Umat Islam Ditegah Menghina Ciptaan Ilahi




SALAH satu perkara negatif di media sosial adalah ia alat yang digunakan untuk memudahkan seseorang merendahkan, menghina serta mencaci orang lain.
Semua perbuatan itu belum tentu berani dilakukan seseorang di alam nyata. Di dunia maya, seseorang boleh menyamar di sebalik nama gelarannya.
Salah satu yang banyak dilakukan segelintir warganet yang tidak berakhlak baik ialah menghina fizikal seseorang sama ada kekurangan atau kecacatan tubuh seseorang yang disebut body shaming.
Kadang-kadang mereka melakukan perbuatan mengejek fizikal seseorang itu tanpa sedar.
Ia mungkin ungkapan yang dikeluarkan secara tidak sengaja bagi menceriakan suasana atau ada kalanya bergurau melampaui batas serta memang bertujuan menghina kenalan atau rakan sekerja.
Sesetengah orang melakukan body shaming tanpa sedar kerana memang sudah kebiasaan menjadi tabiat buruk mereka.
Tentunya orang yang menjadi sasarannya berasa tidak selesa. Perbuatan body shaming itu hakikatnya jelas haram dan ditegah oleh Islam.
Semua ciptaan Allah ada kelebihan serta hikmahnya. Ia tidak sepatutnya dicela dan dihina sedemikian rupa.
Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tin, ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Abdullah bin Mas’ud RA.
Beliau memiliki betis yang kecil. Ketika beliau mengambil ranting untuk dijadikan siwak, angin berhembus dan menyingkap betisnya yang kecil itu lalu sahabat Nabi tertawa kerana melihat betis Ibnu Mas’ud yang kecil itu.
Maka Baginda menegur perbuatan sahabat dengan bersabda yang bermaksud: “Apa yang membuat kalian ketawa?”
Mereka berkata, “Wahai Nabi Allah kerana kedua-dua betisnya yang kurus.”
Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di timbangan daripada Gunung Uhud.”
Hadis itu menunjukkan, menghina fizikal seseorang adalah haram. Jika kita perhatikan, sahabat tidak mengeluarkan kata-kata hinaan namun hanya ketawa saja. Ia adalah haram dan mereka ditegur oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT melarang kita merendah-rendahkan serta menghina orang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula wanita-wanita (merendah-rendahkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dihina itu) lebih baik daripada wanita (yang menghina) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil- memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Sehubungan itu, peliharalah tutur kata kita kerana apa sahaja yang dituturkan akan memperlihatkan sahsiah orang yang bercakap.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/13/umat-islam-ditegah-menghina-ciptaan-ilahi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prinsip Perjuangan Politik Yang Harus Dipegang Umat Islam

Prinsip Perjuangan Politik Yang Harus Dipegang Umat Islam

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 264 hits
PERJUANGAN politik adalah suatu perjuangan yang penuh liku Sehinggakan kadangkala apabila kita berada dalam keadaan lemah kita mungkin rela atau kita beranggapan bahawa yang terbaik adalah dengan kita meleburkan sedikit sebahagian daripada ...
Genghis Khan Satu Iktibar Kepada Umat Islam

Genghis Khan Satu Iktibar Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 2440 hits
Ketika umat Islam diserang tentera Tatar hampir seluruh wilayah Islam berhasil dijajah Di antara yang terawal adalah wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol Pada mulanya di Khurasan Tatar tidak berdaya menembusi pertahanan umat Islam d...
Selamat Menonggeng Wahai Umat Islam Fadhilah Abdulhamid

Selamat Menonggeng Wahai Umat Islam Fadhilah Abdulhamid

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 732 hits
Namanya memberi maksud yang baik tetapi disebalik nama itu tersembunyi sifat bencikan Islam Pada mulanya aku fikir individu itu adalah seorang non muslim yang menyamar sebagai muslim tapi apa yang mengejutkan ialah apabila individu yang dit...
Umat Islam Wajar Hargai Kemajmukan Kata Dr M Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Umat Islam Wajar Hargai Kemajmukan Kata Dr M Sempena Sambutan Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 476 hits
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1441H Dr Mahathir Mohamad berharap usaha meningkatkan kefahaman ajaran Islam sebenar terus dilipatgandakan KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berharap usaha untuk meningkatkan kefahaman berkaitan ajaran Islam y...
Who Gave You The Right To Define Islam Prominent Turkish Author Asks Putrajaya

Who Gave You The Right To Define Islam Prominent Turkish Author Asks Putrajaya

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 368 hits
CUKUPLAH Islam dan bijakpandai yang ada di Malaysia dari mendedahkan kepada pemikiran Islam yang sulit latarbelakang mereka Asal usul dan dari negara mereka datang perlu di ambilkira Mazhab Untuk disesuaikan dengan negara majmuk kita Setaka...
Kononnya Pas Parti Islam

Kononnya Pas Parti Islam

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 654 hits
Kononnya perjuangan PAS berteraskan akidah Kononnya PAS berpolitik tidak mengharapkan kemenangan tetapi mencari redha Allah Kononnya perlembagaan PAS ialah Qur an Hadis Ijmak dan Qiyas Kononnya Awak nampak telatah lebai PAS menghadapi PRK T...
Hadi Pembangkang Perlukan Bukan Islam Yang Tak Ekstrem

Hadi Pembangkang Perlukan Bukan Islam Yang Tak Ekstrem

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 240 hits
PAS hari ini sekali lagi memberikan justifikasi mengapa parti itu memberikan sokongan penuh kepada calon MCA untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai Presidennya Abdul Hadi Awang berkata gabungan pembangkang pada ketika ini perlu ke...
Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan Ivf

Tunku Azizah Bantu Izzue Islam Dapatkan Rawatan Ivf

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 310 hits
Hampir enam tahun berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata Izzue Islam meluahkan rasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah The post appeared first on
Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

Fatwa Pas Undi Calon Melayu Islam Hantui Bn

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 310 hits
Dengan meletakkan ahli politik MCA Wee Jeck Seng sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil di Tanjung Piai gabungan itu akan menghadapi masalah meyakinkan pengundi Melayu Penganalisis berpendapat peluang BN untuk menang menentang calon Paka...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

Lelaki Didakwa Cederakan Teman Wanita Dengan Menyimbah Minyak Panas

The Impact Of Domain Name


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Abu Lubabah Sahabat Teladan Tobat

Butterworth Folk Push For Cross Channel Lrt Link To Start First

Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat