Umno Kena Buang Sikap Pembangkang Kembali Berperanan Parti Kerajaan Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-August 29, 2021 11:10 AM
Penganalisis politik berkata Umno tidak harus mengheret rakyat dalam sebarang pergelutan kuasa dalaman, sebaliknya bertindak sebagai teras kerajaan.
PETALING JAYA: Pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri harus mendorong Umno untuk berperanan sebagai parti kerajaan dan bukan pembangkang sebagaimana berlaku ketika Muhyiddin Yassin berkuasa, kata penganalisis politik.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata Umno tidak perlu menghebahkan sebarang tuntutan kepada Ismail secara terbuka kerana itu cara pembangkang.

Menurut beliau, ia juga boleh membawa persepsi bahawa pimpinan Umno masih berpuak meskipun mengisytiharkan parti itu menyokong penuh pelantikan naib presidennya sebagai perdana menteri ke-9.

“Kita telah melalui satu bulan yang begitu dramatik dalam pentas politik tanah air. Walaupun penutupnya agak anti-klimaks, dengan pelantikan sebahagian besar muka lama dalam Kabinet baharu, namun suhu politik tetap panas dan mencuri tumpuan tatkala Covid-19 sedang mengganas.

“Jangan meresahkan suasana dengan desakan seolah-olah anda parti pembangkang, sedangkan perdana menteri sendiri telah berbincang secara bersemuka dengan Pakatan Harapan untuk menyelesai isu berbangkit agar urusan perjalanan kerajaan berjalan lancar,” katanya kepada FMT.

Khamis lalu, MKT mengadakan mesyuarat pertama yang dihadiri oleh Ismail selaku perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi kemudian mengumumkan beberapa persetujuan dicapai dengan Ismail berhubung isu penjenamaan kerajaan, pembaharuan institusi melibatkan pengasingan kuasa agensi penguatkuasa dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja terhadap bekas Peguam Negara Tommy Thomas
Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Fauzi berkata Umno tidak harus mengheret rakyat dalam sebarang pergelutan kuasa dalaman, sebaliknya bertindak sebagai teras kerajaan.

“Perbuatan mengheret rakyat dalam politik kepuakan Umno amat tidak bertanggungjawab dan meletihkan rakyat. MKT dan Pemuda Umno perlu ingat, ‘you have one of your own now’ (kini kalangan anda sendiri yang mengetuai kerajaan),” katanya.

Kabinet Ismail turut merangkumi 10 menteri Umno dan masing-masing seorang daripada MIC dan MCA.

Fauzi juga berkata ketelusan antara kerajaan dan pembangkang yang dijalin hasil mesyuarat PH dengan Ismail itu, akan menjanjikan satu suasana di mana keabsahan kerajaan yang membelenggu Muhyiddin sebelum ini, diatasi dan sekali gus memperkukuhkan kedudukan Umno sebagai tonggak kerajaan.

“Justeru, Umno perlu ada satu ‘cooling off period,” dan tidak membuat pelbagai asakan politik, sebagaimana yang dilakukan semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri
Azmi Hassan.Sementara itu, pakar geostrategis Azmi Hassan berkata tuntutan Umno yang dikemukakan kepada Ismail kelmarin, ibarat “mencuri peluang ketika keadaan kerajaan dilihat masih lemah.

“Tuntutan Umno adalah sama seperti yang didesak oleh PH iaitu reformasi badan kehakiman, perkasakan Parlimen. Pembaharuan yang dituntut ini, jika dibuat dalam keadaan kerajaan yang kuat, ia mungkin tidak akan dipedulikan,” katanya.

Beliau berkata, suara tegas Umno terhadap reformasi institusi yang mahu pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya Awam serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), perlu diterima semua pihak bagi meredakan ketegangan politik.

“Kenapa kita berada dalam kemelut politik yang tidak stabil?. Ia kerana institusi itu lemah, usaha pemerkasaan kita lemah, contohnya iltizam untuk membawa undang-undang anti lompat parti.

“Mungkin ada yang mencela gesaan (terbuka) MKT itu kepada Ismail dan ada yang kata tidak kena pada tempatnya.

“Benar hal pandemik, hal rakyat itu juga dituntut. Namun kita tak boleh lupa hal yang lebih besar iaitu hal seperti pemerkasaan Parlimen, reformasi institusi dan perjalanan badan kehakiman perlu bebas (dari tangan politik),” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/umno-kena-buang-sikap-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

Jika Ahli Parlimen Umno Jadi Pm Wakil Bersatu Sabah Mungkin Kembali Kepada Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 279 hits
Perhatian akan tertumpu kepada Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin sekiranya parti itu kembali berkuasa di peringkat persekutuan kata penganalisis KOTA KINABALU Penganalisis percaya ramai wakil rakyat daripada Bersatu mungkin kembali kep...
Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 241 hits
Dengan keadaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kini tersepit dan mungkin meletakkan jawatannya ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Johari Ghani menyeru parti parti politik untuk membentuk satu kerajaan perpaduan baharu Hakikatnya ketika ...
Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

Pm Daripada Kabinet Muhyiddin Resipi Kerajaan Gagal 2 0 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 326 hits
Robin Augustin PETALING JAYA Perdana menteri yang dilantik daripada kerajaan sedia ada sekiranya penyandangnya Muhyiddin Yassin berundur hari ini adalah resepi kepada Kerajaan Gagal 2 0 kata seorang penganalisis politik Oh Ei Sun dari Insti...
Zahid Umno Sudah Kembali Memimpin Kerajaan

Zahid Umno Sudah Kembali Memimpin Kerajaan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 214 hits
Hasrat Umno untuk kembali memimpin kerajaan seperti disuarakan pada perhimpunan agung Umno 2018 kini menjadi kenyataan kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Berucap pada persidangan pertama parti itu selepas BN tewas Ahmad Zahid berkata jik...
Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Hanya Berfungsi Dengan Syarat Jelas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 328 hits
August 17 2021 8 30 AM Muhyiddin Yassin cuba mendapatkan sokongan parti lain sebagai usaha terakhir menyelamatkan kerajaan pimpinannya tetapi ditolak pada saat akhir PETALING JAYA Sebuah kerajaan perpaduan hanya akan berfungsi sekiranya sem...
Umno Kembali Berkuasa Pua Salahkan Pembangkang

Umno Kembali Berkuasa Pua Salahkan Pembangkang

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 320 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Aug 2021 7 47 pmDikemaskini 7 50 pmPengumuman bahawa Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai perdana menteri kesembilan mendapat reaksi berbeza di kalangan dari ahli politik pembangkang Paling ...
Perikatan Nasional Tumbang Muafakat Nasional Dijangka Kembali Bernyawa Kata Penganalisis

Perikatan Nasional Tumbang Muafakat Nasional Dijangka Kembali Bernyawa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 208 hits
Nora MahparPETALING JAYA PAS dijangka menghidupkan kembali kerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional jika kerajaan Perikatan Nasional tumbang kata penganalisis politik Pakar geostrategis Azmi Hassan berkata pendirian politik PAS yang...
Emosi Mengatasi Segalanya Cool Dapat Hentam Kerajaan Kata Pua

Emosi Mengatasi Segalanya Cool Dapat Hentam Kerajaan Kata Pua

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 198 hits
MALAYSIA NOW Ahli Parlimen DAP mempertahankan pendiriannya berhubung persefahaman rentas parti yang ditawarkan perdana menteri Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Gambar Facebook Walaupun partinya menolak tawaran Muhyiddin Yassin ahli Parlimen...
Dialog Tiga Penjuru Kerajaan Pembangkang Bersama Dan Berfungsi

Dialog Tiga Penjuru Kerajaan Pembangkang Bersama Dan Berfungsi

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 211 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Risks To Avoid Buy Sell Domains

Dua Hari Guna Hotspot

Us Tarik Diri Daripada Who Malaysia Perlu Menimbang Langkah Serupa Kenyataan Media Ppim 24 01 2025

Filem Bukan Hantu Biashe Biashe

Kkm Larang Jualan Produk Yang Dikesan Mengandungi Racun

Lirik Lagu Rayuan Nurani Saffone