Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik


freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar-03 Apr 2024, 11:57 PM

Tajuddin Rasdi berkata Umno secara terbuka meminta Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh bertenang, tetapi secara sembunyi gembira dengan sokongan orang Melayu.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dilihat terus bertegas dan enggan beralah dalam isu stoking tertera kalimah Allah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Umno mungkin bermain serampang dua mata apabila meminta Ketua Pemudanya Dr Akmal Saleh berhenti daripada terus memainkan isu stoking tertera kalimah Allah, kata ahli akademik Tajuddin Rasdi.

Beliau berkata, walaupun terdapat permintaan awam untuk meredakan kontroversi tersebut, parti itu kelihatan sedang menikmati populariti baru dalam kalangan orang Melayu.

“Saya syak Umno sedang bermain serampang dua mata. Mereka menyokong kerajaan perpaduan, dengan pemimpin yang mempertahankan setiap dasar kerajaan.

“Bagaimanapun, Umno melihat betapa berkesannya Akmal dan isu KK Mart dalam menarik ramai orang Melayu ke pihaknya. Umno sebenarnya menikmati populariti ini, yang sebelum ini telah hilang kepada Perikatan Nasional,” katanya kepada FMT.

Katanya, Umno boleh saja menyingkirkan Akmal – sama seperti Khairy Jamaluddin, dan menyingkirkan Jailani Khamis dari jawatan exco Melaka – tetapi ia tidak melakukannya.

“Anda ingin kita percaya mereka tidak boleh berbuat demikian, walaupun mereka menggantung individu seperti Hishammuddin Hussein dan yang lain kerana hal yang kurang penting?”

Tajuddin berkata adalah mengejutkan polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Akmal, yang menyebabkan pemimpin Pemuda Umno itu dilihat semakin berani.

Katanya, dengan pilihan raya Sabah semakin hampir, ini boleh menjadi isu sensitif dan orang bukan Melayu boleh membalas dendam kepada Umno.

Tambahnya, satu-satunya cara untuk mengajar Umno adalah dengan orang bukan Melayu memboikot mereka ketika pengundian, kerana “bahasa yang hanya difahami oleh ahli politik adalah undi”.

“Orang bukan Melayu juga sepatutnya mengelak daripada pergi ke rumah terbuka yang diadakan oleh parti itu,” katanya.

Sementara itu, anak kepada timbalan perdana menteri Malaysia yang kedua, Tawfik Ismail, berkata keberanian Akmal akan menjadi masalah.

“Akmal berisiko diasingkan oleh badan tertinggi parti… Akmal mengikut jejak langkah PAS, yang baru-baru ini terlibat kontroversi dengan Sultan Selangor,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Benut itu.

Pada awal minggu ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa semua pihak untuk berhenti mengambil kesempatan daripada kontroversi berkaitan dengan jualan stoking yang bertulis “Allah”.

Baginda berkata perkara itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa, dan bahawa “kemarahan berterusan tidak membawa faedah”.

Bagaimanapun, Akmal hari ini kelihatan teguh dalam pendiriannya. Beliau juga bertanya jika Agong bertitah secara spesifik untuk menghentikan boikot itu.

Dalam kenyataan di Facebook, Akmal berkata beliau bertindak mengikut sentimen awam dan menggalakkan boikot secara tenang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/umno-guna-serampang-2-mata-dalam-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 212 hits
freemalaysiatoday com 04 Apr 2024 10 40 AMBekas menteri undang undang berkata Umno terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan tetapi akan berdepan tindak balas pada masa depan Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata tindakan boikot te...
Isu Stoking Kalimah Allah Tak Malukah Zaid Kritik Sikap Bisu Ahli Akademik

Isu Stoking Kalimah Allah Tak Malukah Zaid Kritik Sikap Bisu Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 311 hits
freemalaysiatoday com 25 Mar 2024 12 16 AMZaid Ibrahim membidas ribuan bijak pandai yang membisu berhubung reaksi terhadap isu stoking tertera kalimah Allah Zaid Ibrahim menyifatkan Tajuddin Rasdi sebagai sebagai intelektual yang berani ber...
Tegas Sahaja Tak Cukup Jadi Warden Asrama Kata Ahli Akademik

Tegas Sahaja Tak Cukup Jadi Warden Asrama Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 260 hits
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM sedia mempertimbangkan cadangan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru dan penambahbaikan di sekolah serta asrama PETALING JAYA Ahli akademik berpandangan warden asrama harus dilantik di ka...
Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com 06 Apr 2024Tengku Zafrul Aziz dakwa tiada usaha gigih dibuat Umno Selangor untuk menguatkan kedudukannya selepas prestasi teruk PRN Tengku Zafrul Aziz berkata beliau pernah mencadangkan beberapa langkah untuk mengembal...
Umno Perak Mahu Tindakan Keras Pihak Bersalah Isu Stoking Kalimah Allah

Umno Perak Mahu Tindakan Keras Pihak Bersalah Isu Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 229 hits
IPOH Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mendesak agar polemik penjualan stoking bertulis kalimah Allah dihentikan segera dengan mengenakan tindakan keras terhadap pihak yang bersalah Pengerusinya Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sebag...
Pn Jangan Ambil Kesempatan Tunggang Isu Stoking

Pn Jangan Ambil Kesempatan Tunggang Isu Stoking

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 147 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 6 2024Perikatan Nasional khususnya PAS diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menjadikan isu stoking tertera kalimah Allah sebagai modal politik Peringatan itu diberikan oleh pemimpin Umno Kedah ...
Ahli Parlimen Pn Tuntut Peruntukan Rm3 5 Juta Setahun Kata Rosol

Ahli Parlimen Pn Tuntut Peruntukan Rm3 5 Juta Setahun Kata Rosol

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 322 hits
freemalaysiatoday com 24 Mar 2024 11 12 AMAhli Parlimen Hulu Terengganu Rosol Wahid berkata ia dikemukakan dalam draf tawaran perjanjian baharu kerajaan Madani Rosol Wahid berkata jumlah itu wajar dipersetujui bersama tambahan peruntukan RM...
Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 240 hits
freemalaysiatoday com 29 Mar 2024Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak gah seperti sebelum ini dan memilih jalan solo perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Risau Kalau Terlambat Bertemu Jodoh Mungkin Jodohmu Masih Belum Lahir

Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun