Umno Kembali Bergolak Kj Tak Setuju Zahid Kembali Tanpa Dibincangkan



KJ tak setuju Zahid kembali tanpa dibincangkanPosted By: Pentadbiron: July 07, 2019 Print EmailAnggota Umno yang tidak gembira dengan kepulangan presidennya, Ahmad Zahid Hamidi tidak mempunyai pilihan selain akur keputusan parti dan menunggu pemilihan seterusnya dalam tempoh dua hingga tiga tahun.Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengulas gesaan bekas Presiden Umno Najib Razak agar anggota Umno tidak mencetuskan “huru-hara” dalam parti itu dan menerima Ahmad Zahid kembali sebagai presiden.Khairy berkata beliau dan Najib berhak untuk berbeza pandangan.“Beliau (Najib) boleh mengatakan apa yang dia mahu. Beliau mempunyai pandangan. Saya mempunyai pandangan saya.“Najib kata kita semua patut menerima Zahid dan saya masih mengekalkan (pendirian) bahawa Majlis Tertinggi sepatutnya berbincang terlebih dahulu,” kata ketua Umno Bahagian Rembau itu pada sidang media selepas satu forum di Kuala Lumpur hari ini.Bagaimanapun katanya keputusan parti perlu dipatuhi.“Saya mempunyai pandangan yang berbeza tetapi sebagai anggota parti saya perlu mematuhi keputusan parti,” kata Khairy.Najib ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Setiawangsa pagi ini menyeru anggota parti supaya tidak mencetuskan “huru-hara” dan menerima kepulangan Zahid sebagai presiden.Bekas Perdana Menteri itu juga berkata mana-mana ahli yang tidak gembira perlu menunggu anggota parlimen Bagan Datuk itu menghabiskan mandatnya sebagai presiden dalam tempoh tiga tahun.Mengulas lanjut, Khairy berkata suara-suara dalam Umno yang mengkritik kedudukan Zahid sebagai presiden telah membuat pendirian yang jelas.“Pemuda Umno telah membuat pendirian yang jelas, saya telah membuat pendirian yang jelas.“Tetapi jika orang itu mahu kembali dan jika Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memberi sokongan, tiada apa yang boleh kita lakukan,” katanya.Zahid mengambil keputusan untuk bercuti pada Disember tahun lepas berikutan tekanan untuk beliau berundur sebagai presiden.Penentangnya dalam Umno ketika itu mengkritik beliau kerana didakwa tiada hala tuju yang jelas untuk mengemudi parti itu.Zahid juga dikatakan faktor beberapa anggota parlimen Umno melompat parti dan sebahagian yang lain mengancam akan mengikut jejak langkah sama.Zahid akhirnya mengalah dan pada 18 Disember tahun lalu beliau mengumumkan timbalannya Mohamad Hasan memangku jawatannya sebagai presiden.Hanya beberapa jam sebelum Zahid mengumumkan kepulangannya pada 30 Jun, Khairy – sekutu rapat Mohamad – berkata Zahid perlu terlebih dahulu mendapatkan pandangan Majlis Tertinggi Umno sebelum mengumumkan kepulangannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/umno-kembali-bergolak-kj-tak-setuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bergolak Zahid Mahu Kembali Relevan Tapi Umno Dipertaruhkan

Umno Bergolak Zahid Mahu Kembali Relevan Tapi Umno Dipertaruhkan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 301 hits
Usaha untuk menyingkir team Najib nampaknya berjalan separuh jalan Pada mulanya Mat Hassan dan Khaled Nordin cuba untuk menyingkirkan mereka melalui usul menghalang ahli Umno yang dituduh bersalah supaya dipecat Zahid mahu kembali relevan t...
Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

Kronologi Cuti Dan Kembali Presiden Umno Zahid Hamidi Memimpin Parti

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 450 hits
Kronologi Cuti dan Kembali Presiden Umno Memimpin Parti Semalam Ahad 30 Jun 2019 di Bagan Datuk Presiden UMNO Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penamatan cuti beliau selama enam bulan semasa Majlis Hari Raya Aidilfitri Bagan Datuk...
Apakah Agenda Tersembunyi Zahid Kembali Memimpin Umno

Apakah Agenda Tersembunyi Zahid Kembali Memimpin Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 577 hits
ULASAN DAN ANALISAAhmad Zahid HamidiSAYA telah membaca dan menganalisa semua komen komen mengenai Ahmad Zahid Hamidi yang menamatkan cuti sabatikal daripada menjalani tugas dan tanggungjawab sebagai presiden Umno Tindakan Zahid itu ada pro ...
Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

Najib Zahid Boleh Kembali Terajui Umno Tanpa Persetujuan Mt

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 422 hits
Diterbitkan Hari ini 8 28 pagiBekas presiden Umno Najib Razak berkata presiden Umno yang sedang bercuti Ahmad Zahid Hamidi boleh kembali menerajui parti jika dia mahu biarpun tanpa persetujuan pihak lain termasuk Ahli Majlis Tertinggi Kata ...
Umno Kelantan Sambut Baik Zahid Kembali Terajui Parti

Umno Kelantan Sambut Baik Zahid Kembali Terajui Parti

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 347 hits
Ahmad Jazlan YaakobKUALA LUMPUR Seluruh kepimpinan UMNO peringkat akar umbi di Kelantan menyambut baik keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali menerajui parti Pengerusi UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata keputusan d...
Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

Zahid Kecam Pihak Pertikai Keputusan Kembali Pimpin Umno

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 282 hits
July 7 2019 1 46 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk kembali memimpin adalah hak beliau yang dipilih sebagai presiden parti itu yang sah IPOH Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak kenyataan pihak yang m...
Zahid Kembali Adakah Umno Bakal Bergegar

Zahid Kembali Adakah Umno Bakal Bergegar

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 555 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau kembali menggalas jawatan Presiden UMNO dan menamatkan cuti berkuat kuasa serta merta Beliau mengumumkan perkara tersebut pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk pada Ahad Sa...
Zahid Kembali Umno Tertimbus

Zahid Kembali Umno Tertimbus

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 294 hits
Zahid kembali Umno tertimbus Posted By on July 02 2019Usahlah bertempik di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra jika pemimpin atasan Umno enggan mendesak Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur daripada jawatannya sebagai presiden kata be...
Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 374 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO Katanya sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu di...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik