Ulasan L Tiga Langkah Positif Muda Tinggalkan Kerajaan Anwar


malaysiakini.com
Ong Kian Ming
Diterbitkan: Sep 11
ULASAN l Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memilih untuk tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan mahupun blok pembangkang Perikatan Nasional (PN), perlu dilihat secara positif dari perspektif Kerajaan Perpaduan atas sebab-sebab berikut.

Pertama, dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selepas pemergian Syed Saddiq, kerajaan perpaduan tidak boleh lagi dijadikan tebusan oleh seorang atau dua individu untuk kelulusan mana-mana pindaan perlembagaan – seperti cadangan pindaan kepada Bahagian II Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara kewarganegaraan atau menukar bilangan kerusi parlimen yang timbul hasil daripada persempadanan semula.

Saya merujuk bukan sahaja kepada Syed Saddiq tetapi juga kepada dua ahli parlimen dari MCA, seorang ahli parlimen dari MIC, dan segelintir ahli parlimen dari parti-parti kecil di Sabah dan Sarawak, yang mungkin ingin mendapatkan habuan atau konsesi tertentu daripada perdana menteri sebagai pertukaran untuk sokongan dalam menyokong pindaan perlembagaan ini.

Sebaliknya, kerajaan perpaduan perlu mendapatkan konsensus yang meluas, baik daripada semua pihak dari dalam kerajaan perpaduan mahupun daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) mengenai perkara-perkara seperti persempadanan semula yang bermula pada 2026.

Meskipun beberapa pemimpin PN mahu pengundi di Pulai menafikan majoriti dua pertiga kepada kerajaan perpaduan untuk menghentikan mewujudkan lebih banyak kerusi parlimen dalam persempadanan semula, realitinya, PAS dan sedikit sebanyak, pemimpin Bersatu juga tidak kisah pun jika ada pertambahan kerusi parlimen di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang tidak pernah disaksikan sejak 1995.

Kedua, kehilangan majoriti dua pertiga boleh membuka pintu untuk kerajaan perpaduan supaya menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pembangkang.

Antaranya, termasuk untuk menyokong rang undang-undang kerajaan tertentu seperti Akta Pembiayaan Politik yang akan menginstitusikan peruntukan dana seimbang untuk kerajaan dan juga ahli parlimen pembangkang.
Hasil niat baik ini mungkin menyaksikan pembangkang tidak lagi membuat sebarang cubaan untuk menggantikan kerajaan menerusi cara pintu belakang atau bukan melalui pilihan raya dan juga menetapkan laluan ke arah pembaharuan yang lebih substantif yang disokong oleh kedua-dua belah pihak.

Ketiga, penjajaran baharu Muda akan menamatkan persoalan mengapa Syed Saddiq menyerang kerajaan berhubung keputusan tertentu sedangkan dia sebelum ini adalah penyokong kerajaan.

Sekarang garis politik telah dilukis, ini juga bermakna DAP tidak perlu lagi menyokong Muda seperti mana mereka menyokong Syed Saddiq di Muar semasa kempen PRU15 dan di kerusi DUN Puteri Wangsa semasa pilihan raya negeri Johor pada Januari. 2022.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Syed Saddiq dan Muda dalam usaha mereka menjadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia. Saya berharap dia dan rakan-rakannya dalam Muda dapat memainkan peranan mereka dalam menghasilkan dasar yang boleh dipercayai dan substantif tentang cara menambah baik proses kerajaan dan pentadbiran di peringkat tempatan, negeri dan persekutuan.

ONG KIAN MING adalah bekas ahli parlimen Bangi. Dia juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa era Pakatan Harapan.

Dia adalah pemegang PhD sains politik Universiti Duke, Amerika Syarikat dan pernah menjadi penganalisis dasar Sosioekonomi Pembangunan dan Penyelidikan (Sedar) dan Institut Analisis Strategik dan Penyelidikan Dasar (Insap).
Ong juga bekas perunding bersekutu untuk Boston Consulting Group–salah satu daripada tiga syarikat perunding pentadbiran global paling besar di dunia.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/ulasan-l-tiga-langkah-positif-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 364 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2023Tindakan presiden Muda itu susulan ketidakpuasan hati terhadap keputusan perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi baru baru ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka membuat pengumuman rasmi...
Gamki Nilai Positif Gugatan Batas Usia Capres Cawapres Membuka Ruang Bagi Generasi Muda

Gamki Nilai Positif Gugatan Batas Usia Capres Cawapres Membuka Ruang Bagi Generasi Muda

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 336 hits
60 persen segmen generasi muda dari jumlah penduduk Indonesia yang berusia 18 sampai 40 tahun
Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 154 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan susulan pilihan raya negeri 2023 Kenyataan itu dibuat ketika sesi dialog yang dihadiri Anwar di Universiti Teknologi Malaysia di Skud...
Gempak Ds Anwar Pmx Kamu Siapa Mahu Haramkan Calon Kerajaan Perpaduan

Gempak Ds Anwar Pmx Kamu Siapa Mahu Haramkan Calon Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 206 hits
CERAMAH MEGA MADANI PRK P 161 PULAI Bersama YAB Dato Seri Anwar Ibrahim YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi pimpinan kerajaan perpaduan Tarikh 3 September 2023 Masa 9 00 Malam Tempat Taman Rekreasi Taman Uda Utama Tampoi
Kerajaan Lulus 15 Ribu Pekerja Asing Penuhi Tiga Sektor Perkhidmatan

Kerajaan Lulus 15 Ribu Pekerja Asing Penuhi Tiga Sektor Perkhidmatan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 205 hits
Oleh Abdullah ZaidKerajaan bersetuju memenuhi permintaan tenaga kerja daripada tiga sektor perniagaan iaitu kedai gunting rambut tekstil dan kedai emas dengan meluluskan sebahagian 15 000 pekerja asing untuk berkhidmat di negara ini Perdana...
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 296 hits
BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan K...
Muda Tarik Sokongan Tak Jejas Kerajaan Cuma Ganggu Lulus Usul Kata Ahli Parlimen

Muda Tarik Sokongan Tak Jejas Kerajaan Cuma Ganggu Lulus Usul Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 257 hits
Muda berkata ia tidak akan teragak agak untuk menilai semula kedudukannya dalam kerajaan perpaduan selepas mahkamah melepaskan Presiden Umno Zahid Hamidi tanpa membebaskannya PETALING JAYA Kerajaan perpaduan tidak akan terjejas sekiranya Mu...
Dendam Ditolak Ph Punca Muda Keluar Kerajaan Kata Pemuda Amanah

Dendam Ditolak Ph Punca Muda Keluar Kerajaan Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 227 hits
Hasbie Muda berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya mahu membalas dendam selepas Muda tidak diterima menyertai PH PETALING JAYA Pemuda Amanah membidas tindakan Muda keluar blok kerajaan yang didakwa kerana presidennya Syed Saddiq Syed A...
Kerajaan Anwar Sekat Kebebasan Bersuara Rakyat Bersih Kecewa Janji Tak Ditunaikan

Kerajaan Anwar Sekat Kebebasan Bersuara Rakyat Bersih Kecewa Janji Tak Ditunaikan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 171 hits
agendadaily com13 09 2023BERSIH membidas kerajaan campuran dipimpin Anwar dan anak muridnya Zahid Langkah kerajaan campuran menyekat kebebasan bersuara rakyat adalah amat mengecewakan kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pertubuhan bu...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Berbuka Puasa 2025 Dengan Bufet Syoknya Ramadan Di New York Hotel Jb

Dapur Sambal Jb Kini Dibuka Kerjasama Istimewa Dengan Cerebral Palsy Johor Untuk Menyokong Komuniti

Your Tanks Neil Woodman Practical Fishkeeping

Understanding Sentiment Analysis In Natural Language Processing

7 Lelaki Didakwa Bunuh Tanam Rakan Dalam Kolah

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis