Ulasan Filem Spiderman Into The Spider Verse
Tahun Terbit | 2018Pengarah | Bob Persichetti, Peter Ramsey
Pelakon | Shameik Moore, Jake Johnson, Hailee Steinfeld
Semua orang tahu, Sony memang bergelut untuk menggunakan watak Spider-man dengan sebaiknya untuk menarik perhatian penonton. Selepas dua versi Spider-man yang diterbitkan, watak itu masih gagal menghidupkan dunia superhero Sony seperti apa yang dilakukan MCU. Justeru, Venom diterbitkan dan turut juga mendapat reaksi negatif dari kalangan penonton
Namun, jangan sangka Sony sudah menyerah. Kerana nampaknya, Sony sudah menemui gayanya yang tersendiri untuk membuatkan watak Spider-man lebih berbeza dari biasa. Maka, wujudlah filem Spider-man: Into The Spiderverse yang mana dihasilkan dalam bentuk animasi
Walaupun filem ini berformat animasi, penonton jangan sangka filem ni biasa-biasa. Animasi filem ni memang ohsem. Ianya dibikin seakan-akan menonton filem yang mana ditekap ke dalam cetakan komik. Warna yang digunakan pula seakan-akan kelihatan seperti warna yang digunakan pada komik dan cukup unik
Bagi yang sentiasa mengenali Spider-man dengan watak Peter Parker, pastinya Spider-man: Into The Spiderverse ialah persembahan baru dan penuh dengan tanda tanya. Apa benda pula ada banyak versi Spider-man? Dan kali ni Peter Parker jadi sidekick je dan… Spider-man yang sebenar dalam dunia ini ialah Miles Morales
Yup! Kali ni memang pengembaraannya sangat berbeza. Spider-man di dalam filem ni akan team up dengan Spider-man yang pelbagai dari dunia multiverse yang lain untuk menumpaskan KingPin yang mana telah membuka portal dunia multiverse kerana satu tujuan. Eh, Kingpin tu bukan watak jahat yang lawan Daredevil ke? Nah, ya
Aku boleh katakan filem animasi pertama untuk watak Spider-man dari Sony Pictures ini memang sangat segar dan luar biasa. Komedi dan juga dramanya berjaya digabungkan dengan baik. Memang banyak dialog yang cukup bagus untuk membuatkan penonton leka menghayati watak Spider-man kita yang baru ni.
Perkembangan watak Miles Morales dari segenap aspek berjaya dikembangkan dengan baik. Wataknya kini berjaya setanding dengan Peter Parker yang sebelum ini kita kenal dari dua buah filem. Cuma bezanya kali ini, Miles Morales berjaya mencuri perhatian dan menjadi satu lagi Spider-man yang cukup baik dalam dunianya
Terpegun dengan aspek aksi di dalam filem ni yang cukup baik. Untuk filem aksi animasi, filem ni memang cukup bagus untuk menampilkan aksi-aksi spidey yang memukau. Gabungan para Spider-man dari segenap multiverse melawan Kingpin dan juga para askarnya juga memang memukau. Apa lagi apabila melihat versi baru watak Dr. Octopus yang berbeza sungguh
Boleh aku katakana yang Spider-man: Into The Spiderverse ialah filem bukan superhero Marvel yang memang boleh korang layan dan enjoy. Korang mungkin ada persepsi negatif terhadap filem Sony Pictures kerana apa yang mereka buat dengan watak Venom dan dua versi filem Spider-man yang lalu. Tapi, ini filem, memang terbaik woih
Senang cakap, kalau korang layan filem ni, memang korang akan gelak sakan, rasa emosi dan pelbagai lagi. Ianya sebuah filem yang membuktikan yang Sony sudah menemui formula dan alasan untuk tidak menjual watak itu kembali kepada Disney. Nah, nampaknya lepas ini banyak lagilah filem animasi Spiderverse akan dihasilkan.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2019/07/ulasan-filem-spiderman-into-spider.html