Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar-29 Mar 2024

Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak ‘gah’ seperti sebelum ini dan memilih jalan ‘solo’ perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 namun dijangka dibubarkan lebih awal untuk memberi laluan kepada PRN tahun ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Beberapa pemerhati politik senada bahawa Umno perlu berpaut dengan mana-mana parti atau gabungan untuk melangkah ke gelanggang PRN jika mahu kembali mentadbir Sabah.

Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti itu perlu akur kekuatannya tidak “gah” seperti sebelum ini, dan memilih jalan “solo” perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.

“Ketika ini Umno tidaklah kuat seperti dulu…Umno kena fikir juga mereka mampu menang banyak kerusi atau tidak jika bertanding solo sebab Umno sekarang menghadapi krisis kepimpinan, dan keduanya sentimen tempatan.

“Pilihan terbaik adalah kerjasama dengan parti lain, dan bertanding solo itu perlu jadi pilihan terakhir,” katanya kepada FMT, sambil berpendapat pilihan bertanding solo kemungkinan dipengaruhi kegagalan Umno Sabah diketuai Bung Moktar Radin untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan parti lain.

Kelmarin, FMT melaporkan Umno Sabah sedang meneroka potensi bertanding solo, bergantung kemampuannya memperkukuh parti menjelang pembubaran DUN yang dijangka diawalkan tahun ini walaupun penggal hanya akan tamat Oktober 2025.

Ketua Penerangannya Suhaimi Nasir berkata autonomi diberikan kepada mereka telah dimanfaatkan untuk berunding dengan semua parti atas arahan Presiden Zahid Hamidi, namun keputusan muktamad belum dibuat.
Romzi Ationg.Romzi menambah, Umno Sabah wajar mempertimbang kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk memilih rakannya bertempur pada PRN.

“Di peringkat lain juga akan turut terkesan (jika tidak selari dengan persekutuan) jadi lebih baik elak daripada kesan lebih buruk,” tegasnya.

Pada 14 Dis lalu, Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa Bung setuju dengan pakatan dua parti itu bagi melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor pada PRN ke-17.

Namun, dakwaan Shafie dinafikan Timbalan Ketua Umno Sabah, Rahman Dahlan yang berkata mereka belum memutuskan pakatan pilihan raya.

Zahid pula menjelaskan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN) terbuka kepada pakatan dengan mana-mana parti untuk PRN Sabah, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.

Ahad lalu, Timbalan Presiden BN Mohamad Hasan berkata keputusan sama ada komponen itu bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti lain akan diputuskan di peringkat pusat walaupun memberikan autonomi kepada Umno Sabah.
Jeniri Amir.Sementara itu, penganalisis veteran Jeniri Amir berkata memutuskan rakan kerjasama dalam PRN harus dilakukan dengan tepat kerana ia mampu menggembleng kekuatan akar umbi untuk menentang lawannya kelak.

“Dalam apa juga keadaan, perhitungan perlu tepat dan Umno perlu bergabung dengan parti lain menjelang PRN kerana dengan itu sahaja mereka dapat gembleng kekuatan dari segi strategi dan sokongan akar umbi.

“Jika Umno sendiri (solo), tidak mungkin dia dapat tubuhkan kerajaan…itu adalah mustahil.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/tanding-solo-pilihan-akhir-jika-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Umno Sabah Teroka Potensi Tanding Solo

Prn Umno Sabah Teroka Potensi Tanding Solo

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 150 hits
freemalaysiatoday com 27 Mar 2024Ketua Penerangan Suhaimi Nasir berkata mereka telah berunding dengan semua parti atas arahan Presiden Zahid Hamidi namun masih tiada keputusan Zahid Hamidi berkata Umno terbuka kepada pakatan dengan mana man...
Going Solo In State Polls Still An Option Says Sabah Umno

Going Solo In State Polls Still An Option Says Sabah Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 319 hits
Sabah Umno chief Bung Moktar Radin with party officials and supporters at the Umno command centre in Kimanis ahead of the by election in 2020 PETALING JAYA Sabah Umno is still exploring the possibility of going solo in the next state electi...
Liverpool Bukan Pilihan Yang Tepat Untuk Alonso Kata Matthaeus

Liverpool Bukan Pilihan Yang Tepat Untuk Alonso Kata Matthaeus

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 189 hits
BERLIN Pemenang Ballon d Or Lothar Matthaeus berkata pada hari Rabu bahawa perpindahan ke Liverpool pada musim panas bukanlah pilihan yang tepat bagi pelatih Bayer Leverkusen yang diminati Xabi Alonso Alonso telah dikaitkan dengan perpindah...
Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

Umno Guna Serampang 2 Mata Dalam Isu Stoking Kata Ahli Akademik

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com 03 Apr 2024 11 57 PMTajuddin Rasdi berkata Umno secara terbuka meminta Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh bertenang tetapi secara sembunyi gembira dengan sokongan orang Melayu Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dilihat terus be...
Bung Moktar Umno Sabah Kenal Pasti Calon Muka Baharu Di 23 Dun Pada Prn17

Bung Moktar Umno Sabah Kenal Pasti Calon Muka Baharu Di 23 Dun Pada Prn17

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 136 hits
BernamaKOTA KINABALU Umno Sabah mengenal pasti muka baharu untuk diketengahkan calon bertanding 23 kawasan Dewan Undangan Negeri yang disasarkan parti itu pada PRN17 Sabah akan datang Ketuanya Bung Moktar Radin berkata pihaknya belum bersed...
Perbedaan Pilihan Jangan Timbulkan Perpecahan Pasca Pemilu Perkuat Kembali Persaudaraan

Perbedaan Pilihan Jangan Timbulkan Perpecahan Pasca Pemilu Perkuat Kembali Persaudaraan

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 133 hits
Perbedaan pilihan saat Pemilu lalu seharusnya bisa disikapi dengan bijak Sudah saatnya semua pihak ikut menjaga situasi tetap tenang terlebih di bulan Ramadan
Sabah Perlu Ada Badan Kawal Selia Air Kata Timbalan Menteri

Sabah Perlu Ada Badan Kawal Selia Air Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 167 hits
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata tahun lalu RM258 juta diperuntukkan untuk Sabah bagi melaksanakan projek antaranya pembinaan LRA Cinta Mata 2 di Tawau KUALA LUMPUR Kementerian Perali...
Warisan Umno Discuss Possible Alliance For Next Sabah Polls

Warisan Umno Discuss Possible Alliance For Next Sabah Polls

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 180 hits
Shafie Apdal said any potential collaboration between Warisan and Umno would not be an issue for his other party leaders and grassroots LABUAN Warisan and Umno have discussed a potential collaboration in the 17th Sabah state election says W...
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey