Kerajaan Anwar Sekat Kebebasan Bersuara Rakyat Bersih Kecewa Janji Tak Ditunaikan


agendadaily.com13/09/2023

BERSIH membidas kerajaan campuran dipimpin Anwar dan anak muridnya, Zahid.

Langkah kerajaan campuran menyekat kebebasan bersuara rakyat adalah amat mengecewakan, kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebelum ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan janji yang sebelum ini dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk menyemak dan menghapuskan akta yang disalah guna untuk menghalang kebebasan bersuara.

“Janji mereka kepada rakyat semasa PRU15 bahawa mereka mendapat undi daripada rakyat berdasarkan janji dan iltizam untuk menyemak dan menghapuskan akta-akta yang mendekam suara dan disalah guna untuk menghalang kebebasan bersuara.

“Penjajaran gabungan politik tidak seharusnya mengetepikan janji berkenaan kepada rakyat serta kami menggesa mereka menunaikan dan menegakkan janji ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH berkata, berikutan itu pihaknya menggesa kerajaan untuk menunaikan serta menegakkan janji mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, BERSIH menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba menghalang perhimpunan aman diadakan, seterusnya menafikan hak rakyat dalam Perlembagaan kerana perkara itu adalah sebahagian daripada sistem demokrasi yang berfungsi.

“Polis bertanggungjawab untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan dengan membantu perhimpunan aman dengan memastikan keselamatan peserta dan kawalan trafik.

“Kami kecewa dengan tindakan berlebihan pihak polis yang menghalang himpunan untuk menghantar memorandum oleh sekumpulan petani dan aktivis di luar Parlimen semalam.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana himpunan aman untuk menghantar memorandum kepada ahli Parlimen adalah norma demokratik yang perlu dibantu, bukannya dihalang oleh pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa penganjur perlu memohon permit lima hari sebelum tarikh perhimpunan juga adalah tidak tepat.

Katanya, menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perhimpunan itu hanya perlu memberikan notis kepada pihak berkuasa dan bukannya memohon permit atau keizinan polis seperti yang dilakukan sebelum ini.

“Sebelum ini sudah banyak perhimpunan aman diadakan termasuk BERSIH 4 dan BERSIH 5 dan ia berlangsung secara aman walaupun dengan bantuan minimum daripada pihak polis.

“Kami menggesa pihak polis untuk melaksanakan tugas mereka secara profesional dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan kepada penganjur himpunan supaya dapat melunaskan hak demokrasi mereka,” katanya.

Semalam, Ayob berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan permit bagi penganjuran perhimpunan aman ‘Gerakan Selamatkan Malaysia’ di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur yang dijadualkan diadakan sempena Hari Malaysia, Sabtu ini.

Ayob berkata, mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan perlu memohon permit sekurang-kurangnya lima hari sebelum tarikh ia diadakan.

“Perlu lima hari sebelum tarikh perhimpunan itu diadakan dan kalau diikutkan, hari ini adalah hari terakhir permohonan permit perlu dibuat,” katanya seperti dilaporkan semalam.

Sebelum ini media melaporkan perhimpunan aman bagi memulakan kempen ‘Gerakan Selamatkan Malaysia” itu akan dianjurkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN) bermula jam 2 petang, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, dilapor berkata perhimpunan itu diadakan susulan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi sebelum ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/kerajaan-anwar-sekat-kebebasan-bersuara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

Inisiatif Kemudahan Rakyat Masih Boleh Memohin Ini Janji Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 179 hits
Inisiatif kemudahan rakyat dilancarkan pada 20 Jun 2023 Setakat 25 Ogos 3 998 permohonan diterima dan 1 385 telah dikemukakan kepada PBT agensi pelaksana berkenaan untuk semakan sebelum dana disalurkan Tak pernah terjadi semenjak merdeka ke...
Gempak Ds Anwar Pmx Kamu Siapa Mahu Haramkan Calon Kerajaan Perpaduan

Gempak Ds Anwar Pmx Kamu Siapa Mahu Haramkan Calon Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 157 hits
CERAMAH MEGA MADANI PRK P 161 PULAI Bersama YAB Dato Seri Anwar Ibrahim YAB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ramai lagi pimpinan kerajaan perpaduan Tarikh 3 September 2023 Masa 9 00 Malam Tempat Taman Rekreasi Taman Uda Utama Tampoi
Pas Kecewa Dengan Kerajaan Perlis Ydp Pas Kangar Didakwa Di Mahkamah

Pas Kecewa Dengan Kerajaan Perlis Ydp Pas Kangar Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 168 hits
Yang DiPertua PAS Kangar Ustaz Yussaine Yahya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Perlis di sini Atas tuduhan menghina kuasa raja pemerintah dan badan agama Islam negeri menerusi penganjuran ceramah agama tanpa tauliah pada 30...
Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

Anwar Akui Komunikasi Kerajaan Lemah Elok Pm Ubah Seberapa Segera

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 110 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengakui terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha komunikasi kerajaan susulan pilihan raya negeri 2023 Kenyataan itu dibuat ketika sesi dialog yang dihadiri Anwar di Universiti Teknologi Malaysia di Skud...
Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

Wakil Rakyat Pakatan Desak Anwar Jelaskan Isu Zahid Di Parlimen

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 208 hits
Wakil rakyat Pakatan desak Anwar jelaskan isu Zahid di Parlimen Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Sep 2023
Ulasan L Tiga Langkah Positif Muda Tinggalkan Kerajaan Anwar

Ulasan L Tiga Langkah Positif Muda Tinggalkan Kerajaan Anwar

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 201 hits
malaysiakini comULASAN l Keputusan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih untuk tidak sehaluan dengan kerajaan perpaduan mahupun blok pembangkang Perikatan Nasional perlu dilihat secara positif dari perspektif Kerajaan Per...
Pn Anwar Pre Empting Dewan Rakyat Speaker In Calls To Debate Zahid S Case

Pn Anwar Pre Empting Dewan Rakyat Speaker In Calls To Debate Zahid S Case

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 206 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has overstepped his jurisdiction in declining to debate the discharge not amounting to an acquittal granted to Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi in Parliament said Perikatan Nasional The power to decide o...
Azalina Pm Anwar To Take Questions In Dewan Rakyat On Zahid S Dnaa Tomorrow

Azalina Pm Anwar To Take Questions In Dewan Rakyat On Zahid S Dnaa Tomorrow

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 198 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is expected to answer questions on the court decision to discharge not amounting to an acquittal the Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi in Dewan Rakyat tomorrow Minister in the Prime ...
Sekat Peruntukan Nak Dera Rakyat Ke Nak Dera Parti

Sekat Peruntukan Nak Dera Rakyat Ke Nak Dera Parti

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 233 hits
harakahdaily comSeptember 20 2023Dato Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU Menteri Besar Terengganu kesal cadangan pihak tertentu dikatakan mahu menyekat peruntukan kewangan secara terus kepada negeri negeri yang ditadbir pembangka...
1 Ringgit Berapa Rupiah Faktor Yang Mempengaruhi Implikasinya

Bagaimana Ketidakpastian Mega Cap Mempengaruhi Penurunan S P Dan Nasdaq

Wanda Hara Hadiri Kajian Hanan Attaki Pakai Cadar Berbuntut Panjang Kasusnya Dibawa Ke Jalur Hukum

Visit Peaks Of Malaysia This Merdeka Day

Mengopi Tepi Pantai Di Kopi Penunjuk Kijal Terengganu

Melaka Ke Muzium Kapal Selam Sekali Lagi

Transform Your Home With Art Placement That Speaks Volumes

Peniaga Pisang Goreng Mengaku Culik Dua Kanak Kanak Sebab Teringin Nak Ada Anak Perempuan



Kenapa Kita Gelarkan Masa Guna Istilah Second Minute Hour Day Week and Year

Biodata Ikhmal Nour Personaliti TikTok Terkenal

Apakah Fatwa Berkenaan Menanam Jambang dan Rambut Bagi Lelaki

Info Dan Sinopsis Drama Tonton Berepisod SeOfis Slot Samarinda TV3

Biodata Mek Yun Mek Kelate Personaliti TikTok Terkenal


Rasa Risau Dan Takut Terhadap Perkara Yang Masih Belum Berlaku Selalunya Adalah Berlebihan

Memahami Inflasi Dan Indikator Tren Dalam Pasar Keuangan

Lagu Tiktok Yang Viral Pada Bulan Julai 2024

Resepi Sotong Sumbat Telur

Rekomendasi 5 Aplikasi Akuntansi Terbaik Di Indonesia Tahun 2024

Maszsz Legal Bb 12 Sz Zal Kkal Kell Emelni A Legkisebb B Reket