Umno Memang Lahirkan Ramai Pemimpin Luar Biasa Antaranya Bossku
malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 5, 2024 1:32 PM
Umno, tidak seperti parti lain, mempunyai rekod prestasi melahirkan ramai pemimpin cemerlang, kata ahli majlis kerja tertingginya Mohd Puad Zarkashi
Antaranya, kata beliau adalah “Bossku”, istilah yang digunakan untuk bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dan berdepan pelbagai pertuduhan berhubung skandal 1MDB.
Gambar Hiasan - Mohd Puad Zarkashi dan Hassan KarimBagaimanapun, Puad percaya Najib"dijatuhkan dengan fitnah" dan tertakluk kepada proses perbicaraan "tidak adil".
Pemimpin Umno itu membangkitkan perkara berkenaan ketika mengulas kenyataan ahli parlimen PKR Hassan Abdul Karim yang menyatakan jika dia berjaya meyakinkan Ismail Sabri Yaakob untuk menyertai Parti Rakyat Malaysia (PRM), bekas naib presiden Umno itu tidak akan menjadi perdana menteri kesembilan.
"Memang betul pun," kata Puad yang bersetuju, dan percaya nasib yang sama akan menimpa Hassan jika dia masih dalam PRM.
“Itu yang (akan) berlaku kepada dirinya. Jika dia kekal dalam PRM dan tidak masuk PKR dia akan kempunan jadi ahli Parlimen
“Ini kerana PRM tidak pandai menilai pemimpin. Itu beza dengan Umno,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Puad juga tidak melepaskan peluang untuk membidas Pakatan Harapan (PH), yang sebelum ini lantang mengkritik Najib, dan memuji dasar serta projek sepanjang tempoh pentadbirannya dari 2009 hingga 2018.
“Baru tahu sekarang BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia) tu bagus. GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan), (Lebuh Raya) Pan Borneo, MRT (Transit Aliran Massa) dan HSR (Kereta Api Berkelajuan Tinggi) semuanya bagus,” katanya.
Menurut Puad, Hassan, yang berulang kali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran hari ini, baru menyedari betapa sukarnya menjadi kerajaan.
“Sekarang baru Hassan tahu susah jadi kerajaan. Banyak janji tidak tertunai. Banyak birokrasi kena lalui.
“Cari mayat hilang pun payah,” katanya merujuk kepada warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di Masjid India, Kuala Lumpur yang sehingga hari ini, mayatnya masih belum ditemukan.
“Cuma pandai main formula,” katanya lagi yang dijalas ditujukan kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Semalam, Hassan memuji Ismail Sabri sebagai perdana menteri terbaik tetapi ia juga dilihat sebagai kritikan berlapek terhadap Anwar Ibrahim.
Antara lain, Hassan berkata sepanjang tempoh 15 bulan Ismail, peruntukan diberikan kepada pembangkang tanpa sebarang ikatan.
Pada Isnin lalu, ketua whip Perikatan Nasional Takiyuddin Hassan berkata kerajaan meletakkan tujuh syarat yang perlu dipatuhi mereka sebelum bersetuju memberi peruntukan kewangan untuk ahli parlimen pembangkang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/umno-memang-lahirkan-ramai-pemimpin.html