Itinerari Trip Bercuti Ke Taipei Taiwan Selama 4 Hari Tahun 2023



Sebelum 2023 menutup tirai, aku sempat sekali lagi travel ke luar negara untuk kali terakhir bagi tahun ini dan kali ini aku nak share kepada semua itinerari trip bercuti ke Taipei, Taiwan dan buat kali pertama aku gerak secara solo.

Di semenanjung dan biasa gerak solo. Kemudian pernah solo ke Sabah tapi sehari sahaja dan kali ini buat pertama kali dalam hidup, aku gerak solo atau buat solo travel seorang diri ke luar negara dan aku pilih ke Taiwan.
Aku pergi ke sana semata-mata untuk bercuti dan melihat suasana negara yang dikatakan 'copy' cara hidup Jepun. Ini kerana Taiwan pernah dijajah oleh Jepun sebelum ini dan kini sudah merdeka. Aku tak expect lebih, hanya mengharapkan sebuah negara yang selamat dan bersih. Itu yang aku dapat!
Trip percutian ni aku ambil keputusan dalam masa sebulan lebih sahaja iaitu selepas pulang daripada trip Korea bersama Shaklee sebelum ini. Lepas tu, aku terus cari tiket kapal terbang dan buat tempahan menerusi Air Asia.
Percutian aku di Taipei Taiwan tak lama, hanya selama 4 hari 3 malam sahaja iaitu bermula 27 hingga 30 November 2023. Kalau tengok tarikh selama 4 hari, tetapi hanya 2 hari penuh dan satu hari separuh dan satu hari lagi terus pulang ke Malaysia.
Jadi dalam perkongsian kali ini, aku share semua yang berkaitan trip solo aku ni daripada persediaan awal sebelum flight, itinerari di Taipei, lokasi-lokasi menarik, tempat makan halal, penginapan dan macam-macam lagi
Keperluan Wajib & Persedian AwalSalah satu sebab kenapa aku pilih destinasi Taiwan ini berbanding negara-negara lain adalah ketika itu, cuaca di sana sudah mula sejuk (musim autumn). Selain itu, negara ni tak jauh sangat, 4 jam 40 minit dah sampai.
Taiwan juga sudah menjadi kearah negara mesra muslim dengan banyak sudah tempat-tempat solat dan restoren halal yang disediakan. Paling penting, nak masuk negara tersebut tak rumit dan tidak terlalu strict. Tak perlu apply ETA atau apa-apa visa.

Jadi nak masuk Taiwan, cukup sekadar arrival card dan pasport sahaja. Arrival card akan diberi dalam kapal terbang atau anda boleh dapatkan di ruangan sebelum imigresen di airport. Yang penting tahu alamat tempat penginapan kita.
Tukaran Mata WangUntuk November 2023, kadar tukaran mata wang New Taipei Dollat (NTD) kepada Malaysia Ringgit (MYR) adalah 100 NTD = RM15.10. Ini yang aku dapat masa tukar di Temerloh. Tapi dalam artikel ini aku gunakan RM15 untuk $100, lebih mudah.
Untuk saranan, lebihkan cash selama berada di Taiwan. Banyak tempat yang tak terima card terutamanya macam MRT, nak topup Easy Card, Night Market dan sebagainya. Tapi boleh juga sediakan kad kredit, kad debit, kad Wise atau BigPay sebagai persediaan.
Jumlah Kos Perbelanjaan Di Taipei, TaiwanJadi sebelum kita tengok itinerari penuh, aku nak kongsi dulu total atau jumlah keseluruhan perbelanjaan aku selamat berada di Taiwan termasuk tiket kapal terbang, pengangkutan, penginapan, aktiviti, makan dan sebagainya.
i)  Tiket Kapal TerbangTiket kapal terbang dia tak semahal Korea dan lebih sikit daripada tiket Vietnam. Untuk penerbangan, aku pilih Air Asia seperti biasa. Tiada transit. Direct flight dari Kuala Lumpur terus ke Taipei, Taiwan dengan harga RM700 return. KLIA T2 > Taoyuan Airport T1
Boleh dapatkan harga yang lebih murah sebenarnya. Kena selalu semak di website Air Asia sahaja di www.airasia.com. Saranan aku better beli terus di website sebenar.
BACA : Air Asia Birthday Sale
BACA : Malaysia Airlines Year End Sale
BACA : Trip.com Travel Deals & Discount
ii)  PengangkutanIni kelebihan kalau solo travel dimana anda boleh tentukan apa yang anda nak naik tanpa memikirkan orang lain. Anda gerak bebas, nak naik apa, bila nak bergerak ke destinasi seterusnya dan sebagainya. Anda tentukan.
Selama berada di Taipei, aku hanya berjalan kaki dan juga menaiki MRT iaitu train bawah tanah yang berada di sana. Jika di Malaysia ada TNG untuk naik train, di Taipei kita akan gunakan Easy Card untuk semua jenis kenderaan awam.

Kalau anda beli di kedai serbaneka macam 7-eleven, CU Mart di Taiwan, harga sekeping $100 sahaja. Tapi aku decide nak beli di klook bersama-sama dengan sim kad yang aku gunakan selama berada di sana dengan harga RM53. Aku beli DISINI siap-siap dari Malaysia.
Easy Card tersebut adalah tanpa nilai, jadi aku topup sepanjang di sana $600 (~RM90). Tapi tak habis pun. Aku gunakan naik MRT dengan kos satu hala $20 dan pergi balik naik Airport MRT dengan harga $300 pergi dan balik.
Kos Pengangkutan kesemuanya RM53 + RM90 = RM143 seorang
iii)  Kos PenginapanSepanjang berada 3 malam disana, aku decide untuk menginap di dua kawasan berbeza iaitu di Ximending Street dan juga lokasi bersebelahan dengan Taipei Main Station. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.
Di area Ximending, aku book Ximen Wow Hostel yang mana lokasinya betul-betul berada dalam kawasan Ximending Night Market. Terletak di tinggkat 8 dalam sebuah bangunan. Turun sahaja kat bawah, terus meriah sepanjang malam.
Disini aku menginap 1 malam sahaja dimana pada hari pertama aku sampai ke Taipei. Aku pilih bilik dorm yang menempatkan 16 katil kesemunya. Tapi anda diberi ruang privasi untuk tidur tanpa berkongsi dengan yang lain. Harga satu malam adalah RM50. Tempah di Agoda SINI.

Hari kedua dan seterusnya (2 malam), aku berpindah di kawasan bersebelahan dengan Taipei Main Station iaitu di NYS Loft Hotel juga di Agoda. Harga RM90 semalaman, jadi aku duduk 2 malam, lebih kurang RM190.
Kos Penginapan kesemuanya RM50 + RM190 = RM260 seorang 
iv)  Kos MakananTaiwan terutamanya di Taipei sebenarnya dah banyak makanan halal yang disijilkan disamping kedai mesra muslim. Selama berada di sana, aku hanya bawa maggi 3 cup dan roti coklat 3 keping. Bawa dari Malaysia.
Selebihnya aku makan disana. Kalau makanan halal, anda boleh pergi restoren Muslim Beef Noodle, Chang Beef Noodle, Master Fried Chicken, Indo Arena, Royal Cafe & Restaurant dan banyak lagi. Banyak dah sebenarnya restoren halal.

Tapi masa aku datang sana, Tourism Taiwan ada buat promosi 2 kedai boleh makan percuma. Jadi lunch dan dinner aku free untuk 2 hari. Hari ketiga makan Fried Chicken Breast dengan harga $129 (~RM20). Lepas tu ada beli Xifutang $120 (~RM18) dan beberapa air di 7-eleven.
Kos Makanan kesemuanya lebih kurang $330 atau sekitar RM50 seorang.
v)  Kos Aktiviti & TempatSelama 4 hari berada di Taipei, aku ada join satu day-tour iaitu pergi ke Yehliu Geopark, Jiufen dan Shifen dengan harga RM110 termasuk pengangkutan. Jika berminat, anda boleh tempah di Klook SINI atau KKDay SINI. Sangat recommended.
Kemudian ada beli tiket masuk ke Yehliu Geopark dengan harga $128 (~RM20). Itu sahaja tempat-tempat yang kena bayar. Selain itu, semua masuk percuma dan tiada bayaran yang dikenakan.
Kos Aktiviti kesemuanya lebih kurang RM130 seorang.
vi)  Lain-Lain KosUntuk lain-lain kos tambahan macam travel takaful, internet, shopping:

Simkad (internet 5-hari nombor taiwan). Tempat di Klook DISINI dengan harga lebih kurang RM44. Tapi dah masuk dalam kos pengangkutan diatas.Takaful TripCare 360 untuk individu (pakej Silver) = RM16. Boleh tempah siniShopping souvenir lebih kurang $400 atau sekitar RM60
TOTAL KOS - Jadi jumlah keseluruhan perbelanjaan solo travel aku ke Taipei, Taiwan untuk 4 hari adalah RM1360 seorang. Itulah lebih kurang.
Itinerary Trip Di Taipei, TaiwanUntuk pengetahuan, flight dari Kuala Lumpur ke airport Taoyuan guna Air Asia ada 2 kali je sehari iaitu pada pagi dan tengah hari. Untuk pulang pun sama. Manakala untuk laluan Kuala Lumpur ke Kaohsiung (selatan Taiwan) ada sekali je sehari.
Sebaiknya ambil flight pagi dan boleh sampai di Taipei sebelum pukul 3 petang. Ada masa untuk berjalan terus. Macam aku ambil flight pagi pukul 9.50 am dan sampai 2.40 am dan adakalanya boleh sampai awal.
Selain itu, sebenarnya anda boleh buat task untuk kumpul semua stamp yang ada di lokasi setiap stesen MRT dan juga tempat tarikah pelancongan seperti yehliu geopark dan sebagainya. Cari sahaja information center, mesti ada stamp cop tersebut.

Day 1 (27 November 2023 - Isnin)
[Chang Beef Noodle Restaurant > Ximending Street > Rainbow Road > Red House Theater]
Selepas flight landing di Taipei-Taoyuan airport, untuk waktu promosi jangan lupa untuk sertai cabutan bertuah. Kalau ada rezeki, boleh dapatkan baucer penginapan $1000 atau kredit $5000 untuk easy card. Malangnya aku tak dapat apa-apa. Boleh daftar disini.
FYI, pada bahagian arrival tiada surau. Jadi kalau belum solat, adalah lebih baik solat dahulu atau terus ke Taipei Main Station untuk solat disana. Surau hanya ada di gate B3 bahagian departure hall. Solat la mana-mana pun.
Untuk ke Taipei Main Station (TMS), ada 3 cara sama ada naik Airport MRT, MRT biasa atau bas. Aku guna Aiport MRT lebih cepat. 50 minit dah sampai. Harga $150 sehala. Boleh guna Easy Card. Yang penting jangan lupa topup.
Taipei Main Station sangat besar. Jadi untuk memudahkan anda nak cari surau, anda keluar sehingga jumpa jalan raya. Jangan ikut arahan di google, katanya di B1. Anda takkan jumpa, sebab kawasan tu besar. Dah jumpa jalan raya, anda buka google maps dan zoom in cari entrance M2, berdekatan dengan perhentian bas.


Dah jumpa entrance M2, turun escalator, kemudian belok kiri dan naik tangga sikit. Belok kiri lagi dan terus padang ke exit parking. Disitulah surat kecil terletak. Nak ambil wuduk kena jalan sikit ke hadapan bersebelahan dengan tandas. Ada tempat wuduk.
Permulaan, aku bergerak jalan kaki terus ke Ximen Wow Hotel untuk check-in. Tapi dalam perjalanan aku singgah dulu untuk dinner di Chang Beef Noodle. Ada rezeki masa aku datang, boleh tebus semangkuk mi daging secara percuma.
BACA : Tebus Taiwan Beef Noodle Secara Percuma
Dah selesai, aku terus perjalanan ke kawasan Ximending untuk ke hostel. Jadi hari pertama, aku bermalam di Ximen Wow Hotel. Sebuah hostel yang sangat sesuai untuk traveller terutamanya datang solo. Kawasan santai luas, ada tempat lepak, fasiliti semua cukup.
Selesai bersiap semua, aku turun ke bawah untuk nikmati hari pertama berada di Taipei seorang diri. Area Ximending ini sangat meriah setiap malam. Pada bahagian tengah-tengah kawasan, akan ada persembahan dari petang sampai malam.


Kat sini juga, anda boleh dapatkan makanan lokal, shopping dan ada juga kedai boba terkenal Xing Fu Tang. Boleh cuba. Nak sampai sini, boleh naik MRT guna Bannann Line berwarna biru dan stop di Ximen. Terus sampai.
Selain itu, antara tarikan menarik disini adalah Rainbow Road yang tertulis dengan perkataan Taipei. Orang kata kalau dah sampai Taipei tak bergambar disini memang tak sah la. Jangan risau, walaupun crowded, tapi bahagian ini memang diberi ruang untuk orang ramai bergambar dengan tenang. Malam-malam tiada kereta disini, siang sahaja dibuka kepada kereta untuk lalu.


Selesai disitu, anda juga boleh pergi ke satu lagi tarikan menarik iaitu di Red House, tidak jauh daripada Rainbow Road. Ianya sebuah teater atau panggung. Aku datang malam dah tutup, jadi bergambar daripada luar sahaja.
[Cara Pergi]

Naik Bannan Line (Biru) atau Songshan-Xindian Line (Hijau) dan berhenti di stesen Ximen
Day 2 (28 November 2023 - Selasa)
[Taipei Municipal Stadium > Taipei Botanical Garden > Master Fried Chicken > Chiang Kai-Shek Memorial Hall > Daan Park > Taipei Grand Mosque > Taipei 101 > Elephant Mountain > Muslim Beef Noodle > Shiling Night Market]
Masa musim autumn, subuh masuk jam 4.30 pagi. Jadi pukul 5.00 dah terang. Tapi kebanyakkan tempat operasi bermula 9.00 pagi. Jadi aku decide untuk ke Taipei Municipal Stadium dulu untuk penuhi hajat kalau Malaysia menang lawan Chinese Taipei, aku bergambar disana. Dan yes, aku berjaya sampai. Tapi bergambar kat luar je la.

Then singgah di Taipei Botanical Garden sekejab sementara tunggu kedai Master Fried Chicken buka. Sini ada satu kawasan bunga teratai, tapi dah mati semuanya. Selain itu, kawasan yang nyaman untuk lepak kat sini.

Dah setel sini, terus take-away Chicken Breast. Harga $129 tapi dapat besar gila ayam. Macam ayam gunting tapi tidak dipotong dan kerak pun tak tebal. Isi semata-mata. Bawa terus ke Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Kat sini aku lunch bawah pokok sementara tunggu guard ceremonial yang berlangsung setiap jam.
Kawasan yang sangat luas mata memandang. Ada 4 biji bangunan tersergam dan besar gila iaitu pintu gerbang, 2 hall dan memorial hall. Nak tengok upacara pertukaran penjaga boleh pergi ke memorial hall. Kena panjat tangga dulu la tapi. Upacara ambil masa 10 minit sahaja. Kat sini semua masuk percuma sahaja.



Aku tak pasti macam mana orang pergi masa musim panas kat sini. Basah tiak weh. Nasib baik aku pergi autumn. Masa tu suhu lebih kurang 23°C. Just nice je berangin sejuk. Boleh berlari-lari dan lepak sangat kat sini.
Sebelum ke destinasi seterusnya, aku pulang ke hostel untuk check-out dan terus ke penginapan kedua di NYS Loft Hotel, berdekatan dengan Taipei Main Station. Tapi sebab tak boleh check-in lagi, aku drop luggage dulu dan sambung semula perjalanan.
Aku terus ke Taipei Grand Mosque untuk solat jamak asar-zohor. Nak pergi sini, naik Tamsui-Xinyi Line (Merah) dan turun di Daan Park. Keluar stesen, lepak dulu di taman sini sebelum masuk asar. Nak jumpa komuniti kecil muslim, boleh datang sini. Kat sini juga ada kedai halal Indonesia iaitu Royal Cafe & Restaurant.

Dah siap membuang dan solat semua, gerak pula ke Taipei 101 iaitu mercu tanda Taiwan yang paling tinggi sekali. Pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dan kini hanya mendudukan tempat ke-11 sahaja.
Kalau nak shopping di butik, kat sini bahagian bawah ada shopping mall. Kalau nak naik atas, disarankan untuk beli tiket di Klook (tengok sini) lebih murah. Tak sampai RM100 pun. Kalau beli walk-in mahal sikit. Tapi aku taknaik lah. Bergambar dari bawah je. Kat sini juga ada ikonik Love, boleh juga bergambar. Aku just sempat singgah di Apple Store sahaja, cuci mata.

Dah selesai sini, aku terus ke Songshan untuk mendaki Elephant Mountain. Kalau tadi tengok dari dekat, kini aku nak tengok pemandangan Taipei 101 dari tempat yang sesuai untuk melihat dengan mata kasar. Tapi azab dulu la, kena mendaki tangga.
Pendakian ambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke check-point kedua yang aku rasa sudah cukup baik untuk lihat keindahan Taipei City bersama Taipei 101. Kalau rasa penat sangat, check-point pertama pun dah ok. Tapi yang kedua, lagi ok. Atas lagi aku taknaik, sebab tak larat dah.




Cadangan aku, naik sebelum matahari terbenam. Boleh tengok transisi dari petang ke malam. Cantik gila. Boleh tengok matahari terbenam juga. Sebaiknya bawalah bekalan sikit, takut pengsan je penat mendaki. Drinking water ada di check-point kedua. Untuk aku yang bukan kaki hiking ni, mencabar juga la. Lagi pula dah berjalan dari pagi. Nasib baik berjaya juga.
Masa naik balik untuk ke MRT, aku sarankan ikut jalan ini untuk dapatkan view Taipei 101 cantik diantara celah-celah bangunan. Masa nak balik pun, memang boleh nampak pencakar langit ni dari jauh, cantik gila.
Sebelum pulang, singgah di Muslim Beef Noodle Restaurant dulu. Sekali lagi, aku claim mi daging secara percuma. Bersebelahan sahaja dengan Chang Beef Noodle. Pendapat peribadi, rasa sama je, tapi daging di restoren Chang lebih lembut.
BACA : Tebus Taiwan Beef Noodle Secara Percuma
Kemudian terus ke NYS Loft Hotel untuk check-in. Kali ni aku pilih single room pula. Dapat duk bilik seorang. Tapi tandas masih kongsi. Sebenarnya aku lebih minat jika ada privasi macam ni berbanding duduk hostel dalam dorm. Terserang preference masing-masing kan.
Dah bersihkan diri, solat semua, keluar semula untuk ke Shiling Night Market. Antara pasar malam yang terbesar di Taipei City ni. Tujuan memang datang untuk cuci mata sahaja. Tiada makanan certified halal disini. Jadi nak makan atas risiko sendiri. Selain itu, ada juga jualan cenderhati dan mainam tikam. Kita datang tengok je lah.

Selesai untuk hari kedua...
[Cara Pergi]

Kesemua lokasi aku pergi ni sama ada jalan kaki atau naik RTM sahaja. Ianya diasingkan dengan warna bagi setiap line. Lebih mudah berbanding Korea. Tidak terlalu dalam ke bumi. Tidak terlalu sibuk. Yang penting follow je google maps, terus sampai.
Day 3 (29 November 2023 - Rabu)
[Yehliu Geopark > Jiufen Old Street > Shifen Sky Lantern > Shifen Waterfall > Raohe]
Sebab hari kedua tu dah penat dan jalan sampai 70,000 steps, dekat 30km. Untuk hari kedua, aku plan nak naik bas pula untuk join day-tour iaitu pergi ke Yehliu, Jiufen dan Shifen. Lokasi menarik yang keluar sikit daripada Taipei City. Jadi aku naik bas seperti yang telah disediakan.
Untuk trip ni, aku beli siap-siap di Klook SINI atau KKDay SINI. KKDay lebih murah, sebab tak boleh refund. Kalau Klook boleh refund atleast 24 jam sebelum. Ini juga antara lokasi menarik kalau datang ke Taiwan.
BACA : Yeliou, Jinguashih, Juifen and Shihfen Join Day Tour
BACA : Yehliu Geopark, Jiufen, Shifen, and Golden Waterfall Night Tour
BACA : Nostalgic tour of Pingxi & Shifen & Jingtong Old Street

Aku gerak naik bas yang disediakan jam 7.30 pagi daripada Taipei Main Station. Terus ke Yehliu Geopark. Ambil masa 30 minit perjalanan. Kat sini, kena beli tiket, samada secara walk-in atau beli di Klook pun boleh sehari sebelum.
Di Yehliu Geopark ini, anda boleh lihat batu-batu yang terbentuk daripada hakisan air laut secara semula jadi. Paling terkenal adalah bentuk batu Queen's Head. Datang memang untuk bergambar je lah. Selain itu, ada bentuk kura-kura, bentuk hati, burung, drumstick, gorilla dan banyak lagi. Aku suka serius.


Dah selesai sini, terus bergerak ke Jiufen Old Street iaitu sebuah penempatan lama dan juga bekas lombong emas satu masa dahulu. Sini pun kena panjat tangga sikit sebab ianya berada di lereng bukit. Sakit kaki semalam, masih terasa beb.
Kat sini macam-macam ada, dan paling best boleh try pelbagai makanan lokal dan taiwan tea. Cuba la mana yang bagi free tu. Selain itu, ada juga kedai-kedai cenderahati. Boleh beli sini, tidak terlalu mahal. Boleh beli mana yang suka. Sebelum pulang, kena cari spot terpenting iaitu berdekat dengan Amea Tea House. Kat sini boleh tangkap gambar. Ianya berdekat dengan tugu pekerja lombong emas.
Cadangan aku, kalau ikut trip yang sama. Anda boleh solat disini, tapi tempat terbuka la. Sebab kat sini ambil masa 2 jam. Jadi anda boleh turun lebih awal dan solat siap-siap. Kat sini tiada surau, yang ada hanya di Yehliu Geopark tadi. Bawalah sejadah travel. Selain itu, kat sini juga tiada makanan halal, cadangan boleh beli onigiri di 7-eleven. Beli perisa seafood.


Dah selesai disini, bergerak pula ke Shifen Sky Lantern. Kat sini ada 2 tarikan menarik iaitu aktiviti terbangkan tanglung ke udara dan juga lihat lintasan kereta api lama di laluan sini. Antara tempat wajib bila datang Taiwan.
Untuk sky lantern, kena keluarkan duit sendiri lah. Tak mahal pun rasanya, lebih kurang $200 sahaja. Boleh tulis harapan di lantern tersebut dan terbangkannya. Sekadar untuk hiburan sahaja dan bukanlah sebagai kepercayaan. Tempat yang crowded tapi nice.

Tanglung yang berterabangan aku boleh tengok macam small hot air ballon pula. Terbang beberapa minit dan akhirnya jatuh ke tanah. Ada yang masuk dalam hutan, ke sungai, jalan raya dan sebagainya. Tapi ada pihak yang menguruskan untuk kutip semua-semua tanglung yang menjadi sampah tersebut.
Dah puas tengok sky lantern dan lintasan kereta api, bergerak ke destinasi terakhir yang tak jauh daripada kawasan tersebut iaitu Shifen Waterfall. Masuk adalah percuma, air terjun tidaklah terlalu tinggi tapi macam cantik.

Sampai sini aku dah barai penat gila. Tak bersemangat untuk ambil gambar. Sekadar nikmati pemandangan daripada jauh dan perhatikan keindahakn waterfall sahaja. Air terjun yang berani dan tidak pernah putus untuk turun ke bawah.
Lebih kurang pukul 4.00 petang, barulah kami semua dibawa pulang ke Taipei City semula. Perjalanan ambil masa 1 jam dan sampai pukul 5.00 petang. Jadi masih ada masa untuk bergerak ke destinasi yang seterusnya.
Inilah destinasi terakhir aku selama berada di Taiwan iaitu Raohe Night Market. Juga antara yang terbesar pasar yang ada di Taipei. Masih sama, tiada makanan halal yang aku boleh makan. Jadi sekadar cuci mata sahaja.

Selesai semua disini, aku pulang dan singgah di Ximending Street semula untuk cuba boba Xing Fu Tang. Selain itu, aku juga shopping snack halal di Cherry Grandfather untuk bawa pulang. Aku beli noughat boba milk tea dan mochi mixed flavoured.



Pulang ke hotel dan nikmati hari-hari terakhir bersama maggi untuk dinner. Cuaca sejuk diluar, makan maggi panas-panas dalam hotel sambil layan Squid Game The Challenge. Memang syahdu beb. Sedih pula nak tinggalkan Taipei ni.
Cadangan untuk day-tour!
Secara peribadi, Yehliu Geopark kena pergi waktu pagi, untuk elak orang ramai. Kemudian Jiufen Old Street kalau lagi cantik pergi waktu petang nak ke malam. Sebab situ banyak tanglung dan malam akan warna merah situ, sangat cantik.
Untuk Shifen sebenarnya kalau tak pergi pun ok. Kalau nak pergi pun untuk sky lantern je, waterfall tu tidaklah terlalu menarik. Waktu anytime. Itu sebagai cadangan. Kalau nak pergi tour bahagian malam, boleh beli trip di Klook yang INI.
[Cara Pergi]

Day-tour pergi dengan tour guide naik bas. Sebenarnya anda boleh pergi sendiri je naik bas biasa dan teksi.
Day 4 (30 November 2023 - Khamis)
[Taoyuan International Airport Terminal 1]
Untuk hari terakhir, flight balik adalah pukul 3.50 petang. Jadi aku kena sampai ke airport sekurang-kurangnya pukul 1.50 petang. Perjalanan dari Taipei City ambil masa 1 jam. Nak pergi ke stesen Airport MRT ambil masa 30 minit. Aku ambil keputusan pukul 10.00 pagi dah keluar hotel. Tiada aktiviti lain pada hari terakhir

Alhamdulillah segala urusan check-in luggage dipermudahkan. Solat zohor-asar di airport berhadapan gate M3. Boarding di gate M6. Jenuh juga lah bergerak. Akhirnya pulang ke Malaysia dalam waktu yang ditetapkan
Pengalaman Solo Travel Dan Bercuti Di Taipei, TaiwanAku dah simpan hajat untuk solo travel ke luar negara dah lama, tapi tidak terfikir langsung untuk singgah di Taiwan. Aku rasa mungkin akan pergi sekitar Asia Tenggara sahaja seperti Hatyai, Jakarta, Ho Chi Minh dan yang berdekatan. Alhamdulillah aku sampai ke Taipei, Taiwan.
Walaupun bahasa disana sepenuhnya bahasa mandarin, tetapi singboard semua masih ada beberapa pilihan english dan ada juga beberapa tempat disediakan bahasa Melayu dan Indonesia terutamanya ketika nak topup Easy Card. Memudahkan.
Pengangkutan sangat efficient. Tak perlu tunggu lama untuk train sampai. Tak perlu terlalu banyak berjalan untuk sampai ke stesen. Rasanya paling dalam pun 3 tingkat sahaja kecuali Taipei Main Station. Jadi tak penat sangat berjalan.

Aku dah tekad kalau pergi luar negara, cuba jangan pergi waktu musim panas. Di Malaysia dah panas, kita keluar negara nak juga musim sejuk. Alhamdulillah, setakat ini negara 4 musim yang aku pergi, semua datang musim sejuk.
Untuk keselamatan, di Taipei ini selamat untuk solot travel atau wanita.  Aku ada jumpa seorang perempuan solot travel juga. Rileks je. Tiada perkara yang pelik pun berlaku. Bandar bersih. Orangnya pun tak cara ke orang lain. Tapi pernah ditegu oleh aunty dalam MRT, tanyakan nak pergi mana. Tapi macam biasalah, komunikasi bagai ayam dan itik. Masing-masing tak faham.
Untuk kos, sebenarnya sedikit mahal tapi tidaklah terlalu mahal. Kebanyakkan barang harga $100 atau RM15. Jadi kalau nak jimat, kena plan daripada awal. Nak jimat bahagian makan ke, penginapan, shopping dan sebagainya.

Overall sebenarnya Taiwan ni kaya dengan alam semula jadi. Mereka banyak national park. Kalau diberi kesempatan untuk datang lagi, aku nak pergi ke Taroko National Park, Sun Moon Lake, Yangminshan National Park dan bahagian selatan, Kaohsiung.
Untuk yang berhajat datang ke Taiwan, sangat disarankan. Banyak tempat best, orangnya baik-baik, negara bersih, pengangkutan terbaik, makanan halal pun dah banyak dan yang penting nak masuk negara ini mudah sahaja. Tidak terlalu ketat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2023/12/itinerari-trip-ke-taipei-taiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Setiap Tahun Ada Sambutan Black Friday Black Friday Itu Hari Apa Sebenarnya

Kenapa Setiap Tahun Ada Sambutan Black Friday Black Friday Itu Hari Apa Sebenarnya

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 246 hits
Apabila menjelang akhir tahun hampir semua jenama dan kedai mula melaksanakan jualan penghabisan stok dengan diskaun sehingga 70 peratus Orang ramai menganggap ini sebagai waktu yang sesuai untuk membeli belah barangan dalam jumlah besar se...
Wali Kota Pasuruan Kukuhkan Pengurus One Pesantren One Produk Tahun 2023 2026

Wali Kota Pasuruan Kukuhkan Pengurus One Pesantren One Produk Tahun 2023 2026

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 143 hits
Gus Ipul mengukuhkan Tim Penguatan dan Pengembangan Program OPOP Kota Pasuruan masa bhakti tahun 2023 2026
Kapolri Pastikan Beri Pelayanan Terbaik Amankan Natal 2023 Dan Tahun Baru 2024

Kapolri Pastikan Beri Pelayanan Terbaik Amankan Natal 2023 Dan Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 248 hits
Kapolri meminta seluruh personel untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap potensi bencana alam yang sewaktu waktu bisa terjadi bahkan di tengah momen Nataru
Akhir Tahun 2023 Bakal Berlabuh Tirai

Akhir Tahun 2023 Bakal Berlabuh Tirai

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 309 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat blogger Disember 2023 sudah menjelma Ia memberi alamat tahun 2023 bakal berlalu dan tahun 2024 bakal menjelma Sahabat sahabat semua sebelum Disember ini berlalu mari kita singka...
5 Video Muzik Paling Popular Di Dunia Pada Tahun 2023

5 Video Muzik Paling Popular Di Dunia Pada Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 255 hits
Hello guys Bila berbicara tentang YouTube pasti semua orang kenal bukan Baiklah Untuk pengetahuan pembaca laman web YouTube com telah didaftar pada 15 Februari 2005 Jadi sudah 18 tahun laman web YouTube com telah wujud di dunia ini nbsp Lam...
Update Ranking Fifa Malaysia Terkini Tahun 2023

Update Ranking Fifa Malaysia Terkini Tahun 2023

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 215 hits
Khas kepada peminat bolasepak Malaysia berkenaan ranking FIFA terbaru kami update dari semasa ke semasa Skuad harimau Malaya kini berada di landasan yang baik dan menunjukkan prestasi pasukan yang cemerlang berhadapan dengan pihak lawan Den...
Aktiviti Majlis Konvokesyen Ulang Tahun Ke 15 Akademi Diyana Tahun 2023 Ppim 25 11 2023

Aktiviti Majlis Konvokesyen Ulang Tahun Ke 15 Akademi Diyana Tahun 2023 Ppim 25 11 2023

papar berkaitan - pada 25/11/2023 - jumlah : 203 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri jemputan ke Majlis Konvokesyen Ulang Tahun Ke 15 Akademi Diyana Tahun 2023 di Roof Garden Hotel Bukit Jelutong Selangor anjuran Akademi Kecantikan Artstik Diyana Akademi Diyana menyediakan la...
Sunway Putra Hotel Sambut Kemeriahan Hari Krismas Dan Tahun Baru Dengan Tema It S A Claus For Celebration

Sunway Putra Hotel Sambut Kemeriahan Hari Krismas Dan Tahun Baru Dengan Tema It S A Claus For Celebration

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 285 hits
Musim perayaan tiba sekali lagi ditandai dengan keharuman roti halia yang menyelerakan kehangatan tumbukan epal yang direnung senyuman menular kanak kanak apabila melihat Bapa Krismas dan kegembiraan murni yang terpancar dari keluarga sambi...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa