Umno Pas Cuba Gagalkan Usaha Pembangunan Kampung Baru Khalid Samad
Kumara Sabapatty                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Menteri  Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad bercakap semasa sesi sidang  media pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Rayuan Wilayah  Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya. foto AFFAN  FAUZI, 
                   PUTRAJAYA – Pas dan UMNO didakwa cuba menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru di Kuala Lumpur.
 Berikutan itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad  menasihati penduduk Kampung Baru agar tidak mendengar dakyah pembangkang  yang cuba menghalang projek pemodenan Kampung Baru dengan memberi  alasan nilai tawaran pengambilan tanah yang rendah.
 Menurut Khalid, projek berkenaan adalah projek membangunkan ekonomi  masyarakat Melayu dengan menjadikannya pembangunan komuniti moden yang  selesa dan lengkap.
 “Sepertimana Tun Mahathir (Mohamad) cakap ramai pemilik sendiri tak  nak duduk di situ.
Walaupum pemilik dia tak selesa duduk dalam kalangan  orang sewa, kebanyakannya warga asing yang bekerja di bandaraya.
 “Kalau macam pihak pembangkang memang dia nak gagalkan. Janganlah kita dengar pihak pihak itu yang tuntut harga gila-gila.
 “Kerajaan dulu tawarkan RM300 sekaki persegi kenapa tiba-tiba pula  kamu (pembangkang) kata RM850 kaki persegi terlalu rendah sedangkan dulu  kamu tawarkan RM300,” katanya selepas majlis Penyerahan Watikah  Pelantikan enam Ahli-Ahli Lembaga Rayuan (Perancangan) dan Lembaga  Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan hari ini.
 Khalid menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan pembangkang bahawa  harga pasaran semasa tanah di Kampung Baru ialah RM2,000 sekaki  persegi.
 Berikutan itu, beliau meminta UMNO dan Pas tidak bermain politik.
 Menurut Ahli Parlimen Shan Alam itu, sesi townhall yang diadakan  baru-baru ini mendapat sambutan baik apabila ebih 80 peratus pemilik  tanah, atau 3,000 orang membabitkan 875 lot, hadir pada majlis itu.
 Katanya, jika pembangkang mahukan mendapatkan maklumat nilai pasaran  semasa, mereka disarankan mendapatkan kajian Jabatan Penilaian  Perkhidmatan Harta dan bukannya daripada penjual. – MalaysiaGazette     
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/umno-pas-cuba-gagalkan-usaha.html