Ulasan Realme 6 Kombinasi Skrin Laju Dan Pemproses Padu Pada Harga Mampu



Realme nampaknya bukan lagi satu nama asing dalam industri telefon pintar. Meskipun usianya masih terlalu muda, namun Realme telah muncul dengan pelbagai penawaran telefon pintar terbaik bersama spesifikasi seimbang untuk pelbagai kategori – termasuk peranti kelas asas sehingga peranti kelas mercu. Realme juga hingga kini cukup terkenal dengan penawaran telefon pintar pada harga mampu milik.
Terkini, Realme nampaknya sekali lagi bakal mencetuskan fenomena baru dalam industri telefon pintar menerusi kemunculan Realme 6.
Kemunculan kali ini pastinya lebih mencuri perhatian ramai memandangkan terdapat peningkatan serta pembaharuan ketara untuk beberapa ciri utama berbanding pendahulunya, Realme 5 Pro (seperti mana yang dirujuk oleh Realme). Persoalannya, adakah ia adalah peranti yang mampu menepati keperluan dan kehendak pengguna? Bagi menjawab persoalan yang tersimpul di benak fikiran, ini adalah artikel ulasan penulis selepas berkesempatan mencuba peranti.
SpesifikasiRealme 6Skrin6.5″, FHD+, 405ppi,
IPS LCD, 90HzPemprosesMediaTel Helio G90TCip2 x 2.05 GHz Cortex-A76
6 x 2.0 GHz Cortex-A55Cip GrafikMali G-76 MC4RAM4. Gigabyte LPDDR4xMuatan Dalaman128 Gigabyte UFS 2,1Kamera Utama64MP f/2.4 (utama) + 8MP (sudut lebar
+2MP (Makro) + 2MP (kedalaman)Kamera Depan16 Megapixel f/2.oBateri4300mAh – Pengecasan pantas 30WSIM/TelefoniDwi SIM Nano (Talam Hibrid)NFCYaInfra MerahTiadaKalis AirKalis percikanSistem ImbasanCap jari sisi perantiHarga JualanRM  999Berdasarkan binaan fizikal peranti, Realme 6 disertakan skrin bersaiz 6.5” bersama resolusi Full HD+ (2340 × 1080). Panel yang digunakan adalah berasaskan IPS LCD dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dan kepadatan piksel pula sebesar 405 ppi. Ia agak menarik kerana peranti ini merupakan yang pertama dihadirkan dengan sokongan kadar segar semula berkenaan untuk segmen kelas pertengahan.
Tidak ketinggalan, paparan Realme 6 turut dilapisi kaca perlindungan kalis calar, Corning Gorilla Glass bertujuan mengurangkan kadar calar pada skrin. Pun begitu, anda disarankan agar menggunakan pelindung skrin telefon pintar  untuk lebih selamat.
Realme 6 juga diperkasa dengan cip pemproses MediaTek Helio G90T seperti Redmi Note 8 Pro. Sedia maklum, cip pemproses ini dibina berasaskan teknologi 12nm dan berfokuskan untuk menjadi pengalaman permua yang menyeronokkan. Selain itu, MediaTek Helio G90T turut dibantu oleh GPU ARM G76 dan menggabungkan CPU serta GPU dengan teknologi permainan HyperEngine.
Untuk memori, Realme 6 dibekalkan dengan 6GB RAM LPDDR4x dan storan sehingga 128GB UFS 2.1. Realme 6 turut menyertakan sokongan kad microSD sehingga 256GB.
Beralih kepada tetapan kamera, Realme 6 menyertakan kuad-kamera utama dengan gabungan lensa 64MP (utama) + 8MP (sudut lebar) + 2MP (monokrom) + 2MP (makro). Kamera 8MP pada Realme 6 boleh memperluaskan perspektif pandangan sehingga 119 darjah dengan hanya satu klik. Untuk kamera swafoto, peranti ini menyertakan lensa tunggal sebesar 16MP. Lensa ini ditempatkan di dalam lubang skrin pada bahagian kiri atas paparan hadapan.
Berbanding pendahulunya, Realme 6 menerima peningkatan dari segi kapasiti bateri iaitu sebesar 4,300mAh. Realme 5 Pro sebelum ini hanya menyertakan bateri berkapasiti 4,035mAh. Menariknya lagi, Realme 6 turut disertakan sokongan pengecasan pantas, Flash Charge 30W melalui USB-C. Realme mendakwa peranti ini boleh dicas penuh dalam kurang satu jam.
RekabentukDari pandangan penulis, penampilan fizikal memiliki perubahan drastik dan lebih mengujakan. Memang cukup berbeza dengan gaya rekaan yang diberikan Realme pada model terdahulu. Malahan, penulis berpendapat ia boleh dikategorikan sebagai terbaik dan muncul terunggul dalam kelasnya sekaligus menarik perhatian setiap mata yang memandang.
Perubahan paling ketara pada model kali ini adalah rekaan bertakuk digantikan dengan lubang pada skrin untuk menempatkan kamera hadapan. Seterusnya adalah sokongan pengimbas cap jari dipindahkan pada sisi peranti yang bergabung dengan butang kuasa. Jelasnya, ia bukanlah sesuatu yang mengikut trend semasa kerana fungsi ini telah agak lama diguna pakai secara meluas oleh beberapa pengeluar lain seperti Huawei dan Sony.
Satu lagi peningkatan ketara untuk model ini adalah sokongan kadar segar 90Hz yang mana sepatutnya menjanjikan pengalaman penggunaan lebih baik berbanding Realme 5 dan Realme 5 Pro.
Realme 6 dilihat menampilkan panel skrin hadapan dengan bezel di sisi dan atas yang disusun sekata sekaligus menjadikannya seimbang. Cuma sayangnya, dagu peranti kelihatan sedikit tebal dan paparan kelihatan sedikit tersembul keluar daripada panel belakang. Tapi, ia masih boleh diterima.
Peranti ini mempersembahkan paparan yang kelihatan memuaskan dan tajam. Skrin ini juga dilihat berupaya memaparkan warna yang hidup bersama darjah pandangan yang baik. Ia juga memberikan penggunaan visual yang baik terutamanya ketika melihat imej, menonton video dan menjalankan permua. Tidak ketinggalan, paparan ini didatangkan dengan fungsi yang membolehkan pengguna menukar suhu warna panel. Tetapi, agak mengecewakan apabila penggunaan di bawah sinaran matahari yang terang menjadikan paparan agak sukar untuk dibaca.
Walau bagaimanapun, tidak ada peranti yang sempurna, walaupun kecil pasti ada celanya. Penulis kurang senang dengan kewujudan ‘lubang hitam’ ini kerana ia agak mengganggu paparan terutamanya ketika menonton kandungan video dalam mod skrin penuh.
Menyentuh mengenai binaan bingkai, Realme menggunakan kemasan aluminium bagi memastikan pengalaman penggunaan peranti dengan struktur yang kukuh. Susun atur butang standard pada peranti masih sama seperti pendahulunya. Butang kuasa ditempatkan pada sisi kanan – juga boleh digunakan sebagai pengimbas cap jari. Manakala, butang laras suara dan talam SIM terletak pada sisi kiri. Kesemua butang ini direka dengan kedudukan ergonomik dan mudah dicapai.
Seterusnya bicu audio 3.5mm, 2 lubang kecil untuk mikrofon, port pengecasan USB-C dan pembesar suara mono diselitkan pada bahagian bawah peranti. Tidak banyak yang hendak dikomen mengenai pembesar suara ini, secara keseluruhannya ia memberikan pengalaman memuaskan dengan aras suara yang boleh dipuji.
Binaan belakang peranti juga telah dinaik taraf. Di mana daripada rekaan ‘Diamond Cut’ dan ‘Sunrise Design’, Realme kini memperkenalkan kemasan serba baharu dikenali sebagai ‘Comet’. Ia merupakan kemasan warna cerun dengan hiasan coretan cahaya unik pada panel belakang yang berpusat daripada bawah peranti.
Rekaan ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Comet White dan Comet Blue. Panel belakang diperbuat daripada plastik, namun ia tidak terasa “murah” sama sekali. Pun begitu, kemasan ini menimbulkan rasa kurang senang kerana ia mempunyai masalah berkaitan kotoran kesan cap jari yang terlihat mudah melekat. Masalah ini boleh diatasi dengan penggunaan sarung pelindung yang tersedia di dalam kotak pembungkus.
AntaramukaRealme 6 menggunakan antaramuka Realme UI berasaskan Android 10 yang didatangkan secara terus daripada kotak. Ia merupakan model kedua selepas Realme C3 yang ditanam dengan antaramuka baharu ini. Berbeza dengan ColorOS, antaramuka realme UI menawarkan penambahbaikan bersama pelbagai ciri mesra pengguna. Realme UI juga membawakan lebih banyak kesan visual termasuk warna sistem, ikon, imej latar belakang dan animasi yang baru. Peranti ini turut didatangkan dengan beberapa aplikasi gendut terpasang, namun kebanyakannya boleh dinyahpasang. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong beberapa fungsi menarik seperti:
Dark Mode – Sokongan mod tema gelap secara terbina dengan kemasan hitam yang sangat seimbang. Mod ini turut tersedia untuk aplikasi pihak ketiga
Focus Mode – Sama seperti Zen Mode pada OnePlus, ia mengehadkan penggunaan aplikasi pada peranti. Bantu pengguna memberikan tumpuan (bermeditasi) yang penuh kepada tugasan tanpa gangguan.
Dual earphones – Sokongan untuk sambungan dua fon telinga – anda boleh mendengar muzik melalui dua peranti secara serentak.
Three-finger Screenshot Gesture – Gunakan 3 jari untuk membuat tangkapan layar. Anda boleh menekan, menahan dan meleret ke bawah dengan tiga jari untuk menangkap bahagian skrin dipilih.
Personal Information Protection – Pelindungan tambahan untuk maklumat peribadi – termasuk sejarah penggunaan, kenalan, mesej dan sebagainya.
Icon Customisable – Kebebasan mengubah gaya ikon mengikut keselesaan penggunaan

Untuk makluman, penulis merupakan pengguna model Realme 3 Pro yang dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 6 sebelum ini. Tetapi tidak lama kemudian, realme telah mengedarkan kemas kini realme UI berasaskan Android 10 untuk Realme 3 Pro. Banyak perubahan ketara yang berlaku pada kemas kini terbaru ini terutamanya pada gaya susun atur dan visual.
Sepanjang penggunaan, penulis mendapati ia terasa stabil dan tiada sebarang masalah berat yang ditemui. Sejujurnya, penulis berpendapat Realme UI kelihatan lebih baik berbanding ColorOS 6. Animasi kelihatan lebih canggij dengan keupayaan lebih responsif berbanding sebelum ini. Panel pemberitahuan juga kelihatan lebih menarik dengan warna latar lebih baik, jika nak dibandingkan dengan warna kelabu sebelum ini.
Tidak seperti pendahulunya, kemas kini terbaru ini juga proses membalas ‘chat’ dilakukan secara terus melalui panel pemberitahuan. Menariknya lagi, binaan ikon terlihat sedikit kecil dan menarik yang mana ia boleh diubah suai mengikut kesesuaian menerusi tetapan. Aplikasi kamera pada Realme UI juga lebih mudah untuk diakses – dengan ketersediaan lebih banyak tetapan menarik.
KameraSeterusnya, Realme 6 dilengkapi empat kamera utama dengan penggunaan sensor Samsung GW1 64MP (f/1.75) pada lensa utama, 8MP (f/2.4) lensa sudut lebar, 2 MP (f/2.4) B/W lensa kedalaman dan 2MP (f/2.4) lensa makro (panjang fokus 4cm). Kamera hadapan pula menyertakan lensa tunggal sebesar 16MP. UI kamera kelihatan sama sahaja seperti sebelumnya dan penulis tidak menemui sebarang masalah dalam mengakses mod tetapan yang tersedia. Kamera ini turut menggunakan teknologi AI bertujuan mengesan subjek secara automatik sekaligus menjadikan gambar lebih menarik.
Penulis mendapati gabungan kamera ini menyampaikan penghasilan gambar yang baik dalam pelbagai senario berbeza – termasuklah dalam persekitaran pencahayaan yang rendah. Kamera juga berupaya mengalihkan fungsi HDR secara automatik jika perlu (boleh dinyahaktif menerusi tetapan). Hasil gambar yang diambil menerusi lensa 64MP terlihat memberi kemasan tajam bersama struktur terperinci. Kemasan warna juga dilihat menyerlah dengan kontras yang baik sama seperti dunia nyata.
Apabila HDR dan Chroma Boost diaktifkan, gambar kelihatan lebih cerah dengan efek warna yang tepu. Bagaimanapun, hasil gambar tanpa pengaktifan Chroma Boost nampak semula jadi. Walau bagaimanapun, ada kalanya hasil penggambaran malam dilihat tidak memuaskan kerana ia penuh dengan hingar dan butiran sedikit lari. Lensa sudut lebar pada Realme 6 boleh memperluaskan perspektif pandangan sehingga 119 darjah. Ia amat berguna terutama untuk menangkap gambar landskap. Seterusnya, tidak banyak yang boleh dikomen mengenai lensa makro pada peranti ini – Cuma sayangnya ia tidak mempunyai fungsi autofocus. Pun begitu, ia berjaya mengambil gambar dengan baik.
Kamera hadapan pula, gambar yang dihasilkan kelihatan memuaskan. Tetapi, penghasilan gambar pada wajah nampak sedikit lembut meskipun fungsi kecantikan dimatikan. Untuk video, Realme 6 berupaya merakam video pada resolusi 4K. Sebagai bonus tambahan, kamera Realme 6 turut menyokong ciri penstabilan video daripada realme sendiri yang dikenali sebagai UIS dan UIS Max Super Video Stabilization – fungsi di mana menghasilkan rakaman terbaik meskipun ketika bergerak. Berikut adalah beberapa hasil gambar:

Penanda ArasSedia maklum, dalaman Realme 6 diperkuatkan oleh sokongan cip pemproses MediaTek Helio G90T dengan seni binaan dua teras Cortex-A76 yang mencatatkan kelajuan pada 2.05GHz dan enam teras dengan kelajuan 2.0GHz. Chipset ini dibantu dengan sokongan GPU ARM G76 dan paduan memori sehingga 8GB RAM serta ROM sehingga 128GB UFS 2.1.
Berdasarkan kepada ujian penanda aras yang telah dijalankan, Realme 6 mencatatkan skor sebanyak 285,907 mata untuk ujian Antutu. Seterusnya pada ujian Geekbench 5 pula, telefon pintar ini mencatatkan 492 markah untuk ujian satu teras manakala 1645 untuk ujian multi-teras.
Melalui cubaan pertama penulis, proses membuka dan membuat pertukaran aplikasi dapat dilakukan dengan pantas tanpa sebarang isu lengah masa. Begitu juga dengan cubaan menatal, ia dilihat menyajikan pengalaman memuaskan.
Dalam ujian dunia nyata, Realme 6 berupaya menjalankan tugasan harian dengan baik dan tidak mempunyai sebarang masalah multi-tugas. Dengan RAM sebesar 8GB,aplikasi harian seperti Facebook, Instagram serta sistem navigasi dapat digunakan dengan kepantasan yang konsisten. Penulis akui proses muat turun aplikasi juga tidak mengambil masa yang lama. Ditambah pula dengan sokongan fungsi kadar segar semula 90Hz menjadikan pengalaman menatal pada paparan terasa memuaskan.
Realme 6 benar–benar menyajikan pengalaman permua yang berbeza bersama keupayaan bermain permua cukup baik tanpa halangan. Lebih menarik, ia juga menyampaikan animasi yang kelihatan fleksibel dan ketiadaan sebarang lengah masa. Bagaimana dengan suhu? Apa yang penulis dapati, suhu peranti sedikit panas jika digunakan terlalu lama.
Ketahanan BateriRealme 6 didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,300mAh. Lebih menarik, pengecasan pantas 30W turut tersedia secara terus dalam kotak pembungkus. Dalam penggunaan dunia nyata, jangka hayat bateri pada Realme 6 berubah – ubah bergantung kepada tetapan kadar segar semula. Tidak dinafikan, ia berupaya menjana peranti dalam tempoh yang agak panjang. Malah, ia juga berjaya menepati jangkaan penulis di mana mampu bertahan lebih daripada satu hari untuk penggunaan biasa termasuk menggunakan aplikasi media sosial.
Untuk pengecasan semula, ia menggunakan port USB – C dengan teknologi Flash Charge 30W. Realme 6 mengambil masa sekitar 70 minit untuk proses pengecasan semula bermula dari tahap 0% sehingga 100%.
Audio
Bercakap mengenai pembesar suara, Realme 6 sekadar dilengkapi sistem audio mono. Untuk makluman, pembesar suara ini tidak didatangkan dengan sokongan Dolby Atmos bagi kualiti pendengaran audio yang lebih terbaik.
Setelah melalui ujian ringkas, penulis dapati kualiti audio masih boleh dipuji kerana ia memberikan kelantangan audio yang baik dan jelas. Namun begitu apabila penulis memaksimumkan tahap bunyi, audio yang terhasil agak kurang enak untuk didengar. Berita baik di sini peranti masih lagi dilengkapi bicu audio 3.5mm untuk aksesori audio berwayar.
KesimpulanRealme nampaknya terus mara ke hadapan dengan langkah berani dalam menyediakan pengalaman terbaik buat pengguna setia. Setiap perkara baru yang dibawa oleh Realme untuk model kali ini dilihat memiliki keunikan tersendiri – termasuklah daripada segi dalaman juga luaran. Realme 6 sedikit sebanyak bakal mencabar pesaing kuatnya, terutama dalam segmen peranti mampu milik di pasaran. Jadi, tidak keterlaluan jika dikatakan peranti ini bakal menjadi pilihan ramai dan antara Android terbaik pada tahun ini.
Kelebihan :
Prestasi pemproses yang baik untuk segmen kelas pertengahanKuad – kamera dengan mod penggambaran berbeza sangat berguna dalam pelbagai senarioSokongan slot kad microSD sangat praktikal bagi pengguna yang memiliki dua kad SIMPrestasi pengimbas cap jari dan pengecaman wajah boleh dipujiJangka hayat bateri yang baik dengan sokongan pengecasan pantas 30WKemasan antaramuka kemas dan teraturKekurangan
Rekaan panel belakang mudah menangkap kesan cap jari dan berisiko tinggi untuk calar (disaran sentiasa menggunakan sarung pelindung)Tiada fon telinga diberikan dengan setiap pembelian.Prestasi kamera utama menarik namun kualiti agak rendah pada mod penggambaran malam (Night mode)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2020/03/ulasan-realme-6-kombinasi-skrin-laju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apple Dijangka Perkenalkan Iphone 9 Plus Dengan Harga Mampu Milik

Apple Dijangka Perkenalkan Iphone 9 Plus Dengan Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 438 hits
Mula diumumkan sejak awal tahun mengenai rancangan Apple untuk memperkenalkan iPhone 9 sebagai pengganti iPhone SE nampaknya muncul sebuah lagi ura ura dimana Apple mungkin turut memperkenalkan iPhone 9 Plus Seperti iPhone 9 model iPhone 9 ...
Realme 6 Ditawarkan Pada Harga Rm799 Diskaun Rm200

Realme 6 Ditawarkan Pada Harga Rm799 Diskaun Rm200

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 353 hits
Realme Malaysia hari ini telah mula menawarkan Realme 6 untuk pasaran Malaysia dan menariknya untuk tempoh terhad selama 2 jam pihak Realme menawarkan telefon pintar ini dengan potongan sebanyak RM200 sekaligus menjadikan harga jualannya ad...
Redmi K30 Pro Dilancarkan Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

Redmi K30 Pro Dilancarkan Peranti Snapdragon 865 Pada Harga Amat Mampu Milik

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 260 hits
Seperti yang dijanjikan Redmi K30 Pro telah dilancarkan hari ini dan adalah peranti mercu dengan cip Snapdragon 865 yang dijual pada harga yang lebih mampu milik berbanding peranti lain di pasaran K30 Pro ialah model kemas kini kepada K20 P...
Realme 6 Dilancarkan Di Malaysia Mediatek Helio G90t Skrin 90hz Berharga Rm999

Realme 6 Dilancarkan Di Malaysia Mediatek Helio G90t Skrin 90hz Berharga Rm999

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 370 hits
Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar berspesifiaksi pertengahan mereka yang terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Realme 6 Realme 6 hadir dengan skrin 6 5 inci LCD FHD dilengkapi skrin pada kadar segar semula mencapai 90...
Bawa Hingga 6 Kamera Berapa Harga Yang Akan Dibanderol Oleh Realme 6 Series

Bawa Hingga 6 Kamera Berapa Harga Yang Akan Dibanderol Oleh Realme 6 Series

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 161 hits
Hadir sebagai penerus dari realme XT realme 6 Pro kini telah resmi menyambangi India Smartphone itu hadir secara mengejutkan sebab membawa keunggulan di bidang kamera
Farmasi Dikompaun Rm20 000 Naikkan Harga Penutup Hidung Dan Mulut

Farmasi Dikompaun Rm20 000 Naikkan Harga Penutup Hidung Dan Mulut

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR 12 MAC Sebuah farmasi di Selayang dekat sini dikompaun RM20 000 kerana menjual penutup hidung dan mulut melebihi harga kawalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna Cawan...
Kg Jkin Extreme Park Lokasi Sukan Ekstrim Dengan Harga Murah

Kg Jkin Extreme Park Lokasi Sukan Ekstrim Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 488 hits
Kg Jkin Extreme Park Lokasi Sukan Ekstrim Dengan Harga MURAH Bermula dua tahun lalu sebahagian daripada tanah berkeluasan seluas 10 ekar di Jalan Bukut Putus Lama Seremban telah dimajukan dengan projek sukan ekstrim dan resort Idea memulaka...
Mountblanc Kini Menjual Fon Telinga Mewah Pada Harga Rm 2650 Sepasang

Mountblanc Kini Menjual Fon Telinga Mewah Pada Harga Rm 2650 Sepasang

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 320 hits
Fon telinga nirwayar yang baik boleh memberikan pengalaman audio yang menjadi halwa telinga Dengan pengenalan peranti tanpa bicu audio aksesori audio nirwayar mula membanjiri pasaran bermula dari harga marhaen hinggalah harga yang merobek d...
Wamendag Sebut Sudah Amankan Oknum Yang Mainkan Harga Pangan

Wamendag Sebut Sudah Amankan Oknum Yang Mainkan Harga Pangan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 100 hits
Wakil Menteri Perdagangan Jerry Sambuaga memberikan keterangan singkat bahwa tim satgas pangan kementeriannya telah mengamankan oknum yang terduga terlibat permainan harga bahan pangan di wilayah administrasi Jakarta Barat
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih