Umno Parti Penuh Jenaka Kata Menteri Pn


 
Abd Latiff Ahmad sebelum ini terkilan dengan gurauan Ismail Sabri Yaakob bahawa 12 menteri PN yang mengutus surat kepada Agong berhubung pembubaran Parlimen boleh dipecat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abd Latiff Ahmad berkata, Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob tidak wajar mengeluarkan kenyataan gurau dan sinikal, terutama ketika berucap dalam program politik.
Beliau merujuk kenyataan Ismail yang berseloroh mahu memecat menteri Perikatan Nasional (PN) yang tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen.
“Sekarang ini, Umno dilihat sebuah parti yang penuh dengan jenaka.
“Orang lain boleh bergurau, tetapi perdana menteri tak berbohong. Walaupun saya tahu beliau bergurau…kenyataan saya sebelum ini kata itu bergurau dan sinikal, tetapi sebagai perdana menteri , beliau sepatutnya tak perlulah berseloroh begitu,” kata Latiff ketika dihubungi FMT.
Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, PN tidak bergurau ketika menyokong Ismail menjadi perdana menteri untuk menghalang kleptokrat.
“PN amat serius apabila kita menyatakan beliau mesti menghalang para kleptokrat mempengaruhi kepimpinan negara,” kata menteri belia dan sukan itu.
Terdahulu, Ismail hari ini dilaporkan mengakui hanya berseloroh ketika membuat kenyataan mahu memecat 12 menteri PN. Ini selepas Abd Latiff mengecam kenyataan “pecat menteri” itu dengan berkata, menteri Kabinet boleh meletak jawatan lebih awal kerana mempunyai “maruah”.
Ismail berkata, jika kenyataan tersebut serius, sudah pasti akan berlaku pemecatan dalam kalangan menteri PN, termasuk Latiff.
Latiff sebelum ini terkilan dengan kenyataan Ismail bahawa 12 menteri PN boleh dipecat kerana mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pembubaran Parlimen.
Isnin lalu, Ismail dalam ucapannya ketika Majlis Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran Perak di Bagan Datuk, mendedahkan beliau ada memberi “bayangan” mengenai pembubaran Parlimen kepada Kabinet.
Bagaimanapun, kenyataan naib presiden Umno itu disangkal Latiff yang berkata, Ismail tidak pernah meminta mandat anggota Jemaah Menteri mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
Katanya, Ismail hanya menyatakan beliau ingin mengutamakan persediaan bencana, monsun timur laut dan kos barangan (ekonomi), berbanding pilihan raya umum ke-15. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/10/umno-parti-penuh-jenaka-kata-menteri-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bertukar Jadi Parti Air Mata Tak Pedulikan Rakyat Kata Rafizi

Umno Bertukar Jadi Parti Air Mata Tak Pedulikan Rakyat Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 251 hits
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir UMNO yang sejak beberapa bulan kebelakangan telah menjadi sebuah parti air mata yang hanya memperjuangkan individu tertentu bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat Mengibaratkan tingkah laku UMNO ...
Menteri Pn Hanya Mahu Aibkan Ismail Sabri Bn Kata Presiden Umno

Menteri Pn Hanya Mahu Aibkan Ismail Sabri Bn Kata Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 266 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 12 2022 3 58 PMTindakan 12 menteri Perikatan Nasional yang mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong supaya tidak memperkenankan pembubaran Parlimen sehinggalah musim banjir berakhir sebagai sengaja mah...
Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 242 hits
MalaysiakiniBekas timbalan perdana menteri Musa Hitam membuat spekulasi bahawa Umno dan BN tidak akan mampu menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 nanti dan akan menjadi minoriti Bercakap pada program Bicara Tokoh Kecelaruan Po...
Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

Kalau Umno Tak Menang Juga Aku Dah Tak Tahu Nak Kata Apa

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 194 hits
Bajet orang kaya Menteri Kewangan Terbaik Dunia Yang pasti harga barang akan terus memuncak TERKINI Intipati Bajet 2023 Bantuan Keluarga Malaysia 2023 Pendapatan Isi Rumah Kurang daripada RM2 500 sebulanRM2 500 Lebih 5 Anak RM1 000 RM2 000 ...
Kebebasan Badan Kehakiman Penting Untuk Hakim Buat Keputusan Kata Menteri

Kebebasan Badan Kehakiman Penting Untuk Hakim Buat Keputusan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 15/10/2022 - jumlah : 154 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri sementara Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hakim harus diberi kuasa membuat keputusan secara bebas tanpa gangguan KUALA LUMPUR Kebebasan badan kehakiman penting bagi memastikan hakim perbicaraan mampu mel...
Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

Umno Sedia Lawan Pas Di 27 Parlimen Kritikal Kata Khaled

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 201 hits
freemalaysiatoday com October 11 2022 7 07 AMNaib Presiden Umno Khaled Nordin berkata PAS gagal memenuhi tiga tuntutan dikemukakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bagi menjalin kerjasama kerjasama politik dengan memutuskan hubungan bersama...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya