Fikir Peluang Menang Sebelum Minta Lebih Banyak Kerusi Annuar Beritahu Umno

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa  berkata, Umno perlu memikirkan peluangnya untuk menang di sesebuah  kerusi, sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi  kepadanya pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau berkata, Umno berhak bertanding lebih banyak kerusi pada  PRU15, jika mengambil kira jumlah kerusi yang dimilikinya ketika ini  berbanding rakan sekutunya, PAS dan PPBM.
“Saya fikir semua faham Umno akan bertanding kerusi paling banyak,  tetapi Umno kena tanya, jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, boleh  ke kita menang banyak?
“Di Sabah, kita nak banyak, orang bagi banyak, tapi akhirnya menang  tak banyak. Apa yang penting, jumlah kerusi yang kita menang banyak,”  katanya dalam wawancara Insight Talk bertajuk “Kestabilan kerajaan  tunjang Melayu” malam tadi.
   Pada Pilihan Raya Negeri di Sabah 26 Sept lalu, Gabungan Rakyat Sabah  (GRS) meraih majoriti mudah dengan memenangi 38 daripada keseluruhan 73  kerusi yang dipertandingkan.
GRS merangkumi Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, BN (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).
Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan Upko (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.
Calon bebas pula memenangi 3 kerusi.
   Umno bertanding di 32 kerusi, tetapi hanya memenangi 14 kerusi.
Walaupun sukar, Annuar yang juga setiausaha agung bersama Muafakat  Nasional, yakin isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan dengan baik  antara 3 parti itu.
“Saya lama jadi pengerusi perhubungan, terlibat soal memilih calon di  Kelantan sampai malam terakhir, esok nak penamaan calon tak selesai  lagi, itu sama-sama parti, apatah lagi kalau antara parti lain, ia tak  mudah.”
Tetapi, katanya, kerjasama antara 3 parti itu tidak boleh hanya  dilihat dari sudut pembahagian kerusi, sebaliknya ia lebih meluas, iaitu  menyatukan parti politik Melayu menjadi lebih kuat dan demi agenda  lebih besar.
“Bila kita muafakat, sudah tentu kena ada tolak ansur, kena ada  prinsip kongsi. Bila kongsi, maknanya kena berkorban, kita kena korban,  belah sana juga kena korban. Kita jangan putus asa, berusaha mencari  titik persamaan.
“Kita kena lihat dari sudut gambaran lebih luas. Dalam PRU akan  datang, kita harap jangan berulang apa yang berlaku PRU14, sebab kita  sudah tengok keburukan yang menimpa akibat orang Melayu berpecah belah.
“Untuk mengelak apa yang berlaku pada PRU14, penawarnya kita mesti  berusaha mewujudkan muafakat penyatuan dalam kalangan parti politik  orang Melayu.”
Beliau berkata, BN memutuskan akan menggunakan lambang sendiri pada PRU15 nanti.
Mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno, Tengku Razaleigh  Hamzah yang parti itu perlu mengkaji semula kerjasama dengan PAS dan  PPBM untuk mengelakkan masalah seperti tidak boleh bertolak ansur dalam  soal pembahagian kerusi dan perlu merampas kerusi Parlimen Pagoh  daripada Muhyiddin Yassin, Annuar berkata, isu siapa yang akan mewakili  sesebuah kerusi itu hak rakyat untuk tentukan.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/fikir-peluang-menang-sebelum-minta.html