Tanpa Umno Kumpulan Dwipartisan Ku Li Bukan Ancaman Pas Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Kumpulan “dwipartisan” yang dipimpin Ahli Parlimen Gua  Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hanya akan menjadi “ancaman sebenar”  kepada PAS di Kelantan, jika ia mendapat sokongan Umno, kata  penganalisis.
“Jika ia hanya Tengku Razaleigh sendiri, maka PAS tidak perlu terlalu  risau,” kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara mengenai pembentukan  sebuah kumpulan dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat  Kelantan.
Beliau berkata, jika Umno bekerjasama dengan kumpulan itu, ia  mempunyai peluang lebih baik untuk menjatuhkan PAS berbanding ia  berusaha sendiri.
“Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar di Kelantan. Jadi, jika  beliau boleh meyakinkan Umno untuk bekerjasama dengan Amanah hanya di  Kelantan, maka kumpulan ini akan menjadi sangat berpengaruh bukan hanya  dalam masyarakat sivil, tetapi dari segi politik juga,” katanya.
                                                                                                                                         Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li,  dilaporkan akan memimpin kumpulan itu. Ia terbuka bukan hanya kepada  parti politik, tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO). Ini menyusul  pertemuan Tengku Razaleigh dengan pemimpin Amanah Kelantan selepas  majlis berbuka puasa baru-baru ini.
James Chin dari University of Tasmania pula kurang optimis mengenai  peluang kumpulan itu menyingkirkan PAS di Kelantan dan menyifatkan ia  hanya “platform untuk Tengku Razaleigh mendapatkan semula pengaruhnya”.
“Walaupun beliau kekal berpengaruh di Gua Musang, beliau telah hilang  sebahagian besar pengaruhnya di Kelantan secara keseluruhannya.  Kebanyakan orang menganggap zamannya sudah berlalu,” katanya kepada FMT.
“Saya tidak nampak sesiapa yang menumbangkan PAS, tetapi jika ia akan  ditumbangkan, ia perlu dilakukan Umno dan bukan orang lain.”
                                                                                                                                                                                                                       Beliau berkata, Umno bagaimanapun tidak dapat menarik perhatian pengundi Kelantan kerana ia tidak mempunyai “calon yang tepat”.
“Umno sentiasa mempunyai masalah mencari calon atau pemimpin sesuai  untuk menarik perhatian rakyat Kelantan,” katanya sambil menambah budaya  politik Kelantan berbeza dengan negeri lain.
Anantha Raman Govindasamy dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)  berkongsi pandangan sama dengan berkata, sebarang gabungan baharu yang  dibentuk tidak mampu mencetuskan gelombang dalam landskap politik  Kelantan pada pilihan raya umum ke-15.
Katanya, Amanah sebagai kumpulan serpihan PAS, perjalanannya masih jauh untuk mendapatkan sokongan rakyat Kelantan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]  
   
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2022/05/tanpa-umno-kumpulan-dwipartisan-ku-li.html