Umno Jangan Bunuh Diri Sendiri


RENCANA KHAS


SELEPAS kekalahan dan kehilangan kerajaan pada pilihan raya ke-14 Umno terus jadi hilang punca dan mabuk tuak. Kekalahan itu membuka banyak rahsia Umno selama ini. Antaranya ia memberi gambaran dan mendedahkan yang parti itu tidak mempunyai kekuatan dalaman (inner strength). 
Selama lebih 70 tahun kewujudannya, Umno gagal tatah jiwa ahli dan pemimpinnya dengan semangat kental seperti ahli pada awal penubuhan tahun 1946 lampau
Sepanjang sejarah kewujudannya, baru tahun 2018 Umno menghadapi ujian besar kalah dalam pilihan raya dan ternyata ia sangat terkesan dan menjadi goyah dengan ujian itu. Bagaimana menghadapi aib kekalahan ini seharusnya Umno belajar daripada Pas. 
Sehubungan tragedi tersebut parti itu juga gagal untuk mencari pengganti memimpinnya apabila Najib Razak yang mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan selaku presiden ekoran kekalahan itu. Sia-sia parti itu dikatakan mempunyai keahlian seramai lebih 3 juta tetapi tidak ada seorang pun bertindak menjadi Hang Nadim untuk menyelamatkan parti terbesar bangsa Melayu itu.
Menghairankan dikala parti kalah dan ditimpa musibah anggotanya bukan bergotong royong untuk membangun dan menghidupkannya tetap saling "tejel menejel tonyen menonyen" sesama sendiri. Inilah sikap dan perangai Melayu. 
Najib Razak mengambil tanggungjawab atas kekalahan Umno dengan meletak jawatan. Beliau berbuat begitu setelah didesak oleh beberapa individu dalam Umno termasuk oleh bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas ketua Puteri Mas Erniyati Samsudin. 
Kononnya tindakan itu terbaik dan dapat menyelesaikan masalah, tetapi jadi sebaliknya. Dan orang yang mendesak Najib letak jawatan dilihat lebih banyak meriba tangan menjadi tikus yang membaiki labu daripada berfikir untuk memperkasakan parti. Ke mana Mas Erniayati kini? Celakalah orang yang tergesa-gesa membuat desakan kepada Najib sedang mereka hanya tidak melakukan apa-apa pun. Sikap sedemikian sikap tidak bertanggungjawab.

Zahid Hamidi yang memegang jawatan timbalan presiden pula yang terpaksa memikul tanggungjawab itu tidak berdaya untuk memikul beban mahal berat itu. Sejak awal lagi Zahid dilihat tidak berkemampuan untuk berada ditempat itu, menjadi presiden. 
Mereka yang mengikuti perjalanan Zahid dalam politik kebingungan dan terheran-heran sendiri apabila beliau menjadi timbalan presiden Umno. Boleh dan mampukah Zahid memegang jawatan itu? Zahid tidak pernah pun dicanang untuk berada di situ kerana beliau berada di situ pun sebagai bidan terjun sahaja selepas Najib bermasalah dengan Muhyiddin Yassin dan memecatnya.
Tetapi bak kata menjadi harapan orang tidak ada rotan akar pun dikira berguna. Mulanya orang mengira akar itu dapat dibuat pengikat pagar dan gelegar, tetapi untuk dijadikan tali skipping pun tidak boleh.  
Kelemahan Zahid.
Kelemahan Zahid ialah beliau tidak tegas dan tidak ada karismatik sebagai pemimpin nombor satu. Ciri-ciri sebagai pemimpin yang tegas, berani tidak ada kepadanya. Keadaan itu ditambah dengan beliau sendiri tidak ada kekuatan dalaman. Zahid hanya tahu cakap besar tetapi hati penakut. Yang indah kepada Zahid hanya PR yang diakui semua pihak. Mereka yang dekat dengannya cukup senang dengan cara beliau berkawan. Kelebihan itu tidak cukup untuk jadi pemimpin.
Apabila dihadap ke mahkamah dengan 87 tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah, beliau terus goyah dan give-up. Sikap itu sudah menjelaskan yang beliau tidak layak untuk jadi pemimpin yang nisbinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. 
Jerjak besi dan cerita-cerita Anwar Ibrahim diperlakukan zalim ketika ditahan menjadi Zahid phobia dan kehilangan kedua biji telur peraknya. Zahid juga dikatakan seorang suami yang takut bini. Katanya beliau lebih menerima pandangan isterinya berbanding dengan nasihat kekawan seperjuangan. Memang orang yang takut kepada "maharani" tidak boleh jadi pemimpin.
Keadaan dan kondisi pemimpin itu menjadi Umno tidak stabil, tidak ada fokus dan hilang keyakinan. Kerana kelemahan Zahid menyebabkan para pemimpin Umno bercakap mengikut citarasa sendiri dan membuat pelan masing-masing dan arahan-arahan Zahid selaku presiden tidak dipatuhi. Penghormatannya kepada tidak wujud lagi melainkan hormat sebagai kawan.
Kekalahan benar-benar membawa bahana dan petaka kepada Umno. Kalau Umno ada kekuatan diri dan pemimpinnya ampuh mental ia tidak jadi berantakan seperti hari ini. Dan kalau Zahid selaku presiden berwibawa Umno tidak jadi sekalut dan sehina hari ini. Kehinaan Umno hari ini boleh dilihat apabila ia dipermainkan oleh Muhyiddin dengan apa yang berlaku di Sabah. 
Umno berpecah.
Kegagalan dan kelemahan terulung Zahid apabila  13 ahli Parlimen Umno khianat meninggalkan Umno menyertai PPBM. Tindakan 13 MP yang awal bertindak keluar parti dan sertai PPBM adalah menjadi tanggungjawab Zahid. Selaku presiden beliau gagal mencegah atau mereka itu tidak langsung menghormati beliau selaku presiden. Kalau beliau dihormati tentu tidak semudah itu kemplot berlaku dalam Umno yang berakhir dengan tindakan 13 MP itu kencingkan Umno.
Perpecahan dan keretakan awal Umno adalah kerana tindakan 13 ahli Parlimen itu yang dilihat lapar dengan jawatan dan menjaga kepentingan diri daripada prinsip perjuangan.
Hari ini Umno berpecah kepada tiga kumpulan atau ada tiga puak menjadi Umno tidak dapat membuat pendirian tegas dan tetap terhadap sesuatu perkara. Kumpulan ini tidak termasuk sekelompok 13 MP  yang khianat meninggalkan parti itu. Mereka itu sudah jelas menjadi musuh seumur hidup Umno. 
Kumpulan pertama ialah yang menyokong Muhyiddin dan PPBM. Mereka ini seolah-olah mahu Umno dimatikan dan diganti dengan Umno. Mereka ini adalah yang dilantik menjadi anggota kabinet dan atau diberikan sesuatu kedudukan dalam kerajaan. 
Antara mereka ini ialah Hishammuddin Hussein, Mahdzir Khalid, Ismail Sobre Yaacob, Noraini Ahmad, Halimah Mohamed Sadique, Annuar Musa dan lain-lain. 
Kumpulan kedua ialah mereka yang tidak menjadi ahli Parlimen, yang berada diluar kerajaan PN. Merekalah yang lantang menyatakan kemarahan kepada PPBM yang mahu menjadi pengganti kepada Umno dan asyik mencuri ahli Umno. Antara mereka Khaled Nordin, Shahrir Samad, Puad Zarkashi, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain.  
Manakala kumpulan satu lagi yang bersama Zahid Hamidi atas dasar dan prinsip setiakawan dengan dengan ahli Parlimen Badan Datuk itu. Mereka yang bersama Zahid, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, Noh Omar dan lain-lain. 
Kerana Umno terbahagi kepada tiga kumpulan tidak sekata dan mempunyai pandangan berbeza inilah meletakkan Zahid tertekan dan hilang fokus. Kuasanya sebagai presiden dipecah pecilkan oleh kelompok ini. Zahid sebagai presiden yang tidak mendapat sokongan kompak ia memberi masalah kepadanya. Tanpa disedari juga beliau ditekan dalam senyap.
Dengan keadaan itu ia tidak mungkin menjadikan Umno kuat. Perkara paling bahaya buat Umno ialah sekiranya pilihan raya diumumkan dalam masa terdekat. Jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat Umno dilihat tidak mampu untuk menguasai pilihan raya apa lagi kembali memerintah seperti mana diharapkan. 
Justeru Umno tidak perlu menunggu di saat-saat akhir untuk bertindak atau membuat sesuatu. Tindakan disaat-saat akhir ia menambahkan lagi keburukan dan keparahan kepadanya.
Apa yang Umno perlu lakukan sekarang ini semua pemimpin Umno dari tiga kelompok itu berfikir untuk selamatkan Umno. Mereka harus bersatu atas satu tujuan dan matlamat demi Umno. Mereka tidak perlu memiliki agenda peribadi apa lagi menjadi alat kepada mana-mana individu bernafsu besar dalam PPBM. 
Tindakan pertama harus singkir Zahid sebagai presiden. Dengan kelemahan dan kegagalan Zahid, beliau tidak boleh diharap untuk berbuat apa-apa lagi bagi memulih dan menguatkan Umno. Kepercayaan kepadanya sudah hilang dengan sikap dolak dalih dan play safe no safe diambilnya itu.
Atau dengan lebih tertibnya Zahid angkat tangan dan serahkan Umno kepada yang lebih berani dan ada political will untuk menyelamatkan Umno. Zahid tidak perlu menghitung dengan kekalnya beliau sebagai presiden beliau boleh jadikan sebagai tawaran untuk selamatkan dirinya dari 87 tuduhan di mahkamah. 
Beliau perlu gentlemen dan tidak merasa sayang dengan jawatan itu kerana beliau sudah nyata  gagal untuk memulihkan Umno. Bukan sahaja untuk menghadapi pilihan raya untuk menyusun barisan parti pun beliau tidak mampu, keputusan dan arahnya tidak dipatuhi.  

Bila mencari siapakah oknum sebagai penggantinya, Mohamad Hassan adalah terbaik, bukan kerana beliau sebagai timbalan presiden tetapi oknum yang berada dalam sistem Umno. Umno perlu mengenangkan kembali periode pemulihan dilakukan beliau sewaktu beliau menjalankan tugas-tugas presiden seketika dahulu. Dalam hal ini Zahid perlu berkorban kalau beliau benar-benar sayangkan Umno.
Majlis Penasihat Presiden.
Atau pun kalau Zahid masih degil dan ingin menghabiskan periodenya sebagai presiden, Umno boleh tubuhkan Majlis Penasihat Presiden (MPP) yang bertanggungjawab membuat keputusan bersama atas endorse presiden. Kuasa prerogatif presiden boleh diserahkan kepada MPP. Untuk menubuhkan MPP ini, MKT boleh bersidang mencari meknaisme penubuhan melalui kuasa yang ada.
Anggota MPP boleh diambil dari kalangan veteran Umno yang tidak ada kepentingan dan ikhlas dalam perjuangan. Mungkin ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat Presiden ini begitu juga bekas presiden Najib Razak boleh diambil menjadi ahlinya. 
Ahli-ahli lain dari kalangan pendukung Umno dari berbagai profesional termasuk bekas Ketua Hakim Negara, bekas Peguam Negara ataupun Ketua Polis dan ATM. Fungsi majlis ini ialah dalam membuat sesuatu keputusan yang dibawah bidang kuasa presiden. Ia semacam Majlis Pemangku Raja.  

Apa yang penting bagi Umno kini memulihkan semangat dan kekuatan parti itu. Umno tidak boleh dalam keadaan seperti hari ini tanpa ada hala tuju, fokus dan keputusan yang jelas. Hari ini masih ada pemimpin Umno peringkat MKT masih merasakan mereka ada kuasa apabila bercakap besar. 
Misalnya meminta Pas supaya membuat kata putus mengenai pendirian dalam MN dan PN. Umno dalam keadaan sekarang ini perlu buang rasa hebat yang pernah dialami dahulu dan perlu sedar bahawa Umno sudah sama besar dengan Pas. 
Kalau Pas yang buat macam-macam tuntutan dan syarat tidak salah kerana Pas berada dalam keadaan yang cukup mantap dan berpengaruh waktu ini dalam kalangan pengundi kampung dan mereka yang taksub agama. Terbaik kepada Umno mengalah dengan semua pihak mengaku kelemahan dan sesuatu yang telah banyak hilang yang dimilikinya selama ini.
Seandainya Umno terus berkeadaan seperti hari ini dibimbangi apabila tiba pilihan raya parti itu akan mengalami kekalahan memarahkan sehingga ia kehilangan kawasan menjadi dominasinya selama ini. Jika Umno kalah harapan untuk bangkit kembali amatlah sukar, dan mungkin Umno perlu menunggu 50 tahun mendatang.
Ada tiga subjek yang perlu diputuskan oleh Umno dalam kadar segera.
1. Memuktamadkan apakah parti itu untuk bersama PPBM dalam PN atau pun tidak. Sekiranya Umno rasa lebih baik untuk masa depannya bersama PN, parti itu perlu menerima apa sahaja keputusan dibuat oleh PN. Umno perlu menerima kekurangannya dan menghormati kelebihan PN sebagai kerajaan.
2. Memuktamadkan ura-ura Umno sama ada akan bekerjasama dengan PH, (bersama Keadilan dan DAP) atau pun tidak. Perkara ini hendaklah diputuskan segera untuk memudahkan pihak PH membuat keputusan atau syarat-syarat yang perlu dipatuhi bersama. 
3. Sebaliknya sekiranya Umno merasakan ia mampu dan boleh menang dengan bertanding secara bersendirian, dengan berlakunya pertandingan tiga penjuru, Umno (BN), PPBM (PN) dan PH, putuskan segera. Nyatakan yang Umno mahu berdikari. 
Umno tidak perlu menunggu dan mengambil masa lama untuk membuat ketetapan dan memuktamadkan itu. Lagi lama Umno berkeadaan tidak menentu itu menjadikan ahli dibawah makin celaru dan ia memberi peluang kepada PPBM untuk terus mencuri dan menggoda ahli dan penyokong Umno untuk bersama mereka. Fikirlah. [wm.kl.10:31 am 21/02/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/02/umno-jangan-bunuh-diri-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kena Bertenang Jangan Bermusuh Dengan Rakan Sendiri Shahidan

Umno Kena Bertenang Jangan Bermusuh Dengan Rakan Sendiri Shahidan

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 241 hits
Pemimpin tertinggi UMNO dan ahli akar umbi jangan bermusuhan dengan rakan sendiri Itu yang ditegaskan Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas mengenai perbezaan pandangan dalam parti SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani ...
Usai Bunuh Majikan Art Tusuk Diri Sendiri Seolah Jadi Korban Juga

Usai Bunuh Majikan Art Tusuk Diri Sendiri Seolah Jadi Korban Juga

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 235 hits
Peristiwa ini terjadi di sebuah rumah di Jalan Cijawura Girang 5 Kompleks Buana Cigi Regency Blok B4 Kelurahan Sekejati Kecamatan Buahbatu Kota Bandung pada Kamis malam
Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

Ppbm Tidak Perlu Sibuk Ambil Tahu Beri Umno Ruang Urus Parti Sendiri Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 230 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa membidas pemimpin PPBM yang menggesa Umno mendedahkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi parti itu di Janda Baik Pahang dengan berkata tiada mana mana pihak yang mempunyai kuasa ve...
Jerat Umno Makan Diri

Jerat Umno Makan Diri

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 211 hits
NORMAN RADZUAN Kenapa Mukhriz mahu PH hentikan desak PRU MUHYIDDIN AKN KALAH MAHATHIR PANIK Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari penyokong Pejuang dan Mukhriz sendiri Saya tak pasti mahu ketawa menangis atau maki hamun cadangan ter...
Daim Kata Umno Hanya Syok Sendiri Tak Mampu Menang Pru 15

Daim Kata Umno Hanya Syok Sendiri Tak Mampu Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 192 hits
February 15 2021 Veteran politik Daim Zainuddin melihat Umno tidak mampu memenangi pilihan raya umum ke 15 jika diadakan sekarang Ini dakwanya memandangkan parti itu tidak lagi menjadi tarikan kepada majoriti rakyat di negara ini Menurut be...
5398 Salah Diri Sendiri Jika Terjerat Dengan Ah Long Sinar Harian 12 02 2021

5398 Salah Diri Sendiri Jika Terjerat Dengan Ah Long Sinar Harian 12 02 2021

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 242 hits
ISU ah long bagai tiada kesudahan masih ramai rakyat Malaysia yang terjerat dengan pinjaman cekik darah ini Meskipun sudah berulang kali kisah keganasan ah long dipaparkan namun masih tidak menjadi pengajaran kepada orang ramai Sukar untuk ...
Panas Saarani Bagi Amaran Pada Bersatu Jangan Kacau Tempat Umno

Panas Saarani Bagi Amaran Pada Bersatu Jangan Kacau Tempat Umno

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 219 hits
February 14 2021UMNO Perak memberi kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata pihakn...
Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 320 hits
nbsp IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak
Penganalisis Sikap Diam Diri Pemimpin Umno Petanda Zahid Terpinggir

Penganalisis Sikap Diam Diri Pemimpin Umno Petanda Zahid Terpinggir

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 181 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Feb 2021 1 07 pmPada 2 Feb lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka dan sinis memohon maaf kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi anggota parlimen parti itu yang ada dalam kabinet Muhy...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian