Cemuh Presiden Parti Berkempen Untuk Parti Lain Annuar Musa Dipecat Dari Umno Sumber


Cemuh presiden, parti & berkempen untuk parti lain, Annuar Musa dipecat dari UMNO - Sumber




Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan telah dipecat, menurut sumber yang enggan mendedahkan namanya. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Puad Zarkashi terdahulu memaklumkan, keputusan mesyuarat MKT malam tadi telah sebulat suara memutuskan untuk memecat tiga pemimpin parti termasuk dua ketua wanita bahagian UMNO. 


Puad yang tidak menyebut nama mereka secara khusus memaklumkan, tiga pemimpin parti itu dipecat kerana mencemuh parti dan berkempen untuk parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 


Menurut laporan MalaysiaKini, Annuar sebelum ini dilihat menggesa UMNO bekerjasama dengan Pas dan Bersatu, selain menggesa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU15. 


Di PRU15 lalu, Annuar digugurkan UMNO dari bertanding di kerusi Parlimen Ketereh dan digantikan dengan Marzuani Ardilla Ariffin. 


Walaupun tidak dinamakan sebagai calon, Annuar ketika itu turut hadir memberi sokongan kepada Marzuani di hari penamaan calon.


Selepas BN menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH), Annuar dilihat telah menukar nadanya dengan berkata keputusan itu wajar dihormati. 


Sementara itu, Annuar semalam memuat naik hantaran di Facebook yang dipercayai respon awalnya terhadap keputusan UMNO yang memecatnya dari parti. 


"Teringat kisah kenakalan kawan-kawan di asrama. Seorang junior nyenyak tidur. Senior calit tahi ayam atas hidungnya. 


"Junior bangun dan tanya kenapa bau tahi ayam? Dicium baju, berbau tahi ayam lalu dibuang baju. Dicium kain, pun sama juga lalu ditanggal kain. Dihidu semua benda, semua berbau belaka padanya dan dibuang jauh-jauh. 


"Yang dia tak sedar ialah tahi ayam atas hidungnya sendiri. Tetapi dia mencari salah pada orang dan tempat yang lain. Wallahuaklam," katanya.





Sumber: MalaysiaKini, Facebook Annuar Musa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/12/cemuh-presiden-parti-berkempen-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Annuar Musa Dipecat Dari Umno

Annuar Musa Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 286 hits
Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa dipercayai antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi Sumber memaklumkan dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau Datuk Ser...
Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

Sprm Siasat Dana Rm92 5 Bilion Annuar Dipecat Umno Jumpa Zahid Hanya

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 213 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 9 Disember 2022 1 SPRM fokus siasat RM92 5 bilion dana k jaan urus Covid 19 2 Ahmad Maslan sahkan pemecatan Annuar Musa 2 pemimpin wanita 3 Saya pula mimpi rumah kita ada api dalam sekam Isham Jalil 4 Rosmah cum...
Annuar Musa Antara Tiga Yang Dilucutkan Keahlian Umno Ahmad Maslan

Annuar Musa Antara Tiga Yang Dilucutkan Keahlian Umno Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 192 hits
PONTIAN 9 Dis Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengesahkan Tan Sri Annuar Musa adalah antara tiga yang dilucutkan keahlian hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu semalam Selain Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu...
Sacked From Umno Annuar Musa Opens Up Registration For Ngo Muafakat Nasional

Sacked From Umno Annuar Musa Opens Up Registration For Ngo Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 11/12/2022 - jumlah : 184 hits
Tan Sri Annuar Musa speaks during a press conference at World Trade Centre in Kuala Lumpur November 21 2022 Malay Mail photo KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa has opened up registration for his non governmental organisation Muafakat Na
Bekas Pengerusi Amanah Kedah Yang Dipecat Ingin Sertai Parti Lain Dalam Ph

Bekas Pengerusi Amanah Kedah Yang Dipecat Ingin Sertai Parti Lain Dalam Ph

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 193 hits
Tak minat sertai PAS PN kami intai parti PH lain kata bekas ahli AmanahFaiz ZainudinBekas pengerusi Amanah Kedah Phahrolrazi Zawawi berkata lebih ramai ahli dan pemimpin Amanah Ked ah akan keluar parti dalam masa terdekat PETALING JAYA Beka...
Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

Isu Tpm Hierarki Parti Zahid Hamidi Masih Presiden Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 261 hits
Melihat kepada respon dan entri rakyat di media sosial tidak dinafikan majoriti rakyat menyatakan bahawa Presiden UMNO tidak layak untuk menjawat jawatan TPM atas beberapa faktor yang umum sudah diketahui sebabnya Assalamualaikum wbt Selaku...
Annuar Musa Sacked From Umno Say Sources

Annuar Musa Sacked From Umno Say Sources

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 311 hits
Annuar Musa has been with Umno since 1979 PETALING JAYA Former Ketereh MP Annuar Musa is among the three Umno divisional leaders who were sacked by the party last night say sources Yesterday it was reported that Umno sacked a division chief...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah