Penganalisis Sikap Diam Diri Pemimpin Umno Petanda Zahid Terpinggir


malaysiakini.com
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan 11 Feb 2021, 1:07 pm

Pada 2 Feb lalu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka - dan sinis - memohon maaf kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi anggota parlimen parti itu yang ada dalam kabinet Muhyiddin Yassin

Dua hari kemudian, Zahid mendedahkan dia serta lima anggota parlimen Umno hanya mendapat sebahagian kecil peruntukan kerajaan berbanding apa yang biasa diterima oleh penyokong kerajaan.

Di sebalik kedudukannya sebagai presiden, Muhyiddin tidak membawa Ahmad Zahid menduduki mana-mana jawatan dalam kabinet. Daripada 32 anggota kabinet sekarang, Umno diwakili sembilan ahli parlimen.

Antaranya Annuar Musa dan Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin Umno yang dulunya lantang bersuara pula kini nampak seperti banyak berdiam diri. Malah, ramai juga enggan mengulas isu itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Beberapa penganalisis politik memberitahu Malaysiakini, biasanya memang pemimpin Umno akan mempertahankan presiden mereka. Namun katanya sikap berdiam diri seperti yang dilakukan sekarang menunjukkan mereka kini tidak lagi memihak kepada Ahmad Zahid.

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya percaya, anggota parlimen Umno dan pemimpin parti tidak akan mempertahankan Zahid kerana ingin menjaga kedudukan mereka ketika ini.

Tidak buat apa-apa

Melihat Bersatu yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memegang kuasa eksekutif, katanya, ramai pemimpin Umno gusar sama ada “presiden mereka” masih mampu bertahan atau tidak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ini adalah sifat yang muncul selepas BN dan Umno kalah pada PRU 2018.

"Sekiranya kumpulan Zahid dijangka menang pada PRU ke-15, orang yang hipokrit ini akan berusaha untuk menyokong presiden Umno itu kembali dan cuba menebus kesalahan mereka," kata Awang Azman.
Awang Azman Awang PawiBekas pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Dr Jeniri Amir pula berkata, pemimpin Umno berdiam diri kerana menganggap Ahmad Zahid adalah pemimpin yang bermasalah.

“Jadi cara terbaik untuk mereka ialah berdiam diri. Dengan tidak buat apa-apa, ia mesej jelas bahawa Zahid tidak lagi mendapat sokongan ahli partinya,” kata felo kanan Majlis Profesor Negara itu kepada Malaysiakini.

Penganalisis politik Azmi Hassan berpendapat sikap ditunjukkan pemimpin lain dalam Umno adalah petunjuk kepada pergolakan dalaman parti dan wujud gerakan bersama untuk menggulingkan presiden mereka.

“Tidak dinafikan terdapat gerakan (untuk jatuhkan Ahmad Zahid) dan saya yakin isu peruntukan RM100,000 (yang diberikan kerajaan kepadanya) adalah salah satu strategi mereka (Perikatan Nasional-PN) mahu memecah-belahkan Umno,” kata Azmi.

Boleh memakan diri

Azmi turut bersetuju strategi PN itu - jika benar ada - akan membawa akibat buruk kerana sifatnya yang tidak adil yang akhirnya memangsakan para pengundi.

Jelas Azmi, strategi untuk memecah-belahkan Umno tidak halus akan pengundi dapat nilai niat utama PN.

“Pada saya, jika ini niat PN, ia boleh memakan diri mereka sendiri kelak.

“Tidak logik jika dalam satu parti terdapat peruntukan berbeza daripada kerajaan,” tambahnya.

Bagi pihak yang tidak berada dalam parti terbabit pula kata Azmi mereka akan melihat PN gagal bersikap adil walaupun sesama parti dalam gabungan sendiri.

“Ini adalah persepsi negatif dan sebab itu ia boleh memakan diri,” tambah Azmi.

Jeniri menyatakan, keputusan PRU lalu menunjukkan faktor masalah pembangunan berada di tempat kedua keutamaan berbanding hubungan peribadi calon dengan kawasan masing-masing.

“Kadang-kadang rakyat tidak kisah sama ada (wakil rakyat mereka dapat) RM100,000 atau lebih RM3 juta dalam peruntukan. Saya rasa itu bukan faktor utama.

“Pada akhirnya, ia kembali kepada hubungan peribadi pemimpin,” katanya.

Untuk rekod Ahmad Zahid mendakwa, antara yang menerima peruntukan RM100,000 seperti dirinya ialah Anggota Parlimen Pekan Najib Razak, Ahmad Maslan (Pontian), Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang).

Ahmad ialah setiausaha agung yang menulis surat kepada ahli parlimen parti itu untuk mendapatkan persetujuan memohon agar Yang di-Pertuan Agong membatalkan darurat.

Nazri dan Ahmad Jazlan pula merupakan ahli parlimen Umno yang mengumumkan pendirian mereka untuk tidak lagi menyokong kerajaan PN dan Muhyiddin.

Ahmad juga pernah menggesa agar untuk PRU ke-15 diadakan pada suku tahun pertama tahun ini.

Najib pula kadang-kadang bertindak seperti pembangkang dengan kerap mengkritik dasar yang diperkenalkan kerajaan Muhyiddin.

[Baca berita asal]Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/penganalisis-sikap-diam-diri-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demokrasi Umno Zahid Alu Alukan Cabaran Jawatan Presiden Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik

Demokrasi Umno Zahid Alu Alukan Cabaran Jawatan Presiden Lagi Ramai Bertanding Lebih Baik

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 278 hits
Umno terbuka untuk mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu termasuk jawatan presiden yang kini disandang Dr Ahmad Zahid Hamidi Kata Ahmad Zahid Umno pernah menyaksikan dua jawatan tertinggi parti sebelum ini tidak ditandingi di bawah...
Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

Gempar Ada Pemimpin Bersatu Nak Haramkan Umno

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 271 hits
February 11 2021 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan terdapat usaha untuk mengharamkan UMNO Ia susulan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Muhammad Faiz Na aman yang m...
Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

Sensitif Asingkan Diri Sejak Ada Adik Baru Mama Jangan Biarkan Anak Sulung Rasa Terpinggir

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 434 hits
Kehadiran bayi baru mungkin mengujakan semua ahli keluarga lain tetapi JANGAN LUPA mempersiapkan anak untuk penerimaan adik baru Rasa cemburu dan terpinggir pastinya mampu mengganggu mood anak kecil kita yang sebelum ini sentiasa diberikan ...
Politik Barbaric Bukan Amalan Umno Zahid Hamidi

Politik Barbaric Bukan Amalan Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 310 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak mengamalkan politik barbaric kebencian dan dendam Menurutnya Umno dan BN juga tidak menganiaya menzalimi lawan hanya kerana berbeza fahaman politik hanya kerana mahu kekal berkuasa ...
Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

Umno Bn Tak Amal Politik Kebencian Err Boleh Percaya Ke Ni Zahid

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 405 hits
UMNO dan BN bersaing dengan ideologi hujah dan fakta Dengan perkhidmatan Demi apa yang terbaik kepada rakyat untuk rakyat kata Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi Tambahnya lagi Justeru tidak perlu khuatir dengan kebangkitan sepenuhnya UM...
Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

Annuar Gesa Pemimpin Bersatu Henti Tuduh Akaun Rahsia Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 294 hits
Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan pemimpin Bersatu bahawa Umno mempunyai akaun bank rahsia yang tidak diaudit untuk menerima sumbangan politik Akaun sulit Umno Pemimpin Bersatu atau par...
Zahid Neither Umno Nor Bn Practises Barbaric Politics Of Hate Revenge

Zahid Neither Umno Nor Bn Practises Barbaric Politics Of Hate Revenge

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 238 hits
PETALING JAYA Neither Umno nor Barisan Nasional practises barbaric politics says Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid who is Umno president and Barisan chairman also assured that neither Umno nor Barisan would resort to such tactics...
Dalam Satu Forum Pemimpin Umno Pkr Dap Kutuk Muhyiddin

Dalam Satu Forum Pemimpin Umno Pkr Dap Kutuk Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 300 hits
Pemimpin daripada Umno DAP dan PKR dilihat sebulat suara ketika program diskusi malam tadi dalam mempersoalkan legitimasi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan nasihatnya kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat Dalam program yang disiarka...
Semua Jawatan Umno Dipertandingkan Ahmad Zahid

Semua Jawatan Umno Dipertandingkan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 336 hits
bharian comOleh Februari 3 2021 11 26pmPresiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden terbuka untuk ditandingi pada pemilihan parti itu tahun ini Presidennya Datuk Seri Dr Ahm...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif

Effective Networking In Your Industry