Umno Bercanggah Pendapat Untuk Cari Titik Persamaan Jadi Tunjang Kerajaan Kata Ahli Mkt


 
Walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai ‘kabilah’, namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan, kata seorang ahli MKT. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Percakaran demi percakaran yang berlarutan dalam Umno tidak bermakna parti yang berpaksikan akar umbi itu sudah lemah, kata seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.
Abdul Rahman Dahlan ketika dihubungi FMT berkata, walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai “kabilah”, namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan.
Ketua Umno Bahagian Tuaran itu berkata, percanggahan idea yang dilontarkan oleh pemimpin Umno adalah bagi mencari “titik persamaan” untuk mengembalikan Umno sebagai tunjang kerajaan dan menang pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).
“Setiap dalaman parti bergolak, walaupun wujud perbalahan tetapi tidaklah terlalu mudarat sehingga kita tidak lagi boleh duduk bersama. Percanggahan pandangan itu untuk kembalikan Umno sebagai tunjang kerajaan dan tawan PRU. Itu semua setuju.
Abdul Rahman Dahlan.“Perbezaan (pendapat) tidak akan menyebabkan satu keadaan di mana kita (pemimpin Umno) tidak boleh patah balik. Masih ada ruang untuk berbincang,” katanya yang pernah terbabit dalam krisis kepimpinan Umno negeri dengan Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin menjelang pilihan raya Sabah September lalu.
Rahman mengetuai beberapa pemimpin Umno Sabah membantah pelantikan Bung Moktar sebagai pengarah jentera parti negeri itu pada pilihan raya berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin terbabit berdamai dan bekerjasama sehingga membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) yang membentuk pakatan Gabungan Rakyat Sabah bersama Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah.
Gabungan itu menumbangkan Parti Warisan Sabah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR.
Rosnah Rashid Shirlin.Seorang lagi Ahli MKT Umno, Rosnah Rashid Shirlin yang berbeza nada dengan Rahman berkata, sebarang percanggahan pendapat tidak perlu dicanang di luar parti, ketika negara masih bergelut dengan dua masalah utama, iaitu Covid-19 dan pemulihan ekonomi.
Katanya, barisan kepimpinan parti harus memberi teladan yang baik kepada akar umbi dalam membantu negara pulih daripada krisis kesihatan dan ekonomi.
“Semua pemimpin diharap berjiwa besar dan dapat duduk semeja,” katanya kepada FMT.
“Kita sebagai pemimpin, jika bergolak di atas, bergolaklah di bawah, jangan pilih jalan itu. Beri mereka hadiah dengan tunjukkan teladan baik.”
Minggu lalu, Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mengingatkan parti itu bahawa agenda peribadi dan kewujudan pelbagai “kabilah” dalam Umno dengan cita-cita peribadi merupakan masalah utama yang boleh meruntuhkan parti.
Beliau juga menegaskan Umno mesti teguh dengan keputusan parti sebagai satu ketetapan iaitu hanya institusi Presiden dan MKT sebagai pengemudi perjalanan parti. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/umno-bercanggah-pendapat-untuk-cari.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

Hanya Ahli Mkt Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Atau Umno Akan Keluar Dari Kerajaan Pn Sebelum 1 Ogos

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 256 hits
July 6 2021 Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos I...
Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

Salah Jika Mkt Setuju Tinggalkan Kerajaan Sebelum Bubar Parlimen Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 339 hits
Shahidan Kassim dan Annuar Musa berkata keputusan menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Parlimen bubar telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu...
Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

Hanya 5 Dari 40 Ahli Parlimen Umno Nak Keluar Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 324 hits
July 4 2021 Hanya 5 ahli parlimen Umno nekad keluar kerajaan PN 35 daripada 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga akhir penggal 31 Ahli Parlimen UMNO tidak akan mematuhi sebarang keputusan Majlis T...
Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

Kekal Bersama Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Sedia Dipecat

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 298 hits
utusantv comOleh July 5 2021AHLI ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet dan GLC menyatakan pendirian dengan tegas mereka rela dipecat daripada parti kerana menentang keputusan pucuk pimpinan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Peri...
Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

Ahli Parlimen Menteri Umno Tolak Langkah Keluar Kerajaan Ketepi Zahid Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 334 hits
Ahli ahli Parlimen Umno hari ini menolak cadangan parti itu untuk keluar daripada kerajaan mengetepikan presidennya Ahmad Zahid Hamidi susulan tarikh akhir bersama kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin MalaysiaNow dimaklumkan Difahamkan...
Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

Zahid Panggil Ahli Parlimen Tandatangan Cadangan Tarik Diri Daripada Kerajaan Kata Laporan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 301 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Presiden Umno Zahid Hamidi dikatakan sedang memanggil Ahli Parlimen secara berperingkat untuk mendapatkan persetujuan dan tandatangan bagi cadangan menarik diri daripada kerajaan menurut suatu laporan Akhbar Utusa...
Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

Tidak Dapat Jadi Tpm Punca Zahid Sokong Anwar Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 404 hits
agendadaily comAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin mengingatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai keputusan PAU 2020 yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Gagal untuk menjadi T...
Ahli Mt Umno Berkumpul Di Pwtc Putuskan Keluar Kerajaan Malam Ini

Ahli Mt Umno Berkumpul Di Pwtc Putuskan Keluar Kerajaan Malam Ini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 304 hits
Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO kini berada di PWTC menurut laporan wartawan Agenda Daily di lokasi Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional kini berada di ibu pejabat UMNO PWTC yang difahamkan sedang b...
Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

Terkini Zahid Najib Gagal Minta Ahli Parlimen Umno Keluar Kerajaan Sumber

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 284 hits
July 6 2021Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasion...
Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nahas Terburuk Dalam Tempoh Sedekad

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya

Apple Umum Liquid Glass Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Lembu Korban Lari Sembunyi Dalam Balai Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hari Lautan Sedunia Ekspedisi Ahli Biologi Marin Umt Ke Hujung Dunia

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Buah Yang Bagus Diambil Di Waktu Pagi

Kisah Raya Aidiladha 2025

Sate Level Kayangan 9 Resipi Rare Yang Buat Tetamu Tak Nak Balik

Mangsa Terselamat Dakwa Pemandu Bas Ada Berhenti Untuk Periksa Brek Tapi Teruskan Perjalanan Dengan Laju