 telah tamat pada 30 Jun 2021 adalah tidak lag...
Kerajaan Masih Utuh Kata Zahidi Lepas Mp Umno Berjumpa Tpm

Kerajaan Masih Utuh Kata Zahidi Lepas Mp Umno Berjumpa Tpm

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 192 hits
Kumpulan ahli parlimen Umno yang cenderung mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional didakwa kekal utuh selepas mereka mengadakan pertemuan di tengah Kuala Lumpur malam ini Ditemui media selepas berakhir pertemuan tersebut kira kira jam 2 ...
Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

Umno Paya Besar Sokong Keputusan Presiden Parti Bukannya Untuk Kepentingan Peribadi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Pendirian UMNO Paya Besar menyokong keputusan parti untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan kerana kepentingan peribadi Keputusan itu dibuat selari dengan keputusan p...
Mp Umno Yang Masih Pertahan Mahiaddin Tak Layak Lagi Kekal Dalam Umno

Mp Umno Yang Masih Pertahan Mahiaddin Tak Layak Lagi Kekal Dalam Umno

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 144 hits
Berikutan MT UMNO semalam membuat ketetapan menarik sokongan terhadap kerajaan PN dengan kumpulan pertama antara 12 hingga 14 Ahli Parlimennya telah pun menyerahkan surat akuan kepada Yang Dipertuan Agong bagi memaklumkan hilang kepercayaan...
Hishammuddin Perikatan Government Has Bn Umno S Support

Hishammuddin Perikatan Government Has Bn Umno S Support

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 179 hits
Barisan Nasional and Umno s will continue to support the current government BN treasurer general Datuk Seri Hishammuddin Hussein said Hishammuddin who is Senior Foreign Minister said he was on the same page with the stand taken by BN and Um...
Setia Umno Kepada Raja Mengatasi Kerajaan Pn

Setia Umno Kepada Raja Mengatasi Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 217 hits
bharian comOleh Julai 30 2021 1 39pmPerlembagaan UMNO menzahirkan ketaatan dan mempertahan institusi Raja raja Melayu Gambar Istana Negara Foto NSTP MOHD YUSNI ARIFFINKUALA LUMPUR Semua Ahli Parlimen UMNO mesti menjarakkan diri daripada ter...
Umno Pun Sama Lah Terlibat Dan Menderhaka

Umno Pun Sama Lah Terlibat Dan Menderhaka

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 170 hits
SHAHBUDIN HUSINMaknanya UMNO masih lagi sokong Mahiaddin sebagai PM dan UMNO juga nampaknya memilih untuk sama derhaka kepada Raja
Umno Tidak Selari Dengan Dukacita Agong Sebaliknya Terus Setia Menyokong Muhyiddin

Umno Tidak Selari Dengan Dukacita Agong Sebaliknya Terus Setia Menyokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 328 hits
UMNO harus tunjuk kebijaksanaan dan KEMATANGAN tidak berbelah bagi kesetiaan dan menjunjung kasih YDP Agong Ini membolehkan rakyat melihat dan percaya keutamaan umno adalah untuk rakyat dan sanggup kehilangan sementara jawatan kerana menjun...
Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

Kasihan Umno Macam Mati Mak Bapak Umno Kenyataan Pemimpin Mana Yang Betul Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 249 hits
Kenyataan pemimpin Umno yang manakah betul kini menjadi persoalan di kalangan orang ramai kerana semuanya berbeza antara satu sama lain Ketika Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata 40 ahli Par...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm