Abdul Hadi Pas Dulu Sokong Isa Kini Gesa Kekal Akta Hasutan


News | Diterbitkan Hari ini 11:13 malam

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948, tetapi sebaliknya perlu membincangkan takrifnya dengan lebih jelas agar tidak disalahgunakan.

"Kini kita mendengar desakan menghapuskan Akta Hasutan, maka janganlah sampai ke tahap semua hasutan dibenarkan.

"Tidakkah sepatutnya dibincangkan takrif hasutan dan apakah perkara-perkara yang dinamakan hasutan itu, bukan menghapuskan undang-undangnya," katanya dalam suatu kenyataan malam ini.

Anggota parlimen Marang juga mengimbas gerakan mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam mempersoalkan jika pemansuhan Akta Hasutan akan membawa "sehingga ke peringkat boleh menghasut apa-apa sahaja?"

"Kita pernah mengalami perjuangan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga seolah-olah ke tahap tidak perlu adanya undang-undang menyelamatkan negeri dan negara.

"Adakah kita boleh hanyut berfikir sampai ke tahap itu?

"Adakah seruan dan janji menghapuskan Akta Hasutan yang kedengaran terkini sehingga ke peringkat boleh menghasut apa-apa sahaja? Kadang-kadang suaranya nampak sebegitu," katanya.

Abdul Hadi menegaskan PAS menyokong penggubalan ISA pada 1960 walau pun kemudiannya pernah menjadi mangsa penyalahgunaan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara itu.
"PAS dahulu pernah menyokong ISA demi negara menghadapi ancaman komunis, walaupun PAS pernah menjadi mangsa penyalahgunaannya, ia adalah satu perkara yang lain," jelasnya lagi.

Pendirian Abdul Hadi selari dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang meminta kerajaan tidak gopoh dalam mengambil ketetapan untuk menghapuskan Akta Hasutan hanya kerana beberapa kes yang berlaku muktahir ini.

Malah, Tuan Ibrahim berkata dengan keadaan semasa hari ini kerajaan masih memerlukan satu akta untuk mencegah perilaku yang boleh menggugat keselamatan negara.

"Langkah untuk menghapuskan Akta Hasutan harus diteliti secara mendalam. Isu yang lebih kritikal ialah penyalahgunaan akta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 11 Julai lalu mengesahkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan undang-undang baru.

Mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Hasutan, perdana menteri berkata, kerajaan kini dalam proses menyiapkannya.
"Kerajaan dalam status menyusun semula ayat-ayat dalam undang-undang tersebut," katanya yang berkata proses itu akan selesai "secepat mungkin."

Menghapuskan akta tertentu yang dianggap menekan rakyat adalah satu daripada janji diikrarkan PH dalam manifesto mereka menjelang pilihan raya umum tahun lalu.

Satu daripada akta yang dianggap menyekat kebebasan bersuara ialah Akta Hasutan.

Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin pada 9 Julai lalu menjadi tahanan terbaru yang dikenakan hukuman penjara mengikut Akta Hasutan.

Dia dihukum penjara selama setahun dan hukumannya berjalan serta-merta. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Julai lalu membenarkan hukuman Wan Ji ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/abdul-hadi-pas-dulu-sokong-isa-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Akta Hasutan Bolehlah Menghasut

Hapus Akta Hasutan Bolehlah Menghasut

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 304 hits
PAS minta kerajaan tak gopoh hapus Akta HasutanNews Diterbitkan Hari ini 6 13 petang Dikemaskini Hari ini 6 13 petang Kerajaan diminta tidak gopoh dalam mengambil ketetapan untuk menghapuskan Akta Hasutan hanya kerana beberapa kes yang berl...
Ummah Pertahan Akta Hasutan

Ummah Pertahan Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 276 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Sesiapa sahaja boleh hina raja Bumiputera jika akta dimansuhkan Pengerusi UMMAH Haji Aminuddin Yahaya ketika sidang media di KL International Hotel di sini hari ini KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah bertindak ...
Usah Gopoh Hapus Akta Hasutan

Usah Gopoh Hapus Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 245 hits
Kerajaan PH kena bukti takkan lakukan penyalahgunaan akta PAS Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man BANGI Langkah menghapuskan Akta Hasutan harus diteliti secara mendalam berikutan negara masih memerlukan satu akta bagi mencegah...
Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

Akta Baharu Ganti Akta Hasutan Sedang Dimuktamadkan Pm

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dalam usaha memuktamadkan undang undang baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel U...
Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

Ibrahim Ali Cabar Buat Pungutan Suara Rakyat Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 230 hits
Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali bercakap kepada media selepas selesai membuat laporan polis terhadap perhimpunan pembebasan Wan Ji di Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUAL...
Pas Tidak Jamin Kerjasama Dengan Pihak Lain Itu Akan Kekal

Pas Tidak Jamin Kerjasama Dengan Pihak Lain Itu Akan Kekal

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 353 hits
KOTA BHARU Kehendak politik terutama berkaitan penyatuan orang Melayu Islam dalam satu gagasan mungkin berubah dari semasa ke semasa kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob Oleh itu PAS tidak boleh menjamin kerjasama yang terjalin ...
Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

Dulu Pas Tuntut Najib Rosmah Isytihar Harta Sekarang Isytihar Harta Boleh Timbulkan Rasa Dengki Pulakdah

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 452 hits
Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan pada 15 Mei lalu memberi keyakinan pimpinan dan ahli Pas terbuka untuk mengisytiharkan harta dan aset mereka Pas tiada masalah untuk isytiharkan harta dan aset seperti arahan yang dikeluarkan Perda...
Dulu Sangat Aktif Kini Pelajar Ini Disahkan Menghidap Myokymia Dipercayai Kesan Terhidu Gas Beracun

Dulu Sangat Aktif Kini Pelajar Ini Disahkan Menghidap Myokymia Dipercayai Kesan Terhidu Gas Beracun

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 368 hits
Isu pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang Johor bukanlah sesuatu yang baru didengar Sejak dari Mac lalu tragedi duka ini telah menjejaskan kesihatan lebih 2 000 orang awam dan menyebabkan beratus buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup b...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

68 Warganegara Asing Diusir Ntl Dilarang Masuk Malaysia

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Cara Monetize Facebook Page Dan Buat Duit Di Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur