Ulasan Filem Bad Boys For Life



Tahun Terbit | 2020Pengarah  | Adil dan BilallPelakon | Martin Lawrence, Will Smith
Selepas kali terakhir muncul pada tahun 2003, Bad Boys akhirnya berjaya mendapat sekuel terbaru. Ini sekaligus menyaksikan Martin Lawrence dan Will Smith bergabung sekali lagi dalam gandingan duo yang cukup serasi. Kembalinya Martin Lawrence selepas hampir 10 tahun tanpa filem baru memberikan aura yang membuatkan Bad Boys For Life wajar ditonton

Bad Boys For Life ialah filem ketiga dalam francais Bad Boys. Tapi, jangan risau, kalau korang budak millennia yang belum menonton filem pertama dan kedua, korang masih boleh hadam filem ni. Ianya dibina dengan cara yang mudah difahami dan tidak ada banyak connection kepada filem lepas kecuali beberapa watak ikonik yang muncul kembali

Uniknya filem ni ialah kita tidak lagi melihat sebuah filem dengan acuan Bay. Beralihnya kerusi pengarah dari Michael Bay kepada pengarah Nigerian, Adil dan Bilall menyaksikan ruang untuk Bad Boys berkembang dengan cara yang baru dan segar. Seharusnya apa yang dua pengarah ini bawa harus dipuji

Pengarah duo yang diberi peluang untuk membina naratif yang lebih segar, dan ianya menjadi. Filem ni ibarat sebuah filem Michael Bay yang mana ada improvement dari segi penceritaan. Semua orang tahu, Michael Bay memang kuat dalam menghasilkan babak aksi tetapi agak lemah dalam penceritaan. Di sinilah dua pengarah ini berjaya repair francais ni

Mungkin bagi yang mengharapkan filem ni dipenuhi aksi padat, korang agak sedikit kecewa. Pada permulaan filem, filem ni lebih kepada establishment dua watak ini. Fasa pertama filem dipenuhi dengan komedi yang padu, tapi less action. Babak aksi filem ni banyak dihimpunkan di fasa kedua filem

Adil dan Bilall berjaya membina aksi hebat seakan-akan kita menyaksikan Hobbs & Shaw serta francais Marvel. Aksinya memang gila dan melawan imaginasi sekali sekala. Tetapi, ianya cukup untuk menghiburkan untuk sebuah filem aksi. Memang setiap aksi yang dipaparkan memang panjang dan puas hati

Aku juga cukup kagum dengan filem ni yang cuba untuk beri homage kepada filem terdahulu. Ada beberapa syot identiti filem lama dibikin semula. Pastinya, penonton dua filem terdahulu akan mengingati dua filem terdahulu walaupun aura Bad Boys For Life sangat berbeza dari dua filem sebelum ini

Bad Boys For Life ialah sebuah filem yang berjaya survive saat filem 90an lain yang cuba dibikin semula tersungkur. Ambil contoh Men In Black International, Charlie’s Angels, semuanya gagal untuk survive bagi generasi baru.
Formula yang digunakan untuk membangunkan kisah Bad Boys For Life ternyata mampu untuk menarik penonton untuk terus terhibur. Dari generasi baru dan juga lama, Bad Boys For Life berjaya menghiburkan kesemua penonton dari segenap generasi. Ianya memang cukup baik untuk sebuah filem yang santai dan padat dengan aksi, oh, dan juga aksi ngeri

Kalau korang nak layan filem yang ada aksi, komedi dan juga babak ganas, Bad Boys For Life ialah filem selayaknya untuk korang tonton. Ianya sebuah adunan yang cukup baik. Menghiburkan dan menyeronokkan. Ternyata, nampaknya ada pengarah yang dah tahu bagaimana untuk memperbaiki kelemahan Bay.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2020/02/ulasan-filem-bad-boys-for-life-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem A Fall From Grace

Ulasan Filem A Fall From Grace

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 411 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Tyler PerryPelakon Crystal Fox Phylicia Rashad Bresha WebbIni ialah filem yang mana kalau aku cakap ianya dibikin dalam masa 5 hari untuk shooting korang pasti tak percaya Ya 5 hari untuk shooting dan bergelut deng...
Helen Ulasan Filem Malayalam

Helen Ulasan Filem Malayalam

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 477 hits
HALAMAN HIBURANREVIEW FILEM HELEN INI YANG BERLAKU KALAU KITA TERPERANGKAP DALAM BILIK SEJUK BEKU HI semua Agak lama juga saya tak review filem dan drama Dah banyak juga senarai filem dan drama yang tengah tunggu giliran untuk saya review H...
Ulasan Filem Marriage Story

Ulasan Filem Marriage Story

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 270 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Noah BaumbachPelakon Adam Driver Scarlett JohanssonOrang selalu bercerita tentang indahnya perkahwinan Indahnya bersama berdua indahnya masa romantika dan pertemuan dua hati Semua orang tahu kisah cinta yang ada di...
Bad Boys Kuasai Tangga Pertama Box Office Dolittle Gagal Menarik Penonton

Bad Boys Kuasai Tangga Pertama Box Office Dolittle Gagal Menarik Penonton

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 358 hits
Selepas 17 tahun menghilang Mike dan Marcus kembali ke layar perak dengan minggu pembukaan yang cukup sukses Filem terbaru Sony Bad Boys for Life telah berjaya meraih 68 1 juta dalam tempoh 4 hari tayangannya jauh lebih tinggi dari sasaran ...
Malaysia Has Suspended All Visas For Tourists From Wuhan And Surrounding Hubei Province

Malaysia Has Suspended All Visas For Tourists From Wuhan And Surrounding Hubei Province

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 401 hits
There are currently 4 409 confirmed cases of the 2019 novel coronavirus in China alone small Cover image via Bernama via New Straits Times small The Prime Minister s Office has temporarily suspended tourist visas for Chinese nationals in Wu...
How To Install Lineage Os 15 For Leeco Le Pro 3

How To Install Lineage Os 15 For Leeco Le Pro 3

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 240 hits
Post Last updated on 4th December 2017 Updated new download link with some Bug Fix Now Download the latest OS 15 For Le Pro 3 which has fixed bugs and improved performance and stability EnjoyFinally A Good news for all Le Pro 3 users Now yo...
Coronavirus Singapore Confirms Fifth Case Test Results For 57 Others Still Pending

Coronavirus Singapore Confirms Fifth Case Test Results For 57 Others Still Pending

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 395 hits
Singapore s Health Ministry confirms its fifth imported case of the novel coronavirus on Monday In its latest update the ministry said the fifth case is a 56 year old female Chinese national from Wuhan who arrived in Singapore with her fami...
Spring Greetings Buffet Promos Lexis Suites Penang For Chinese New Year 2020

Spring Greetings Buffet Promos Lexis Suites Penang For Chinese New Year 2020

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 469 hits
Assalammualaikum Selamat menyambut tahun baru cina First time Mell ikut celebrate Chinese New Year dekat Lexis Suites Hotel Penang Banyak betul menu pilihan kami juga berpeluang untuk melihat sendiri hidangan yee sang disediakan oleh keluar...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi