Ummah Pertahan Akta Hasutan


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Sesiapa sahaja boleh hina raja, Bumiputera jika akta dimansuhkan Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya (empat dari kanan) ketika sidang media di KL International Hotel, di sini hari ini.
KUALA LUMPUR– Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bertindak sebagai ‘check and balance’ kerajaan, tegas dalam mempertahankan Akta Hasutan daripada dimansuhkan kerana akta itu mempertahankan institusi raja, hak Bumiputera dan agama Islam

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menegaskan, sekiranya akta itu dimansuhkan, sesiapa sahaja boleh menghina raja, hak Bumiputera serta memansuhkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

“Dan kita bersetuju bahawa, jika ia berkaitan dengan Islam maka tidak boleh berpisah dengan Melayu. Melayu dan Islam adalah sinonim sebab itu kita pertahankan Akta Hasutan ini,” katanya ketika sidang media di KL International Hotel, di sini hari ini

Beliau berkata demikian ketika diminta memberi pandangan mengenai Akta Hasutan yang sehingga kini masih belum dimansuhkan

Mac lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis masih boleh menggunakan Akta Hasutan 1948 bagi menjalankan siasatan kerana undang-undang itu belum dimansuhkan

Bagaimanapun Khamis lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan akta baharu bagi menggantikan akta itu sudah ada dan sedang dalam proses penyusunan

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu itu dalam masa terdekat

Difahamkan, pemansuhan Akta Hasutan 1948 adalah antara janji kerajaan Pakatan Harapan dalam reformasi undang-undang di negara ini

Sementara itu, ketika ditanya mengenai isu yang UMMAH ketengahkan ketika ini, Haji Aminuddin berkata, banyak isu diperjuangkan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), pemansuhan hukuman mati dan tindakan menghina raja seperti yang berlaku pada seorang individu yang dikenakan hukuman baru-baru ini tetapi diberikan penangguhan

“Kita ‘suspicios’ seolah-olah ada tangan dibelakangnya menyebabkan hukuman itu ditangguhkan, sedangkan isu-isu lain cepat sahaja dijalankan hukuman

“Selain itu, kita juga perjuangkan isu Adib dalam konteks keadilan. Di sini kita nampak peguam negara campur tangan dalam inkues yang diadakan. Kita rasa itu tindakan tidak wajar, sebab itu kita desak beliau letak jawatan,” katanya merujuk kepada prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/ummah-pertahan-akta-hasutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang undang baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel U...
Usah Gopoh Hapus Akta Hasutan

Usah Gopoh Hapus Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 292 hits
Kerajaan PH kena bukti takkan lakukan penyalahgunaan akta PAS Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man BANGI Langkah menghapuskan Akta Hasutan harus diteliti secara mendalam berikutan negara masih memerlukan satu akta bagi mencegah...
Hapus Akta Hasutan Bolehlah Menghasut

Hapus Akta Hasutan Bolehlah Menghasut

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 359 hits
PAS minta kerajaan tak gopoh hapus Akta HasutanNews Diterbitkan Hari ini 6 13 petang Dikemaskini Hari ini 6 13 petang Kerajaan diminta tidak gopoh dalam mengambil ketetapan untuk menghapuskan Akta Hasutan hanya kerana beberapa kes yang berl...
Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 333 hits
Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis terhadap perhimpunan pembebasan Wan Ji di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUAL...
Akta Hasutan Akan Dimansuh Diganti Secepat Mungkin

Akta Hasutan Akan Dimansuh Diganti Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 267 hits
Diterbitkan Hari ini 12 06 tengahariDr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang undang baru Bercakap kepada media di lobi parlimen hari ini perdana menteri berkata s...
Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

Mansuh Akta Hasutan Pong Pang Pong Pang Akhirnya Ustaz Wan Ji Ke Dalam

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 462 hits
Sebelum PRU14 dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen yang turut dihadiri Presiden Parti Pribumi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat ketika itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Tun Dr Mahathir Mohama...
Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

Wan Ji Mangsa Segera Mansuh Akta Hasutan Syahredzan Johan

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 311 hits
9 JULAI Saya merujuk kepada laporan media bahawa Mahkamah Tinggi di Shah Alam telah monolak rayuan pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin terhadap sabitan dan hukumannya di bawah Akta Hasutan Lebih memeranjatkan lagi dilaporkan juga bahawa Mahka...
Abdul Hadi Pas Dulu Sokong Isa Kini Gesa Kekal Akta Hasutan

Abdul Hadi Pas Dulu Sokong Isa Kini Gesa Kekal Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 497 hits
News Diterbitkan Hari ini 11 13 malamPresiden PAS Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 tetapi sebaliknya perlu membincangkan takrifnya dengan lebih jelas agar tidak disalahgunakan Kini kita mendengar desakan meng...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dah Beli Cat Untuk Locker

Cara Ringkas Daftar Akaun Str Sumbangan Tunai Rahmah 2026

Aktiviti Taklimat Kesihatan Secara Alami Ppim 14 10 2025

Donat Gula Klasik Resipi Sedap Lembut Gebu Yang Wajib Cuba

Tentang Rambut Yang Gugur Dan Keyakinan Yang Tumbuh

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data Analisis Risiko Setiap Kawasan