Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Berisiko Lahirkan Anak Yang Entitle


Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak, berisiko lahirkan anak yang ‘entitle.’ Anak yang mempunyai sifat ini sering kali sukar untuk menghadapi cabaran, tidak menghargai usaha orang lain, dan mudah merasa kecewa apabila keinginan mereka tidak dipenuhi.
Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak, Berisiko Lahirkan Anak Yang ‘Entitle’ Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, namun ada kalanya niat yang baik boleh mengakibatkan kesan yang sebaliknya. Salah satu risiko yang semakin menjadi perhatian adalah melahirkan anak yang bersifat “entitle” atau merasa berhak terhadap segala-galanya tanpa usaha yang sewajarnya.

Sifat ini boleh membawa pelbagai masalah dalam kehidupan anak tersebut, termasuk dalam hubungan sosial, akademik, dan kerjaya.
Berikut perkongsian Wawa Shauqi
Beberapa hari ini, banyak terlintas video berkenaan anak-anak yang ‘entitled’.
Video pertama, tentang seorang mak yang sudah tak tahan nak besarkan anaknya yang sudah dewasa.
Dari kecil, diberi segala yang dimahu. Dimewahkan. Dan dibuatkan segala.
Anak buat salah pun, dia back up. Sekarang, dia nak let go anak dia bekerja sendiri. Meraung-raung anak dia taknak..sebab dah hidup selesa.
Video kedua, tentang seorang anak yang bagi syarat kat mak ayah. Kalau nak dia ke sekolah, belikan kereta mewah. Bukan 18 tahun pun anak dia. Baru 5 tahun.
Video ketiga, anak gadis kaya melanggar orang sampai mati. Walaupun ditahan polis dia tetap dengan pendiriannya yang dia tak bersalah.
Geram sangat-sangat saya tengok yang ini. Tak ada langsung rasa bersalah. Malah dia rasa dirinya kebal dan untouchable.
Urut dada saya. Takkan sengaja Allah lintaskan video ini kepada saya. Melainkan buat peringatan untuk diri. Dan berkongsi ingatan ini dengan yang lain.
Di bahagian komen, ada ramai yang cakap,
“Ni la kesan bila manjakan sangat anak. Berlembut sangat.”
Betullah tu.
Cuma tolong jangan samakan ‘berlembut’ itu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut yang di atas itu adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan/peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
LIMA kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
Memberi Apa Saja Yang Anak Ingini
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata.
Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
Tak ada kawalan/sempadan/peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya.
Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective.
Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.

Puji Berlebihan Untuk Usaha Anak Yang Sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ini sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Mendidik anak untuk menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Ibu bapa perlu berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa kepada sifat “entitle” dalam diri anak-anak mereka.
Dengan memberikan didikan yang seimbang antara kasih sayang, disiplin, dan tanggungjawab, ibu bapa boleh membantu anak-anak membesar menjadi individu yang matang, berdikari, dan menghargai setiap usaha dalam hidup.
Sumber: Wawa Shauqi
*Wawa Shauqi merupakan seorang penulis yang gemar berkongsi ilmu yang dipelajarinya dari seminar, bengkel dan konvensyen serta kelas yang dihadirinya. Hasil penulisannya adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi dari ahli-ahli yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-/kanak, psikologi kanak-kanak dan perkembangan kanak-kanak.
Baca juga artikel lain: Aunty Cina Kongsi Tip Parenting Didik Anak, Patutlah Semua Anak Berjaya!
Rina Solat Subuh Dulu Sebelum Ke Sekolah, Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!
Didik Anak Perempuan Ilmu Asas Ni, Bila Makin Besar Anak Dah Tahu Batas!
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Kesalahan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak, Berisiko Lahirkan Anak Yang ‘Entitle’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesalahan-ibu-bapa-dalam-mendidik-anak-berisiko-lahirkan-anak-yang-entitle/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daftar Anak Sekolah Ini Caranya Untuk Memudahkan Ibu Bapa

Daftar Anak Sekolah Ini Caranya Untuk Memudahkan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 273 hits
Untuk mendaftarkan anak ke sekolah rendah di Malaysia berikut adalah langkah langkah yang perlu diikuti 1 Sediakan Dokumen PentingPastikan anda mempunyai dokumen berikut Sijil kelahiran anak Kad pengenalan ibu bapa penjaga Bukti alamat Reko...
Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Kena Ambil Tahu Penting Untuk Jaga Kesihatan

Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Kena Ambil Tahu Penting Untuk Jaga Kesihatan

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 102 hits
Tanda anak tidak cukup ibu bapa mesti kena ambil tahu penting untuk jaga kesihatan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan manusia terutama bagi kanak kanak yang sedang membesar Tanda Anak Tidak Cukup Tidur Ibu Bapa Mesti Tahu Pe...
Bapa Tiri Ibu Didakwa Bunuh Anak

Bapa Tiri Ibu Didakwa Bunuh Anak

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 96 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas pertuduhan membunuh anak perempuan mereka berusia lapan tahun pada 17 Ogos lalu Tertuduh yang juga bapa tiri dan ibu kandung mangsa Mohamad Zulhelmy Amir...
3 Perkara Yang Mempengaruhi Cara Ibu Bapa Besarkan Anak Anak Mereka Dari Dulu Hingga Sekarang

3 Perkara Yang Mempengaruhi Cara Ibu Bapa Besarkan Anak Anak Mereka Dari Dulu Hingga Sekarang

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 230 hits
Bulan May hari tu kecoh laporan terdapat lebih 10 ribu pelajar tak ambil peperiksaan SPM tahun 2023 Jumlah itu adalah lebih kurang 2 65 dari keseluruhan pelajar yang sepatutnya menduduki SPM Kemudian tular pula cerita seorang pempengaruh ya...
Anak Anak Suka Tengok Cerita Seram Ganas Ketahui Sebab Ibu Bapa Mesti Cegah Habit Yang Satu Ini

Anak Anak Suka Tengok Cerita Seram Ganas Ketahui Sebab Ibu Bapa Mesti Cegah Habit Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 134 hits
Anak anak suka tengok cerita seram dan ganas ketahui sebab ibu bapa mesti cegah habit yang satu ini Cerita seram dan ganas sering menjadi pilihan dalam kalangan kanak kanak dan remaja Dengan kemajuan teknologi dan mudahnya akses kepada pelb...
Warga Asing Bunuh Isteri Dan Anak Mayat Budak Lelaki Disyaki Mangsa Ketiga Dibunuh Bapa

Warga Asing Bunuh Isteri Dan Anak Mayat Budak Lelaki Disyaki Mangsa Ketiga Dibunuh Bapa

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 121 hits
FMT ReportersMayat kanak kanak itu ditemukan di Pantai Leman Kuala Kedah mempunyai kesan kelar seperti dialami ibu dan kakaknya PETALING JAYA Mayat kanak kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun disyaki dikelar suspek warga asing ditemukan...
Bapa Berbalas Tembakan Dengan Anak Kerana Isu Hutang

Bapa Berbalas Tembakan Dengan Anak Kerana Isu Hutang

papar berkaitan - pada 16/8/2024 - jumlah : 246 hits
KOSMO SEORANG bapa dan anak berbalas tembakan di sebuah kedai pajak di Khon Kaen Foto Khon Kaen LinkBANGKOK nbsp Seorang bapa menembak anak lelakinya kerana mengkritik kakaknya sendiri di media sosial mengenai isu hutang semalam lapor porta...
Sayu Bapa Kehilangan Anak Kembar Baru Lahir Dibom Israel

Sayu Bapa Kehilangan Anak Kembar Baru Lahir Dibom Israel

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 168 hits
Seorang bapa di Gaza Mohammed Abu Al Qusman baru sahaja mendapat anak kembar lelaki iaitu Asser dan Aysel Selepas kelahiran dua anaknya Beliau segera menyelesaikan pendaftaran surat beranak anaknya dan dalam perjalanan pulang rumahnya dibom...
Bapa Modified Basikal Sediakan Bumbung Amp Guna Tong Sampah Demi Keselesaan Anak

Bapa Modified Basikal Sediakan Bumbung Amp Guna Tong Sampah Demi Keselesaan Anak

papar berkaitan - pada 9/8/2024 - jumlah : 143 hits
Baru baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki dipercayai bapa kepada seorang kanak kanak perempuan sanggup mengayuh basikal mengambil anaknya dari sekolah telah berjaya meruntun hati orang ramai Menerusi perkongsian seorang pen...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean