Ultra Heroes Tour South East Asia 2023 Menampilkan Ultraman Blazar


ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR | 

ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR


Ultraman adalah Super Hero yang paling diminati 






Penampilan buat julung kalinya ULTRAMAN BLAZAR ke Asia Tenggara dan Malaysia dipilih sebagai negara pertama! Paparan figura terbaharu dan pertunjukan pentas yang menakjubkan menanti anda. Ruby masih ingat lagi Ultra Heroes Tour South East Asia 2022 dan dapat menyaksikan pertunjukan pentas! 
Baca sini: https://www.ruby.my/2022/11/kenali-49-ultraman-di-ultra-heroes-tour.html?m=1
Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, seperti jelajah Asia Tenggara yang pertama tahun lalu

Peminat dan pengumpul koleksi di sini cukup bertuah kerana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu Ultra hero terbaharu, ULTRAMAN BLAZAR


Pasti ramai teruja untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Usah lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai
 Ultraman Blazar
JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. 
Menawarkan pelbagai aktiviti menarik, acara JELAJAH ULTRA HEROES ini pasti akan menawan imaginasi para peminat ULTRAMAN, yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.  

Bagi yang turut memeriahkan acara ini tahun lalu tentu masih ingat persembahan yang mengagumkan peminat. Pertempuran yang bakal diaksikan tahun ini juga tidak kurang hebatnya dan peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral). 
Jadi, pastikan anda mengosongkan jadual anda untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh. (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang membawa watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR


Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan kenangan manis kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.


Singgahlah di kaunter jualan istimewa jika timbul keinginan untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda

Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini

Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.  


Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini

Kemasukan ke acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES adalah percuma. Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. #UltraHeroesTourSouthEastAsia2023#UltramanBlazar#TamashiiNations


BARANGAN EKSKLUSIF ACARA S.H.Figuarts ULTRAMAN ZERO Clear Color Ver
ULTRAMAN ZERO Clear Color Version muncul buat kali pertama di S.H.Figuarts. Gandingan cat metalik warna biru dan merah terang menjadikan penampilan figura ini cukup istimewa

Boleh didapati pada harga RM210



S.H.Figuarts ULTRASEVEN [THE MYSTERY OF ULTRASEVEN]Ultraseven dari ‘THE MYSTERY OF ULTRASEVEN’ kini boleh didapati di S.H.Figuarts. Warna merah dan perak pada badannya disesuaikan mengikut imej komik. Penambahan bayang pada tempat-tempat penting ditubuhnya membuatkan ‘Ultraseven’ yang dihasilkan dengan teliti ini kelihatan secantik versi komik. Boleh didapati pada harga RM229


 FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU -Dragon Fist Explosion- -Exclusive Edition-‘Super Saiyan 3 SON GOKU’, yang mempunyai tembakan penumbuk naga, kini boleh didapati di FiguartsZERO. Ia dicipta berdasarkan imej warna dari filem ‘Dragon Ball Z: Wrath of the Dragon’. Rambut dan anggota naga SON GOKU dihasilkan menggunakan pewarna mutiara untuk tampak lebih menyerlah
Boleh didapati pada harga RM360.




BARANGAN GEDUNG TAMASHII NATIONS


GEDUNG TAMASHII NATIONS - Gedung-gedung rasmi utama yang ditubuhkan oleh TAMASHII NATIONS di Jepun, China, dan Amerika Syarikat, mempamerkan figura-figura terbaharu dengan barangan edisi terhad yang boleh dibeli di gedung berkenaan selain dijual secara eksklusif di bilik pameran rasminya, ‘TAMASHII SPOT’






NXEDGE STYLE[MS UNIT] NIGHTINGALE-TOKYO LIMITED Ver.-

NXEDGE STYLE[MS UNIT] Hi-ν GUNDAM-TOKYO LIMITED Ver.-

THE ROBOT SPIRITS<SIDE MS> MS-06S Char’s ZAKU ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-THE ROBOT SPIRITS<SIDE MS>RX-78-2 GUNDAM ver. A.N.I.M.E. -Real Marking-



METAL BUILDSTRIKE GUNDAM-HELIOPOLIS ROLL OUT Ver.-SAINT CLOTH MYTH EXPEGASUS SEIYA (New Bronze Cloth)-GOLDEN LIMITED EDITION-SAINT CLOTH MYTH EXDRAGON SHIRYU (New Bronze Cloth)-GOLDEN LIMITED EDITION-SAINT CLOTH MYTH EXPHOENIX IKKI (New Bronze Cloth)-GOLDEN LIMITED EDITION-



SAINT CLOTH MYTH EXANDROMEDA SHUN (New Bronze Cloth)-GOLDEN LIMITED EDITION-SAINT CLOTH MYTH EXCYGNUS HYOGA (New Bronze Cloth)-GOLDEN LIMITED EDITION-SAINT CLOTH MYTH APPENDIX GOLD CLOTH OBJECT 20th Anniversary Ver


S.H.FiguartsTrigger Truth



S.H.MonsterArtsGodzilla [2019] -Night Color Edition-TINY SESSION VF-25F MESSIAH VALKYRIE(ALTO SAOTOME USE) with SHERYL NOME & RANKA LEE-METALLIC COLOR EDITION-THE ROBOT SPIRITS<SIDE EVA>EVA-01 TEST TYPE[Best Selection]METAL BUILD EVANGELION-01 TEST TYPE-STORE LIMITED EDITION-



S.H.FiguartsSON GOKU -Innocent Challenger-FiguartsZERO SUPER SAIYAN SON GOKU(Tokyo Limited)FiguartsZERO Monkey・D・Luffy -Battle Ver.‐(Special Color Edition)FiguartsZERO TONYTONY.CHOPPER(Special Color Edition)


Tamat

Mengenai TAMASHII NATIONSBerpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”:https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.AsiaJabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.: https://tamashii.jp/
Mengenai PREMIUM BANDAI PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan perlu ditempah awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif Ultraman yang hanya dijual secara dalam talian juga akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI
Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.osLaman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia
Mengenai ULTRAMAN BLAZAR
https://tsuburaya-prod.com/heroes/ultraman-blazarInilah watak Ultraman yang dimainkan oleh Gento Hiruma. Si gagah Giant of Light (Gergasi Cahaya) ini berasal dari M421, sebuah blazar yang jauh dari Bumi. Apabila Gento mahukan kuasa demi menegakkan keadilan, alat transformasi, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil meresapkan keinginannya ke dalam kristal Blazer Stone, yang menyimpan kuasa cahaya, Gento kemudian memindahkannya ke Blazer Brace dan bertukar menjadi Ultraman Blazar
Ketinggian : 47 meterBerat : 42,000 tan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/11/ultra-heroes-tour-south-east-asia-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya

Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 204 hits
Jumpa Ultraman Blazar Di Ultra Heroes Tour South East Asia Di Paradigm Mall Petaling Jaya Hah semalam nad dah pergi jumpa dengan Ultraman Blazar di Ultra Heroes Tour South East Asia di Paradigm Mall Macam macam Ultraman ada sekarang makin l...
Senarai Pemain Bertanding Dalam Bwf World Tour Finals 2023 Hangzhou

Senarai Pemain Bertanding Dalam Bwf World Tour Finals 2023 Hangzhou

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 219 hits
Debaran kini semakin terasa apabila kesemua 8 pemain bagi setiap kategori telah secara pasti akan mengambil bahagian dalam acara terakhir BWF World Tour iaitu dalam kejohanan BWF World Tour Finals 2023 Untuk edisi kali ini ianya akn berlang...
Broker Terbaik Xm Menang 3 Trofi Di Anugerah Cfi Co 2023

Broker Terbaik Xm Menang 3 Trofi Di Anugerah Cfi Co 2023

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 111 hits
Broker Terbaik XM Menang 3 Trofi di anugerah CFI co 2023 termasuk broker paling dipercayai Jutaan tahniah di atas berita kemenangan XM yang menakjubkan Saat yang ditunggu tunggu untuk kongsikan detik kemenangan kepada semua trader Platform ...
Exif Picks Favorites From Bonhams December 2023 Sale

Exif Picks Favorites From Bonhams December 2023 Sale

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 257 hits
Bonhams certainly knows how to pick em and there s some exceptional iron hiding in the It s an online only auction with lots closing as soon as December 11th boasting exceptional classics landmark sportbikes parts and memorabilia The apple ...
Pemprov Kaltim Raih Penghargaan Implementasi Rb Tematik Terbaik 2023

Pemprov Kaltim Raih Penghargaan Implementasi Rb Tematik Terbaik 2023

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 148 hits
Penghargaan ini diserahkan langsung oleh Menteri PAN RB Abdullah Azwar Anas
Itinerari Trip Bercuti Ke Taipei Taiwan Selama 4 Hari Tahun 2023

Itinerari Trip Bercuti Ke Taipei Taiwan Selama 4 Hari Tahun 2023

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 269 hits
Sebelum 2023 menutup tirai aku sempat sekali lagi travel ke luar negara untuk kali terakhir bagi tahun ini dan kali ini aku nak share kepada semua itinerari trip bercuti ke Taipei Taiwan dan buat kali pertama aku gerak secara solo Di semena...
Big Bad Wolf 2023 Tropicana Gardens Mall Kuala Lumpur

Big Bad Wolf 2023 Tropicana Gardens Mall Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 234 hits
Pesta Buku Big Bad Wolf kembali lagi ke Kuala Lumpur Kali ini bertempat di Tropicana Gardens Mall Tingkat G berhampiran Uniqlo Berlangsung dari 7 hingga 23 December 10 pagi hingga 12 tengah malamHow to go tropicana gardens mall Bagaimana ma...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil