Hadi Pembangkang Perlukan Bukan Islam Yang Tak Ekstrem




PAS hari ini sekali lagi memberikan justifikasi mengapa parti itu memberikan sokongan penuh kepada calon MCA untuk bertanding di kerusi parlimen Tanjung Piai.
Presidennya, Abdul Hadi Awang, berkata gabungan pembangkang pada ketika ini perlu kepada “bukan Islam yang tidak ekstrem” untuk menyampaikan suara kepada kerajaan.
“PAS melihat pakatan pembangkang memerlukan bukan Islam yang tidak ekstrem dalam masyarakat majmuk, iaitu MCA yang ada satu kerusi sahaja (di Dewan Rakyat),” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun Abdul Hadi memberi bayangan ketetapan itu bukan bersifat mutlak dan terbuka kepada pandangan yang lain pada masa depan.
“Untuk PRU (pilihan raya umum) akan datang, formula ini mungkin berubah dengan melihat senario dan strategi semasa untuk memastikan kemenangan Muafakat Nasional di peringkat yang lebih besar,” katanya.
Kenyataan anggota parlimen Marang itu dibuat ketika PAS berdepan kritikan dan persendaan atas sikap mereka yang dianggap selalu berubah mengikut keperluan parti terbabit.
Akhirnya PAS terbuang
Misalnya, Abdul Hadi sendiri menggesa pengundi memilih calon beragama Islam ketika PH meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam dalam PRK Cameron Highlands.
PAS juga sering menegaskan keperluan kuasa politik Melayu diperbanyakkan di Dewan Rakyat dengan mendakwa kerajaan ketika ini dikuasai DAP – parti yang dianggap mereka sebagai cauvinis Cina.
Bagaimanapun untuk PRK Tanjung Piai PAS memberikan sokongan penuh kepada pemimpin MCA Johor, Wee Jeck Seng, untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada PH.
Malah PAS mengarahkan anggota parti itu yang mengundi di Tanjung Piai supaya memangkah Wee dan bukan calon Berjasa – salah satu parti yang membentuk Gagasan Sejahtera bersama PAS – yang turut bertanding.
Kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, parti itu tidak mendapat restu untuk menyertai PRK Tanjung Piai.
“Kita akan beri arahan kepada ahli PAS untuk tidak undi Berjasa, tidak satu undi pun. Semua harus undi MCA,” katanya.
Wee ialah anggota parlimen Tanjung Piai selama dua penggal sebelum dikalahkan Allahyarham Md Farid Md Rafik dalam PRU ke-14 tahun lalu.
MCA menunjukkan prestasi sangat buruk dalam PRU 2018 apabila hanya seorang saja calonnya – Dr Wee Ka Siong – berjaya mengekalkan kerusi di Dewan Rakyat.
Abdul Hadi berkata PAS menganggap PRK Tanjung Piai merupakan simbol bagi konsep taawun parti itu dengan parti pembangkang lain.
Beliau juga menjelaskan PAS sentiasa tegas dalam isu Islam dan ia dibuktikan melalui beberapa kerjasama yang dimeterai mereka sebelum ini.
“PAS (pernah) bersama Pakatan Rakyat dan tegas bersama Islam, namun PAS tidak bersama dengan kalangan yang mahu menyamakan agama (pluralisme) ataupun ingin mencontohi parti Islam luar negara yang tidak sama pendekatan dan ruang demokrasi dengan negara kita, kerana demokrasi di Malaysia tidak mengharamkan parti bernama Islam.
“Akhirnya PAS terbuang dan mereka menubuhkan Parti Amanah mengikut pendekatan tersebut.
“PAS bertegas bahawa Islam saja yang paling benar dan tinggi, dan menerima hak kebebasan beragama lain tanpa menghalang penganut bukan Islam mempercayai agama masing-masing yang benar di sisi mereka.
“PAS menolak konsep semua agama adalah benar yang mengira semua agama sama sahaja,” katanya.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/04/hadi-pembangkang-perlukan-bukan-islam-yang-tak-ekstrem/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukti Haji Hadi Menyokong Pembunuhan Beramai2 Orang Islam Di Aleppo

Bukti Haji Hadi Menyokong Pembunuhan Beramai2 Orang Islam Di Aleppo

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 303 hits
BUKTI HAJI HADI MENYOKONG PEMBUNUHAN BERAMAI2 ORANG ISLAM DI ALEPPO Di bawah ini adalah rakaman temuraham Haji Hadi sejurus selepas beliau kembali dari Tehran kerana menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Ar Rasul anjuran kerajaan Iran Majlis ...
Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

Ulama Pas Larangan Undi Calon Bukan Islam Tak Mutlak

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 427 hits
PRK TG PIAI Ulama PAS menegaskan larangan parti itu untuk mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu Ketua Ulama PAS Pusat Dr Nik Zawawi Salleh berkata penentangan parti...
Pilihlah Melayu Islam Di Tg Piai

Pilihlah Melayu Islam Di Tg Piai

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 341 hits
DIMANA PRINSIP PAS DITANJUNG PIAI Negara dan rakyat Melayu Islam sedang memerhatikan dasar dan arah perjuangan Pas yang kononya berdiri diatas prinsip untuk menegakkan negara Islam DiMalaysia Adakah PAS benar benar berjuang demi menegakkan ...
Siapa Beri Anda Kuasa Takrif Islam Pengarang Terkemuka Turki Soal Putrajaya

Siapa Beri Anda Kuasa Takrif Islam Pengarang Terkemuka Turki Soal Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 323 hits
Kerajaan Pakatan Harapan terus menarik perhatian pakar pakar Islam dari luar negara berikutan dasar kerajaan semasa tidak memansuhkan peraturan yang mengenakan halangan kepada penceramah asing bercakap mengenai Islam di Malaysia Mustafa Aky...
Perlis Lulus Fatwa Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Orang Bukan Islam

Perlis Lulus Fatwa Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Orang Bukan Islam

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 381 hits
Perlis lulus fatwa wang zakat boleh diberi kepada orang bukan Islam Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Nov 20
Museum Sejarah Nabi Diharapkan Jadi Destinasi Wisata Islam Di Indonesia

Museum Sejarah Nabi Diharapkan Jadi Destinasi Wisata Islam Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 300 hits
Dewan Masjid Indonesia bakal melakukan pertemuan dengan Majelis Ulama Indonesia dan organisasi Islam lainnya guna mematangkan pembangunan museum Nabi Muhammad
Hampir 3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

Hampir 3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 662 hits
Hampir 3 bulan peluk Islam Ayana Jihye Moon dedah wajah adik lelaki Tindakan Instafamous muslimah mualaf Ayana Jihye Moon mendedahkan wajah adik lelakinya hujung minggu lalu mengundang perhatian ramai terutama kaum wanita Menerusi laman Ins...
Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Where Were You When

Effective Networking In Your Industry

Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Line Crossed Children Not Bargaining Chips Izzah On Rafizi S Son

Kelantan Mayat Pemancing Ditemui Dalam Sawah Padi

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Naikkan Domain Authority Blog

Kencing Berbuih Apa Maknanya

Flavorful Recipe Healthy Banana Pancakes

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

013 6116666 Anti Bully Centre Ehailingfm 15 08 2025