Umno Bertukar Jadi Parti Air Mata Tak Pedulikan Rakyat Kata Rafizi







Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menyindir UMNO yang sejak beberapa bulan kebelakangan telah menjadi sebuah parti ‘air mata’ yang hanya memperjuangkan individu tertentu, bukan mengutamakan kemaslahatan rakyat.

Mengibaratkan tingkah laku UMNO seperti sebuah drama Melayu yang disiarkan stesen televisyen, calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Pandan berkata tatkala rakyat sibuk mengatasi masalah yang dihadapi, UMNO memikirkan individu tertentu, termasuk Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

“Enam tujuh bulan kebelakangan ini UMNO dah jadi parti tele drama menangis Melayu kalaulah kita boleh tengok TV… tiap-tiap hari bila buka sahaja nampak Rosmah menangis… buka nampak Najib… buka anak Najib… buka Zahid menangis.

“Satu isu dia UMNO dan Barisan Nasional (BN)… orang duk sibuk pasal harga barang naik, budak tak ada kerja, pasal banjir, pasal gaji… tapi UMNO fikir pasal apa? Rosmah rindu kepada Najib.

“(UMNO) panggil satu Malaysia… perjumpaan tergempar… 5,000 orang (hadir)… merah satu dewan. Kot la kita ingat dia nak cerita pasal gaji macam mana… ekonomi macam mana… harga barang macam mana.

“Satu saja dia (UMNO) cakap… kita rindu kepada Najib… kesian kepada Najib, dia tak dapat kopi yang dia suka. Sebab itu saya kata masuk pilihan raya ini, kita kena fikir betul-betul parti pilihan kita itu yang kita suka terpulang (untuk menubuhkan kerajaan),” katanya pada Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Kuala Pilah, malam tadi (Ahad, 23 Oktober 2022).

Rafizi yang juga bekas ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak kisah kerajaan mana yang akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan, tetapi mengingatkan pemimpin yang menjadi menteri perlu menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya masalah yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah berpunca daripada pentadbiran UMNO dan BN sebelum 2018, yang meninggalkan beban hutang kepada negara sehingga yang menanggungnya ialah rakyat.

“Selama 60 tahun UMNO dan BN memerintah dan hasil daripada kekuasaan dia (UMNO)… munculah masalah sekarang… jika dia (UMNO) tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah, maka tidak timbullah masalah sekarang,” tambahnya lagi.

Rafizi berkata sebaliknya, sekarang ini UMNO dan BN memainkan isu sentimen perkauman untuk meraih undi dengan menakut-nakutkan orang Melayu yang didakwa akan menjadi boneka kepada kaum Cina.

“Saya nak kata bodoh kan… bodoh punya UMNO, BN… saya ni Melayu… bila UMNO/BN kata begitu kalau undi PH… Cina dengan India berkuasa Melayu yang ada ni boneka… (maknanya) dia hina orang Melayu sendiri.

“Masuk pilihan raya ni UMNO/BN… dia tak dak modal dah dia nak cakap pasal gaji, masalah rakyat dia tak boleh sebab dia tahu kerosakan itu datangnya daripada dia juga.

“Kalau pun yang muda-muda yang nak jadi menteri daripada UMNO/BN ni dia pun tak cerdik mana. Tak tahu macam mana nak buat.

“Jadi satu-satunya yang dia akan mainkan ialah dia mainkan sentimen perkauman untuk orang Melayu… dengan buat cerita yang tak betul,” katanya.

 

 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/umno-bertukar-jadi-parti-air-mata-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sudah Jadi Parti Pentingkan Individu Bukan Rakyat Musa Hitam

Umno Sudah Jadi Parti Pentingkan Individu Bukan Rakyat Musa Hitam

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 131 hits
agendaily com19 10 2022Tokoh politik veteran yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO Tun Musa Hitam Tokoh politik veteran Tun Musa Hitam berpendapat UMNO kini berubah daripada parti nasionalisme kepada materialisme serta mementingkan individ...
Umno Parti Penuh Jenaka Kata Menteri Pn

Umno Parti Penuh Jenaka Kata Menteri Pn

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 257 hits
Abd Latiff Ahmad sebelum ini terkilan dengan gurauan Ismail Sabri Yaakob bahawa 12 menteri PN yang mengutus surat kepada Agong berhubung pembubaran Parlimen boleh dipecat PETALING JAYA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abd Latiff Ahmad ber...
Rakyat Tak Sedar Sepenuhnya Betapa Rasuah Berleluasa Kata Mat Sabu

Rakyat Tak Sedar Sepenuhnya Betapa Rasuah Berleluasa Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 182 hits
freemalaysiatoday com October 24 2022 11 45 AMPresiden Amanah Mohamad Sabu berkata jika rasuah masih berleluasa rakyat akan menderita PETALING JAYA Rakyat masih belum sedar sepenuhnya tentang rasuah yang berleluasa di negara ini kata Presid...
Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 227 hits
MalaysiakiniBekas timbalan perdana menteri Musa Hitam membuat spekulasi bahawa Umno dan BN tidak akan mampu menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 nanti dan akan menjadi minoriti Bercakap pada program Bicara Tokoh Kecelaruan Po...
Umno Berdepan Kemarahan Rakyat

Umno Berdepan Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 151 hits
Akan ramai lagi yang akan bangkit menolak umno Masa sangat suntuk untuk umno bendung dan tangani
Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

Kata Umno Pas Guna Logo Sendiri Sebab Nak Tipu Penyokong

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 238 hits
October 18 2022 Umno melihat tindakan PAS menggunakan logo sendiri di Kelantan Terengganu dan Kedah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bertujuan menyorokkan kerjasama parti itu degan Bersatu dan Perikatan Nasional Menurut lapora...
The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Technology For Startup Growth

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Consultant

Cara Cuci Kerang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan