Ulasan Filem Holmes Watson


Tahun Terbit | 2018Pengarah | Etan CohenPelakon | Will Ferrell, John C Reilly, Rebecca Hall
Kalau korang memang penggemar filem atau novel Sherlock Holmes dan memang tak suka watak ni diparodikan, maka filem ni bukan untuk korang. Yup, memang kalau fan yang mendambakan Sherlock, rasanya pasti apa yang dipersembahkan sangat menyakitkan hati dan buatkan kau rasa stress sangat. Sebab ini filem komedi yang sangat pelik dan menjijikkan, tetapi boleh layan juga kalau bosan-bosan

Holmes and Watson mungkin satu-satunya filem yang berani memparodikan Sherlock Holmes yang selama ini kita biasa lihat dalam filem bergenre penyiasatan. Kali ini Holmes yang dilakonkan oleh Will Ferrell menolak keseriusan penyiasatan dan membawa watak ini ke arah jiwa ‘mabuk ketum’ yang sungguh pelik

Aku menonton filem ini di Netflix rentetan isu filem ini yang mendapat reaksi negatif pengkritik pada tayangan awal. Memang ada kebenarannya. Filem ni, kalau kau layan kat pawagam, memang balik rumah menyesal sebulan habiskan duit beli tiket. Percayalah, ianya tidak berbaloi langsung untuk menonton filem ni di pawagam

Holmes and Watson mengisahkan bagaimana Holmes menyiasat satu kes ugutan terhadap Queen Victoria setelah satu mayat ditemui di dalam kek ketika majlis harijadi. Dari sini, filem ni bersimpang siur dengan penyiasatan yang main-main dan juga jenaka yang memang non stop tetapi tak sampai untuk buatkan aku ketawa

Yup, filem ni memang nampak jelas memparodikan 100% watak Holmes. Kalau Sacha Baron Cohen ambil watak Holmes mungkin kita akan nampak watak ini sepertimana dia mambawakan watak Borat. Tapi, disebabkan Will Ferrell mengambil peranan sebagai Holmes, watak ini nampak lebih terkawal sedikit dan masih ada sisa-sisa kekuatan jenaka. Tapi, sayangnya, Will Ferrell seakan tidak memberikan perhatian penuh kepada jiwa jenakanya

Gandingan jenaka Holmes dan Watson memang agak krik-krik. Ada sesetengah babak seakan-akan melebih-lebih dan melampau sehinggakan lawak slapstiknya nampak terlalu pelik untuk dijadikan bahan ketawa. Lakonlayar Etan Cohen juga banyak mencipta babak-babak kosong yang tidak mempedulikan naratif asal hanya untuk kepentingan komedi. Dan ianya ialah satu pembaziran

Holmes and Watson mungkin kelihatan seperti agak kurang masak mencampurkan elemen penyiasatan dan komedi. Komedinya kelihatan lebih kuah, manakala penyiasatannya pula seakan-akan main-main dan tidak penting mana. Mungkin elemen penyiasatan dan komedi seharusnya diseimbangi untuk menjadikan filem ni ada jenaka dan elemen siasat yang sempurna

Penceritaan filem ni memang ke sana ke mari, dengan pelbagai babak yang kadangkala tak masuk akal dan tak penting. Kalau nak dipotong-potong, cerita filem ni cukup ringkas dan pendek saja. Pada aku, filem ni memang untuk sesiapa yang nak faham apa itu filem yang teruk. Filem ni mendefinisikan bahawa Hollywood tidak semestinya berkualiti. Kadangkala, ada juga sampah yang hadir dalam dunia mereka untuk kita. Dan Holmes and Watson ialah buktinya

Mungkin pada sesetengah orang, filem ni mungkin boleh dilayan ringan-ringan. Pada aku, filem ni bukan untuk pencari filem yang memang nak layan filem yang berkualiti. Malah, bagi siapa yang faham kualiti filem Will Ferrell, memang korang mungkin boleh hadap dengan filem ni. Tapi, aku rasa, inilah filem Will Ferrell yang paling teruk dan buatkan aku tepuk dahi

Emmm… tapi, ending filem ni, bila fight atas Titanic tu, dan ada kemunculan Billy Zane, ok. Tu memang torbaik.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/07/ulasan-filem-holmes-watson-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Shaft

Ulasan Filem Shaft

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 307 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Tim Story Pelakon Samuel L Jackson Jessie T Usher Richard Roundtree Honestly aku sebenarnya adalah menonton filem pertama Shaft ni yang dimuat naik Netflix beberapa minggu sebelum sekuel ini diterbitkan Boleh aku k...
Ulasan Filem Spiderman Into The Spider Verse

Ulasan Filem Spiderman Into The Spider Verse

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 359 hits
Tahun Terbit 2018Pengarah Bob Persichetti Peter RamseyPelakon Shameik Moore Jake Johnson Hailee Steinfeld Semua orang tahu Sony memang bergelut untuk menggunakan watak Spider man dengan sebaiknya untuk menarik perhatian penonton Selepas dua...
Sekuel Filem Dr Strange Bermula Tahun Hadapan

Sekuel Filem Dr Strange Bermula Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 300 hits
Filem Sekuel Doctor Strange Bakal Memulakan Penggambaran Tahun Hadapan Filem Doctor Strange yang ditayangkan pada tahun 2016 lalu memiliki peminatnya sendiri Kini sekuelnya Doctor Strange 2 bakal memulakan penggambaran pada tahun depan Hal ...
Millie Bobby Brown Nafi Berlakon Dalam Filem The Eternals

Millie Bobby Brown Nafi Berlakon Dalam Filem The Eternals

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 356 hits
Semalam kami kongsikan laporan dari laman Variety mengenai penglibatan bintang siri televisyen Stranger Things Millie Bobby Brown dalam filem The Eternals Bagaimanapun pelakon tersebut hari ini menafikan terlibat dalam filem terbaru Marvel ...
Christopher Waltz Kembali Sebagai Blofeld Dalam Filem Bond 25

Christopher Waltz Kembali Sebagai Blofeld Dalam Filem Bond 25

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 334 hits
Aktor prolifik Christopher Waltz dilaporkan akan kembali membawakan wataknya sebagai Ernst Stavro Blofeld dalam filem terbaru James Bond berjudul Bond 25 Berita ini didedahkan oleh kolumnis hiburan Baz Bamigboye Ernst Stavro Blofeld merupak...
10 Filem Yang Heronya Mati Di Penghujung Cerita Spoiler Alert

10 Filem Yang Heronya Mati Di Penghujung Cerita Spoiler Alert

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 347 hits
Kebanyakan filem selalunya mengangkat seorang hero dalam sesebuah filem dan akan kekal sehingga habis walaupun pelbagai cabaran dan getir yang dilalui seoarang hero akan terselemat dari sebarang cabaran yang dilalui Tapi berbeza dengan file...
Trivia Bagi Filem Terbaru Mcu Spiderman Far From Home Best Ke Filem Ni

Trivia Bagi Filem Terbaru Mcu Spiderman Far From Home Best Ke Filem Ni

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 378 hits
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menonton satu lagi filem keluaran Marvel Cinematic Universe iaitu Spiderman Far From Home Jika anda tonton ulasan di Youtube dan membaca ulasan di mana mana blog rata rata memberikan pandangan positif t...
Filem Reboot Mortal Kombat Akan Dikelaskan Sebagai R Rated Turut Mempunyai Babak Fatalities

Filem Reboot Mortal Kombat Akan Dikelaskan Sebagai R Rated Turut Mempunyai Babak Fatalities

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 587 hits
Beberapa hari lalu filem Mortal Kombat telah mengumumkan pelakon Indonesia Joe Taslim akan memainkan peranan sebagai Sub Zero salah satu karakter terkenal dalam permainan dan filem Mortal Kombat Dalam perkembangan terbaru penulis filem Greg...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti