Ulasan Ecrl










 Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil



ULASAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 km dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50.27 bilion membabitkan jajaran empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Projek tersebut telah dimulakan sejak tahun 2017 namun ia terhenti seketika pada Julai 2018 dan disambung semula pada April 2019.





Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Nazli Aziz berpendapat bahawa ECRL bakal mengubah landskap dan merangsang pertumbuhan ekonomi dengan membawa pelbagai limpahan manfaat.





Projek tersebut mampu menyingkatkan perjalanan daripada Kota Bharu (Kelantan) ke Gombak (Selangor) dalam tempoh masa 4 jam sahaja. Perubahan landskap tersebut bakal membuka peluang dan ruang untuk industri pelancongan, bilangan pelancong yang bertambah boleh dimanfaatkan dengan mencipta peluang pekerjaan baharu serta pembangunan keusahawanan kepada masyarakat tempatan.





Jajaran Selangor paling kritikal





Di sebalik kesan positif yang bakal dicipta oleh Projek ECRL, pembinaan projek tersebut menghadapi beberapa kekangan. Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata ECRL yang melibatkan jajaran Selangor disifatkan sebagai paling kritikal berbanding tiga negeri lain kerana melibatkan pelbagai jenis pembinaan selain jambatan dan terowong.









Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil





Jajaran ECRL melibatkan Negeri Selangor telah mengalami perubahan sebanyak tiga kali (2017, 2019 dan 2020). Kerajaan Negeri Selangor terpaksa melakukan pelan mitigasi terhadap cadangan jajaran ECRL untuk mengurangkan kesan impak sosial dan alam sekitar.





Pelan jajaran ECRL 2020 dianggap yang paling baik kerana telah mengambil kira perkara-perkara berkaitan pengambilan Tanah Rizab Melayu, penempatan Orang Asli, Hutan Simpan Kekal, kawasan-kawasan sensitif seperti tanah gambut dan cerun. Mantan Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim adalah ‘hulubalang’ yang telah memastikan Projek ECRL tidak akan menjejaskan kepentingan sumber air Selangor (beliau terpaksa berhadapan dengan Pengerusi Port Klang Free Zone dan Menteri Pengangkutan Malaysia demi perjuangan tersebut).





Namun tidak dapat dinafikan bahawa dalam usaha perlaksanaan ECRL terdapat kawasan penempatan rakyat Negeri Selangor yang terpaksa dikorbankan (selepas pertimbangan sedalamnya). Kampung Bunga Raya Subang dan Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak adalah antara kawasan di mana penduduknya terpaksa dipindahkan demi memberi laluan kepada Projek ECRL.





Namun pemindahan penduduk di kawasan penempatan tersebut dilakukan secara perundingan panjang dan disertakan pampasan yang berpatutan. Pemindahan penduduk dari kawasan berkenaan tidak mendapat halangan daripada badan judisiari di Malaysia kerana semenjak awal tanah untuk kawasan penempatan tersebut tidak tergolong dalam kawasan yang diwartakan (Tanah Rizab Melayu, penempatan Orang Asli, Hutan Simpan Kekal).





Tanah untuk kawasan Kampung Bunga Raya Subang secara sahnya adalah milik pemaju Dania Emas (M) Sdn. Bhd. manakala tanah untuk kawasan Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.





Tidak aniaya penduduk





Tiada niat Kerajaan Negeri Selangor ingin menganiaya penduduk yang terkesan akibat pembangunan Projek ECRL. Janji Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam isu tersebut adalah Kerajaan Negeri menawarkan penyelesaian terbaik menang-menang kepada penduduk termasuk menggantikan rumah mereka yang terbabit dengan projek tersebut.





Perkara ini telah dilakukan semenjak tahun 2023 di mana Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor, Borhan Aman Shah mengisytiharkan bahawa penduduk Kampung Desa Mukmin Warisan Gombak akan menerima ex-gratia dan tawaran rumah Rumah Selangorku (RSKU).





Penduduk Kampung Bunga Raya Subang pula telah ditawarkan Rumah SelangorKu dan kediaman di bawah Skim Smart Sewa Selangor. Sesungguhnya kerajaan Negeri Selangor bukanlah kerajaan terbaik, namun usaha dan niat kerajaan ini tidak pernah cuba untuk menyusahkan atau menindas rakyat.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Selangor

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/ulasan-ecrl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Stesen Ecrl Seluruh Malaysia

Senarai Stesen Ecrl Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 186 hits
Berapa senarai Stesen ECRL seluruh Malaysia Negara Malaysia bakal mempunyai laluan kereta api pantas melalui projek East Cost Rail Link Dijangkakan projek ini akan siap sepenuhnya pada tahun 2026 Ia dijangka akan memudahkan urusan ekonomi d...
Kerja Pemasangan Landasan Ecrl Fasa Pertama Siap Sebulan Awal

Kerja Pemasangan Landasan Ecrl Fasa Pertama Siap Sebulan Awal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Kerja kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur untuk fasa pertama dari Kuantan Port City di sini ke Dungun Terengganu sejauh 92 kilometer bagi jajaran utama sudah siap sebulan lebih awal daripada dijadualkan Mesin pe...
Pempengaruh Berdepan Hukuman Penjara Kerana Ulasan Puri Tomato

Pempengaruh Berdepan Hukuman Penjara Kerana Ulasan Puri Tomato

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 161 hits
AgensiCHIOMA Okoli FOTO FacebookAbuja Seorang wanita Nigeria yang juga pempengaruh berdepan hukuman penjara tujuh tahun kerana mengkritik mengenai puri tomato secara dalam talian lapor portal Metro UK Chioma Okoli yang mempunyai ramai pengi...
Ulasan L Kalau Boleh Kita Kembali Kepada Asal

Ulasan L Kalau Boleh Kita Kembali Kepada Asal

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 101 hits
malaysiakini comULASAN l Saya alu alukan tindakan Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh mengembalikan peranan pergerakan itu sebagai kumpulan pendesak Untuk sekian lama ketua ketua Pemuda Umno gagal menampilkan diri sebagai pendesak Mere...
Ulasan Melengahkan Cukai Orang Kaya

Ulasan Melengahkan Cukai Orang Kaya

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 281 hits
malaysiakini comULASAN Akhirnya sudah muktamad bahawa satu lagi agenda dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah tertangguh iaitu Cukai Barang Bernilai Tinggi Ketika ia diumumkan keraja...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names