Umno Jangan Kacau Kestabilan Negara Kata Nazri Aziz



(Suara TV) – Jangan kucar-kacirkan kestabilan yang sedang dinikmati rakyat ketika ini dengan mendesak parlimen dibubarkan segera, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mohamed Nazri berkata sekiranya UMNO mahu parlimen dibubarkan ketika ini, rakyat akan menghukum parti yang mengkucar-kacirkan kestabilan yang sedang dinikmati masa ini.
Malah beliau menjelaskan, Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah bertitah bahawa baginda mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil.
“Jangan setakat bila untung kita sebut titah raja tetapi bila tidak menguntungkan, kita akan buat-buat lupa, tak boleh.
“Jadi kita kena ingat, apa pun titah daripada Yang Dipertuan Agong itu memang ada, mahukan kerajaan yang stabil, mahu negara stabil.
“Kalau kita langgar titah ini maka betul lah anggapan orang kita nak mengukcar-kacirkan keadaan yang sedang stabil sekarang, kenapa perlu kucar kacir diwaktu ini aman dan stabil, sekarang tidak ada apa-apa masalah.
“Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mentadbir dengan baik, tidak ada masalah. Saya lihat alasan yang diberikan itu spekulasi sahaja atau pun diada-adakan sahaja,” katanya seperti dilaporkan Astro AWANI.
Mohamed Nazri menjelaskan, rakyat akan melihat UMNO bukan hanya mengkucar-kacirkan keadaan tetapi menjatuhkan perdana menteri daripada parti sendiri.
“Pemulihan ekonomi negara kita belum lagi selesai, baru nak steady. Jadi pada waktu ini kita mendesak supaya diadakan PRU nampak lah kita yang mengkucar-kacirkan.
“Lebih teruk lagi ialah kalau kita desak PRU15 dan jatuhkan kerajaan yang ada ini, kita menjatuhkan seorang perdana menteri yang datang dari kalangan kita.
“Saya terus terang lah, kalau hari itu orang lain saya tidak kisah tetapi ini perdana menteri dari kalangan kita,” katanya lagi.
Bagi felo penyelidik Ilham Centre, Prof Hamidin Abd Hamid, hasrat mahu mengadakan pilihan raya awal digerakkan oleh sesetengah pemimpin UMNO yang mahu kekal pada kedudukan yang dimahukan.
Jelas beliau, sekiranya UMNO mampu mencapai kestabilan dalaman parti mereka, ia mampu menjadikan pentadbiran negara juga stabil.
“Saya sering mengatakan UMNO perlu menyelesaikan perkara ini dengan baik untuk memastikan apa yang berlaku dalaman parti itu tidak tidak tumpah dan memberi kesan kepada politik nasional.
“Setakat ini kita lihat UMNO gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman parti mereka sendiri hingga ia dilihat menggugat kestabilan pentadbiran negara.
“Apa yang berlaku ketika ini, boleh saya katakan, desakan untuk bubar parlimen dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam UMNO ini adalah usaha mereka menjadikan isu pilihan raya ini untuk memastikan mereka kekal pada kedudukan yang mereka mahukan.
“Saya kira UMNO sebagai sebuah parti tidak seharusnya digunapakai dalam konteks peras ugut sedemikian oleh pemimpin mereka sendiri,” katanya kepada Astro AWANI.
Selepas mencapai kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor terdapat pemimpin UMNO yang mendesak agar parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.
Namun, ada juga kalangan pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan berpendapat kerajaan sedia ada perlu kekal hingga habis penggal ke-14 ini iaitu pertengahan tahun depan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/05/04/umno-jangan-kacau-kestabilan-negara-kata-nazri-aziz/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budaya Politik Ala Umno Ada Dalam Pkr Rafizi Kata

Budaya Politik Ala Umno Ada Dalam Pkr Rafizi Kata

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 167 hits
SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat perlu kembali kepada asal kelahiran parti iaitu sebuah gerakan rakyat dengan membuang budaya politik ala UMNO yang bermewah dan bertema bangsawan Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata budaya sedemi...
Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 176 hits
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional terutama UMNO bahawa parti itu akan kembali menguasai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pembangkang bagaimanapun meraguinya berdasarkan trend sokongan pengundi kepada parti itu Ketua ...
Apa Crita Pulak Nusi Tuduh Umno Pulak Buat Taik Adoiiii Dulu Umno Pujaan Hatuku Sekarang Kata Jebon La Bagai Dosa Tau

Apa Crita Pulak Nusi Tuduh Umno Pulak Buat Taik Adoiiii Dulu Umno Pujaan Hatuku Sekarang Kata Jebon La Bagai Dosa Tau

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 143 hits
Jebon tulis minit mesyuarat Sanusi dakwa PAS leak kerja BN April 27 2022 Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional terlibat dalam penularan dokumen PAS leak yang didakwa cuba menjatuhkan kepimpinan U...
Lembaga Disiplin Umno Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri

Lembaga Disiplin Umno Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 175 hits
Lembaga Disiplin UMNO Perlu Tegas Ambil Tindakan Terhadap Ku Li Nazri Lembaga Disiplin UMNO perlu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang masih tidak mengikut keputusan parti menyokong kerajaan hari...
Tanpa Umno Kumpulan Dwipartisan Ku Li Bukan Ancaman Pas Kata Penganalisis

Tanpa Umno Kumpulan Dwipartisan Ku Li Bukan Ancaman Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 390 hits
PETALING JAYA Kumpulan dwipartisan yang dipimpin Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hanya akan menjadi ancaman sebenar kepada PAS di Kelantan jika ia mendapat sokongan Umno kata penganalisis Jika ia hanya Tengku Razaleigh send...
Pn Tak Bincang Jatuhkan Umno Bn Kata Hamzah

Pn Tak Bincang Jatuhkan Umno Bn Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 151 hits
Hamzah Zainudin berkata menjadi amalan biasa untuk pemimpin parti komponen PN berbincang khasnya selepas sesuatu pilihan raya namun mereka tidak melakukan perkara seperti yang didakwa dalam dokumen tular itu PETALING JAYA Setiausaha Agung P...
Rusia Peringatkan Negara Barat Jangan Uji Kesabaran Kami

Rusia Peringatkan Negara Barat Jangan Uji Kesabaran Kami

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 126 hits
Dua bulan sejak Rusia melancarkan operasi militer ke Ukraina belakangan ini dilaporkan Rusia mengalami serangkaian serangan dari pasukan Ukraina di wilayah RUsia yang berbatasan dengan Ukraina
Siapa Kata Negara Ini Tak Bermusim

Siapa Kata Negara Ini Tak Bermusim

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 156 hits
Tidak seperti negara Barat mahupun negara Asia seperti Jepun China dan Korea negara kita ni tidak ada musim sejuk musim panas dan sebagainya Tidak ada winter spring summer or fall bak nyanyian Carole King dalam lagunya You ve got a friend M...
Desak Bubar Parlimen Boleh Kucar Kacirkan Kestabilan Nazri

Desak Bubar Parlimen Boleh Kucar Kacirkan Kestabilan Nazri

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 155 hits
Desak bubar Parlimen boleh kucar kacirkan kestabilan Nazri Kestabilan yang sedang dikecapi sekarang tidak perlu dikucar kacirkan dengan desakan agar Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz Nazri m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi