Umno Pas Saling Memerlukan Mca Mic


Zin Mahmud     

Apabila MCA dan MIC menyatakan akan keluar daripada Barisan Nasional beberapa hari lalu kerana “perkahwinan” Umno dan PAS, penulis mengemukakan reaksi spontan dalam media sosial bahawa hasrat 2 parti bukan Melayu-Islam itu hanyalah “wayang” atau lakonan.

Ada pula netizen memberi komen yang bermaksud begini: “Keluarlah. Hendak pergi ke mana? Dunia ini bulat, pusing-pusing di situ juga.”

Seorang lagi netizen yang pernah berkhidmat dengan MCA ketika parti itu kuat dahulu berkata, parti itu sudah “habis”, seperti juga Gerakan.

Tetapi, hanya beberapa hari berlalu, MCA dan MIC menyatakan mereka akan terus bersama Umno dalam Barisan Nasional. Dengan itu, BN terus wujud dengan adanya ketiga-tiga parti asal Perikatan, iaitu Umno, MCA dan MIC.
Andai kata MCA dan MIC keluar, maka BN akan terbubar, tetapi perkara itu tidak berlaku kerana Umno masih memerlukan MCA dan MIC. Begitu juga PAS yang kelihatan mahu berbaik dengan MCA dan MIC.

Masalah bagi MCA dan MIC adalah kerjasama Umno dan PAS, tetapi PAS menyatakan mereka bukanlah bergabung dengan Umno atau menyertai BN. Hubungannya adalah dengan Umno, bukannya BN. Maka, MCA dan MIC hanya berurusan dengan Umno melalui BN, bukannya PAS.

Sama ada kenyataan awal MCA dan MIC hendak keluar BN itu merupakan lakonan politik atau sememangnya pendirian sebenar mereka tidak ketahui. Ini mungkin pendirian sebenar dan perubahan sikap mereka juga benar kerana mereka mengubah pendirian apabila melihat kerjasama Umno dan PAS itu bukanlah gabungan. Ditambah pula, Umno tetap bersikap mesra dengan MCA dan MIC.

Benar kata netizen yang merupakan seorang profesor bersara dengan bertanya ke manakah hala tuju MCA dan MIC. Begitu juga benar kata bekas wartawan yang pernah berkhidmat untuk MCA bahawa parti itu sudah “habis” selepas pilihan raya umum ke-14 lalu.

Maka, pilihan MCA dan MIC jika hendak terus wujud adalah sama ada menjadi penyokong kerajaan atau pembangkang. Kalau hendak menjadi pembangkang, persoalannya adakah ia mahu menyertai pembangkang utama masa kini, iaitu Umno atau menjadi kuasa ke-3?

Tetapi, sejarah sejak 60 tahun lalu menunjukkan sesuatu pihak sama ada menjadi kerajaan atau pembangkang utama kerana kuasa ke-3 tidak mendatangkan hasil, ia hanya menghakiskan sokongan terhadap parti pembangkang utama. PRU14 membuktikan pembangkang boleh menjadi kerajaan jika mereka bersatu.

Ada pihak termasuk PAS mahu menampilkan diri sebagai “king maker” atau penentu kemenangan, tetapi hakikatnya semua parti di Malaysia yang bukan dominan adalah “king maker”, termasuk MCA dan MIC.

Malah, kedudukan PAS yang bekerjasama dengan Umno buat masa ini adalah terus berperanan sebagai “king maker”, bukannya rakan kongsi setaraf atau “equal partner” dengan Umno.

Ini kerana realiti politik moden Malaya dan Malaysia sejak 1955 menunjukkan parti dominan semestinya daripada kalangan nasionalis Melayu, sementara parti lain hanyalah “king maker”.

Namun begitu, parti dominan tidak boleh membolot semua kuasa. Keadaan itu tidak stabil. Mereka tetap memerlukan parti lain yang berperanan sebagai “king maker”.

Parti nasionalis Melayu di sini bukan saja bermaksud Umno, tetapi juga mana-mana parti yang menjadi pecahannya termasuklah PPBM dan dahulu, Semangat 46.

Jadi, selama ini BN menjadi kerajaan dengan Umno sebagai parti dominan. Ia hanya dapat ditumbangkan apabila muncul PPBM yang menjadi parti utama Pakatan Harapan.

Walaupun kerusi yang dimenangi PPBM tidak sebanyak PKR, tetapi kedudukannya sebagai parti nasionalis Melayu dipimpin Dr Mahathir Mohamad yang merupakan tokoh legenda nasionalis Melayu, membuka ruang kepada kekalahan Umno dan BN.

PAS pula walaupun merupakan parti pecahan Umno, tetapi ia tidak boleh menjadi dominan kerana ia bukanlah parti nasionalis Melayu, sebaliknya parti Islamis.

Maka, dalam sejarahnya, walaupun ia merupakan pecahan Umno, tetapi rohnya berasal daripada parti Islamis pertama Malaysia, iaitu Hizbul Muslimin.

PKR pula berada dalam keadaan berbeza. Ia dilihat sebagai parti pecahan Umno ketika mula ditubuhkan sebagai Parti Keadilan Nasional, tetapi ia bukan nasionalis Melayu dengan keanggotaannya terdiri daripada pelbagai kaum.

Malah, dengan penyertaan pemimpin-pemimpin badan bukan kerajaan menyebabkan ia bukan parti nasionalis Melayu, ditambah pula penggabungannya dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM), sebuah parti aliran kiri.

Parti pimpinan Anwar Ibrahim ini melalui agenda Reformasi mahu memperkenalkan politik demokratik dengan keluar daripada kongkongan perkauman, tetapi melihat pencapaian PKR sejak 1999, parti ini secara keseluruhan ditolak orang Melayu. Ia hanya berjaya menjadi kerajaan apabila pakatannya turut disertai PPBM.

Tetapi, ketika adanya Pakatan Rakyat, PKR menjadi parti dominan kerana sifatnya yang hampir menjadi parti nasionalis Melayu. PAS tidak senang dengan keadaan ini kerana merasakan diri lebih besar daripada PKR dan sepatutnya dominan dalam Pakatan Rakyat. Tetapi, perkara ini tidak boleh diterima kerana PAS ialah parti Islamis.

DAP boleh menerima parti nasionalis Melayu, tetapi bukan parti Islamis sebagai parti dominan, hanya sekadar sebagai parti sekutu.

DAP seperti MCA dan MIC, begitu juga Gerakan dari awal sedar mereka tidak boleh menjadi parti dominan. Sebab itu, MCA dan MIC menyertai Perikatan. Malah Parti Tindakan Rakyat (PAP) juga meminta Tunku Abdul Rahman menerima mereka sebagai anggota Perikatan, tetapi untuk menggantikan MCA.

Gerakan menyertai BN dan DAP menyertai Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan PH sebagai parti sekutu, bukannya parti dominan.

Selain parti bukan Melayu dan parti Islamis yang tidak boleh menjadi dominan, parti aliran kiri dan parti Sarawak serta Sabah pun tidak boleh menjadi parti dominan di negara ini. Mereka hanya boleh menjadi parti “king maker”.

Satu lagi realiti politik Malaysia ialah tiada tempat bagi “third force” atau kuasa ke-3. Dalam PRu14, PAS menampilkan diri sebagai kuasa ke-3 sehingga menyebabkan berlaku pertandingan 3 penjuru. Kuasa ke-3 pasti tidak boleh menjadi kerajaan.

Namun begitu, dalam PRU14, penampilan PAS sebagai kuasa ke-3 adalah “wayang” kerana ia berperanan sebagai pemecah undi pembangkang untuk memberi kemenangan kepada BN di peringkat pusat.

Bagaimanapun, ia adalah strategi salah. Sebaliknya, jika ia bersatu dengan Umno, BN boleh menang seperti apa yang berlaku di pilihan raya kecil Cameron Highlands dan Semenyih.

Begitu juga Parti Sosialis Malaysia yang mahu menjadi kuasa ke-3. Bukan saja ia kalah teruk pada PRU14, tetapi juga gagal dalam PRK Semenyih, sedangkan PSM turut mendapat tempat dalam PRU12 dan PRU13 sebagai sebahagian Pakatan Rakyat.

Dalam sejarah juga, parti aliran kiri tidak boleh menjadi dominan. Ini dilalui PRM walaupun mereka menjadi parti utama dalam Barisan Sosialis.

PRM ditubuhkan sebagai pewaris Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), tetapi jika pengasas PRM menubuhkan PKMM sebagai parti nasionalis Melayu, maka nasib parti aliran kiri Melayu mungkin berbeza.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/umno-pas-saling-memerlukan-mca-mic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

Umno Pas Mca Mic Dasar Bumi Hangus

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 287 hits
Pada 11 Mac 2019 Perkahwinan antara UMNO dan PAS harus dibaca sekali dengan penceraian UMNO dengan dua isteri sebelum ini MCA dan MIC Tidak kisahlah jika perpecahan Barisan Nasional benar atau hanya drama UMNO dan PAS telah menyerang Pakata...
Kasarnya Umno Pas Bersekedudukan Mca Dan Mic Keluar Pintu Belakang A Kadir Jasin

Kasarnya Umno Pas Bersekedudukan Mca Dan Mic Keluar Pintu Belakang A Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 389 hits
Oleh Pakatan nasionalisme dan agamaUMNO dan Pas sudah pun bersekedudukan dan telah menghasilkan dua cahaya mata iaitu Parlimen Cameron Highlands di Pahang dan Dewan Undangan Negeri Semenyih di Selangor Jadi tidak mengejutkan kalau MCA dan M...
Mca Mic Kekal Bn Terima Sepakat Umno Pas Ph Meracau

Mca Mic Kekal Bn Terima Sepakat Umno Pas Ph Meracau

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 305 hits
Mesyuarat pertama Dewan Tertinggi BN yang diadakan sejak kekalahan gabungan itu tahun lalu berakhir hari ini tanpa sebarang kata sepakat mengenai sama ada untuk membubarkan BN Pemangku Pengerusi BN Mohamad Hasan berkata presiden MCA Wee Ka ...
With Umno More Interested In Pas Where Does It Leave Mic Mca

With Umno More Interested In Pas Where Does It Leave Mic Mca

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 311 hits
With ties between Umno and PAS growing an MIC leader today questioned the position of his party and MCA as official component parties of BN MIC central working committee member P Punithan said this was also in light of in the by election wh...
Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

Informasi Bumi Hangus Strategi Dap Dituduh Kepada Umno Pas Mca Mic Pula

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 348 hits
Pakar Strategi DAP Liew Chin Tong Tidak Sengaja Dedah Strategi Dasar Bumi Hangus D4P MENARIK membaca artikel yang ditulis oleh pakar strategi DAP Liew Chin Tong bertajuk Dasar bumi hangus gabungan UMNO Pas MCA MIC Tulisan Chin Tong yang kin...
Umno Dan Pas Tiada Yang Perlu Ditakuti Mic

Umno Dan Pas Tiada Yang Perlu Ditakuti Mic

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 331 hits
Keputusan kepimpinan UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan Pas dilihat akan memperkukuhkan barisan blok pembangkang khususnya kedudukan Barisan Nasional Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran berkata ini kerana hubungan itu secara tidak lang...
Mca Mic Kekal Mesyuarat Bn Tidak Bincang Pas

Mca Mic Kekal Mesyuarat Bn Tidak Bincang Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 251 hits
DENYUT REFORMASI KUALA LUMPUR MCA dan MIC kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata usul pembubaran BN oleh MCA melalui resolusi Mesyuarat Agung Tahunan parti itu dibent...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan