Pn Jangan Ambil Kesempatan Tunggang Isu Stoking


malaysiakini.com
Diterbitkan: Apr 6, 2024
Perikatan Nasional (PN) khususnya PAS diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menjadikan isu stoking tertera kalimah Allah sebagai modal politik

Peringatan itu diberikan oleh pemimpin Umno Kedah susulan kenyataan Pemuda PAS yang dikatakan bersolidariti bersama Ketua Pemuda Umno Dr Muhammad Akmal Saleh yang ditahan sebaik saja dia tiba di Kota Kinabalu, Sabah pagi semalam.

Timbalan Ketua Penerangan Umno Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata kenyataan Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden itu dilihat bercanggah dengan pendirian mereka sebelum ini.

"Dahulu, mereka berpendirian untuk tidak ikut campur dalam hal ini. Tetapi apabila Akmal ditahan untuk memberikan keterangan di Sabah semalam, mereka dilihat seolah-olah mahu bersolidariti dengan beliau. Perkara ini menampakkan seperti mereka mahu 'menunggang' isu ini," katanya dipetik Umno Online.

Afnan semalam dilaporkan berkata dia kesal dengan penahanan Akmal, yang merupakan antara pemimpin politik lantang menggesa kempen boikot terhadap KK Mart susulan penjualan stoking kontroversi berkenaan.

Mengulas lanjut, Syed Mohd Johan berkata konsep Islam yang dibawa oleh PN samar-samar apabila Umno yang paling terkehadapan dalam isu tersebut.

"Ketika isu ini hangat diperkatakan, saya lihat hanya Umno sahaja yang lantang ke depan untuk mempertahankannya. Sedangkan PAS dan PN yang kononnya mempertahankan Islam hanya diam... sembunyikan diri.
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden"Afnan Hamimi juga bertanya ke mana Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pergi apabila Akmal ditahan. Jawapan saya mudah, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menyokong usaha beliau untuk menegakkan kalimah suci Allah tersebut.

"Adakah mereka tidak ikut cakna dengan perkembangan semasa ataupun mereka sengaja menimbulkan polemik bagi mencetuskan kemarahan rakyat?" soalnya.

Justeru Syed Mohd Johan yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar mengingatkan kepimpinan PAS dan PN untuk berhenti menunggang isu stoking kalimah Allah ini.

Dia mendakwa Akmal ditahan untuk siasatan kerana kesilapan PAS dan PN.

“Inilah yang terjadi apabila agama dihina dan umat berpecah belah kerana kepentingan politik sendiri.

"Sudah-sudahlah menunggang isu yang kamu semua sebenarnya langsung tidak kisahkan. Jangan menangguk di air yang keruh. Biar Umno teruskan perjuangan kami untuk membela agama Islam, bangsa dan raja-raja Melayu," katanya.

Gesa boikot bukan jenayah

Seorang lagi pemimpin PN yang menyokong Akmal sebelum ini ialah Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyifatkan penahanan ketua Pemuda Umno itu sebagai keterlaluan.

Menurut ahli Parlimen Machang itu, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Akmal telah dijadualkan memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi hari ini.

“Apakah keperluan membuat tangkapan terhadap Akmal di Sabah sedangkan beliau sudah pun dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi, hari ini?

“Mana mungkin panggilan untuk memboikot boleh dianggap telah melakukan suatu jenayah?” katanya.
Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad KamalWan Ahmad Fayhsal turut mempersoalkan tindakan polis yang melakukan siasatan ke atas Akmal di bawah Akta Hasutan seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara Razarudin Husain

Sehubungan itu Wan Fayhsal menggesa semua ahli dalam sayap parti itu mempertimbangkan kedudukan mereka di dalam kerajaan perpaduan yang menurutnya tidak lagi mengamalkan kebebasan dalam menyuarakan hak dan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Apakah pendirian penentang Akta Hasutan khususnya parti DAP dalam isu ini yang mana Akmal kini telah disiasat di bawah Akta tersebut?” soalnya.

Terdahulu media melaporkan bahawa polis telah menahan Akmal sebaik saja dia tiba di Kota Kinabalu, Sabah pagi semalam.

Akmal berkata dia ditahan walaupun dijadualkan memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Dia kemudian menghabiskan masa selama lebih dua jam memberikan keterangan kepada pihak berkuasa terbabit sebelum dibebaskan kemudian.

Bernama melaporkan Akmal sebagai berkata kenyataan yang diberikan itu termasuk melibatkan laporan polis berhubung ceramahnya di Kelantan baru-baru ini dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti atau isu di Sabah.

Bagaimanapun, Sinar Harian kemudian melaporkan Akmal dipanggil semula ke ibu pejabat polis Kota Kinabalu pada sebelah petang, untuk menjawab beberapa soalan tambahan daripada polis.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/04/pn-jangan-ambil-kesempatan-tunggang-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 176 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2024 11 57 PMTajuddin Rasdi berkata Umno secara terbuka meminta Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh bertenang tetapi secara sembunyi gembira dengan sokongan orang Melayu Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dilihat terus be...
Mcmc Bekerjasama Dengan Polis Untuk Menjejaki Pemilik Akaun Media Sosial Provokatif Isu Stoking

Mcmc Bekerjasama Dengan Polis Untuk Menjejaki Pemilik Akaun Media Sosial Provokatif Isu Stoking

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 298 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk mengesan pemilik akaun media sosial yang menyebarkan kandungan provokatif berkaitan isu stoking ada kalimah Allah Suruhanjaya itu ber...
Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 173 hits
freemalaysiatoday com 04 Apr 2024 10 40 AMBekas menteri undang undang berkata Umno terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan tetapi akan berdepan tindak balas pada masa depan Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata tindakan boikot te...
Isu Stoking Kalimah Allah Tak Malukah Zaid Kritik Sikap Bisu Ahli Akademik

Isu Stoking Kalimah Allah Tak Malukah Zaid Kritik Sikap Bisu Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 257 hits
freemalaysiatoday com 25 Mar 2024 12 16 AMZaid Ibrahim membidas ribuan bijak pandai yang membisu berhubung reaksi terhadap isu stoking tertera kalimah Allah Zaid Ibrahim menyifatkan Tajuddin Rasdi sebagai sebagai intelektual yang berani ber...
Isu Kartel Padi Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras Negara Jangan Beri Alasan Takut

Isu Kartel Padi Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras Negara Jangan Beri Alasan Takut

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 314 hits
Noorazura Abdul Rahmanbhnews bh com myPengerusi Task Force Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Foto NSTPSUNGAI PETANI Majlis Tindakan Sara Hidup Negara percaya tidak timbul isu sabotaj pengedaran b...
Hiburan Kepada Isteri Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff Bella

Hiburan Kepada Isteri Tutuplah Aib Rumah Tangga Daripada Didedahkan Pada Umum Ustaz Dusuki Komen Isu Aliff Bella

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 252 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ahmad Dusuki menasihati golongan isteri agar tidak membuka aib rumah tangga jika ada masalah sehingga diketahui umum Menerusi Ahmad Dusuki turut mengajak pasangan berkahwin untuk mendekatkan diri kepada Allah untuk ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi