Panas Saarani Bagi Amaran Pada Bersatu Jangan Kacau Tempat Umno


 



February 14, 2021UMNO Perak memberi kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Kalau ada keikhlasan untuk menyokong dan mendokong penyatuan di negeri Perak, jangan ganggu tempat UMNO dan Pas.
“Terdapat dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bersatu di Perak sekarang iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah. Kerusi itu sebenarnya hak UMNO. Jadi, UMNO akan letak calon bertanding di kawasan ini.
“Bersatu juga digesa tidak bertanding di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang. Itu juga asalnya kawasan UMNO.
“Kami menang dulu (PRU14) atas tiket BN (Barisan Nasional). Kita tidak akan bagi kepada Bersatu. Tiada sebarang kompromi,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad di sini baru-baru ini.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, jika Bersatu benar-benar mahu menyelamatkan ummah dan Melayu, maka mereka disarankan bertanding di kerusi-kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan (PH).
“Bersatu janganlah mengganggu tempat UMNO dan Pas. Cuba cari pasaran baru, itu yang kita minta.
“Kalau tidak, seperti yang dijangkakan, akan berlaku pertandingan tiga penjuru ataupun empat penjuru. Jika itu berlaku, sudah tentu orang lain akan mengambil kesempatan dan parti-parti Melayu akan jatuh,” ujar beliau.
Menurut ADUN Kota Tampan itu, UMNO memiliki kekuatan sendiri menerusi Muafakat Nasional (MN) dan persefahaman itu perlu diteruskan.
“UMNO sudah ada kekuatan bersama dengan MN. Jadi teruskan, tetapi Bersatu datang kemudian.
“Kalau datang Bersatu untuk sama-sama menguatkan Pas dengan UMNO, maka jangan ganggu tempat Pas dan UMNO,” tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau turut berjanji untuk mengarahkan semua ahli UMNO supaya membantu Bersatu sekiranya parti itu tidak bertanding di kawasan UMNO.
“Saya janji, kalau Bersatu sanggup bertanding di Simpang Pulai, ahli UMNO di kawasan ini saya akan kerah untuk sokong Bersatu sehingga menang,” katanya.
Kerusi DUN Simpang Pulai disandang Tan Kar Hing daripada PKR yang dimenanginya dengan majoriti lebih 20,000 undi pada PRU 2018.
Ketika ditanya mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang, Saarani berkata, tidak mustahil PN akan berkubur pada PRU15.
“Ini mungkin boleh berlaku kerana di tempat-tempat Melayu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Kita ambil contoh apa yang berlaku di DUN Titi Serong.
“Ada tiga calon Melayu bertanding iaitu Pas, UMNO dan parti Amanah. Orang Melayu di situ ada lebih kurang 60 peratus, selebihnya bukan Melayu.
“Jadi orang Melayu berpecah kepada tiga. Barangkali 20 peratus sokong Pas, 30 peratus sokong UMNO dan 10 peratus lagi sokong Amanah. Tetapi orang bukan Melayu menyokong PH yang diwakili Amanah.
“Maka, Amanah yang menang. Pas dan UMNO kalah. Amanah menang atas nama PH, didokong oleh DAP,” katanya.
Sehubungan itu, Saarani menggesa Bersatu mengotakan kata-kata mereka yang mahukan penyatuan dan perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu.
“Kalau Bersatu begitu hebat menyeru kepada perpaduan dan penyatuan, saya tiada masalah tetapi perpaduan dan penyatuan jangan datang daripada mulut sahaja, perlu ada tindakan,” kata beliau. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/panas-saarani-bagi-amaran-pada-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 336 hits
nbsp IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak
Amaran Jangan Buka Cap Radiator Ketika Panas

Amaran Jangan Buka Cap Radiator Ketika Panas

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 378 hits
Baru baru ni ada video kes yang mana seorang perempuan telah membuka penutup air radiator enjin kereta ketika panas Kata nya dia tidak mengetahui bahawa perkara itu boleh mengundang bahaya Setelah dia membuka penutup tersebut kelihatan air ...
Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

Akaun Rahsia Umno Bersatu Parti Lain Jangan Keluar Kenyataan Tuduhan Annuar Musa

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 365 hits
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia Menurut beliau sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu tiada keputu...
As Bersatu Ties Worsen Zahid Reiterates Haron Din S Wish For Pas Umno Tie Up

As Bersatu Ties Worsen Zahid Reiterates Haron Din S Wish For Pas Umno Tie Up

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 257 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi sought to shore up his party s partnership with PAS tonight as ties with Bersatu continue to deteriorate This includes reiterating a past claim that former PAS spiritual leader the late Haron Din had wanted...
Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

Apakah Pemimpin Umno Perak Menolak Penyatuan Melayu Soal Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 225 hits
February 15 2021 Assalamualaikum WBTSaya terpanggil untuk respon atas kenyataan akhbar Menteri Besar Perak yang bertajuk Umno Perak tak kompromi Jelas disini pengambilalihan pentadbiran negeri berdasarkan motif politik tertentu setelah berk...
Perak Mb Warns Of Multi Cornered Fights If Bersatu Insists On Umno Seats

Perak Mb Warns Of Multi Cornered Fights If Bersatu Insists On Umno Seats

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 180 hits
Perak Menteri Besar Saarani Mohamad warned that Umno and Bersatu may clash in the state during the next general election The Perak Umno liaison chief said this was possible if Bersatu insisted on contesting seats originally won by Umno duri...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 254 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

Pas Sukar Jadi Pendamai Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 255 hits
Pas yang mempunyai 18 kerusi Parlimen dijangka sukar menjalankan peranan sebagai gam bagi merapatkan kembali hubungan tegang antara Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekali gus merealisasikan pembentukan koalisi perdana parti Melayu P...
Bukan Suatu Kesalahan Bila Umno Enggan Kongsi Kerusi Dengan Bersatu

Bukan Suatu Kesalahan Bila Umno Enggan Kongsi Kerusi Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 287 hits
Sehingga ini dua pemimpin UMNO negeri telah bersuara enggan berkongsi sebarang kerusi dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang Mereka ialah Saarani Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Noh Omar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO S...
Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Ejen Pelancongan Tetak Rakan Gara Gara Pakej Murah

Hiburan Bau Badan Boleh Jejaskan Mood Ini Solusinya

Tak Perlu Beli Tilam Baru Guna Toppers Tilam Letak Je Atas Tilam Lama Ter

The Fish Farming Industry Of India Global Seafood Alliance

Semut Binatang Yang Bijak Bermasyarakat Dan Berpolitik

Strategies Needed To Counter Impending Geopolitical Challenges

Themakeover My Elak Beli Karpet Yang Terlalu Kecil Berbanding Saiz S


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penemuan Kapal Yg Hilang Selama Beabad Abad Di Jumpai Di Tengah Padang Pasir

Macc Must Act Impartially Says C4 After Reporter S Arrest

Give Fahmi The Boot For Failing Pas Member Urges Pm

Help Those In Need Say National Leaders In Ramadan Greetings

Buku Kecil Ramadan Panduan Ramadan Puasa Dan Tarawih

Aktiviti Sesi Rakaman Podcast Cakap Terus Ppim 01 03 2025