Ulasan Melengahkan Cukai Orang Kaya


malaysiakini.com
Amira Aisya Abd Aziz
Diterbitkan: Mar 31, 2024 10:21 AM
ULASAN | Akhirnya sudah muktamad bahawa satu lagi agenda dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah tertangguh, iaitu Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT).

Ketika ia diumumkan, kerajaan Madani dilihat mahu cuba menyelamatkan golongan marhaen dengan mengenakan lebih banyak tekanan cukai ke atas golongan berkemampuan dan golongan lebih berada.

Tapi sejak pembentangan Belanjawan 2024 lalu, apa yang berlaku adalah sebalikya. Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) naik daripada 6 peratus kepada 8 peratus.

Bukan saja SST naik, skop cukai itu juga diperluaskan. Maknanya lebih banyak barang akan dikenakan cukai.

Cukai untuk perkhidmatan digital juga naik daripada 6 peratus kepada 8 peratus. Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVGT) sampai 10 peratus.

Ini semua cukai yang akan memberi impak paling besar kepada majoriti pengguna di Malaysia, iaitu kumpulan yang tersepit dalam suasana gaji kecil, peluang kerja yang sedikit dan kos sara hidup tidak sepadan dengan pendapatan.

Golongan yang berkemampuan dan pembeli barangan mewah serta bernilai tinggi? Tangguh dahulu. Nanti sahajalah.

Persoalannya, kenapa kerajaan ghairah benar mencukai golongan marhaen tapi culas dan liat untuk buat hal yang sama kepada orang kaya?

Dalam laporan Awani ada disebut alasan yang diberikan kenapa kerajaan liat untuk membentangkan HVGT, iaitu perselisihan pendapat mengenai definisi "barangan bernilai tinggi" serta julat harga barangan yang tertakluk kepada cukai.

Tiada penjelasan diberi

Ia berlaku walaupun dialog dan perundingan berterusan dibuat dengan pemain industri runcit dan persaudaraan cukai.

Tapi definisi barangan bernilai rendah di dalam LVGT mudah pula dirunding dan diberi kata putus. Keputusan untuk meluaskan skop SST cepat pula. Mahu caj pengguna digital, laju.

Tapi HVGT lambat. Belum ada khabar bila akhirnya kerajaan mahu membentangkan Rang Undang-undang HVGT.

Saya masih ingat apabila pembentangan HVGT dibuat dalam Belanjawan 2024, kerajaan menyenaraikan contoh-contoh barangan mewah seperti kenderaan import mewah, jam tangan bernilai lebih RM20,000, barangan kemas dan kapal terbang peribadi.

Waktu dibentang, banyak juga senarai itu disebarkan untuk meyakinkan orang ramai bahawa cukai tersebut adalah adil. Kamu berharta, kamu sumbanglah kepada negara dengan cukai lebih tinggi.
Tapi akhirnya tangguh. Mahu laksana 1 Mei 2024 tapi Parlimen ditangguhkan sehingga 24 Jun.

Tangguh sebab apa? Tidak ada siapa yang memberikan penjelasan mahupun meredakan tekanan orang ramai yang sudah mula berspekulasi soal perlawanan kelas antara marhaen dan kaya.

Saya bukan anticukai. Saya tahu dan faham benar negara ini sudah hilang banyak kekayaan dan wang rakyat apabila Umno memerintah.

Saya juga tahu nanti berbodong-bodong kumpulan penyokong kerajaan yang akan tuduh saya procetak wang, tidak mahu ekonomi yang lebih progresif dan sebagainya.

Hakikatnya, Muda bukan anticukai tapi Muda anticukai hanya untuk marhaen. Biar adil dan sama-sama merasa kek ekonomi negara.

Saya nak ingatkan juga bahawa Muda adalah satu-satunya ahli parlimen yang bersuara di dalam Dewan Rakyat untuk kenakan Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) kepada syarikat pengeluar sarung tangan getah yang untung berlipat-lipat kali ganda sewaktu pandemik Covid-19 berlaku.

Ada kenderaan elektrik

Waktu itu, Umno mahupun PN yang memerintah – semua tidak endahkan cadangan tersebut. Walhal syarikat-syarikat terbabit mengaut untung luar biasa ketika rakyat sedang susah dengan pandemik.

Penyokong Madani yang membaca rencana ini janganlah menuduh bahawa saya dan rakyat lain tidak mahu membayar cukai, apatah lagi kononnya kita tidak faham mengapa cukai ini baik untuk pembangunan negara.

Nak cukai, cukailah. Tapi biarlah adil, biarlah saksama.

Saya juga mahu ingatkan kerajaan bahawa jikalau mereka mempunyai iltizam politik yang bersih dan adil dalam hal pencukaian, rakyat pasti akan menyokong.

Macam negara-negara luar yang cukainya jauh lebih tinggi misalnya, tetapi pembahagian kek ekonomi itu dipecah-pecahkan dengan adil dan bukannya secara perbezaan dua darjat.

Tetapi kalau sekejap-sekejap mahu cukaikan marhaen yang mahu membeli barangan peribadi di platform digital, mahu tambah cukai sewaktu marhaen beli barangan harian dan makan minum, segerakanlah cukai kepada orang kaya juga.

Orang kaya sudah punya kenderaan elektrik, penangguhan cukai itu ini tapi marhaen masih bergelut dengan cukai-cukai tambahan dengan gaji yang tak naik-naik.

Tulang belakang sebenar ekonomi bukanlah milik hartawan tetapi milik marhaen dan pekerja. Jagalah yang 90 daripada menimang-nimang yang 10.

AMIRA AISYA ABD AZIZ ialah pemangku Presiden Muda dan Adun Puteri Wangsa, Johor.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/ulasan-melengahkan-cukai-orang-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Yang Paling Kaya Didunia Dan Siapa Yang Paling Kaya Di Malaysia

Individu Yang Paling Kaya Didunia Dan Siapa Yang Paling Kaya Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 275 hits
Robert Kuok individu paling kaya di MalaysiaFMT ReportersPETALING JAYA Pengasas hotel dan hartanah Robert Kuok sekali lagi disenaraikan dalam senarai Billionaire Forbes 2024 berada di tempat ke 176 dengan nilai bersih sebanyak USD11 4 bilio...
Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

Kupang Kaya Dengan Nutrisi Bermanfaat Untuk Kanak Kanak Begini Cara Siang Dengan Betul

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 177 hits
Kupang merupakan salah satu sumber makanan laut yang kaya dengan nutrisi penting yang bermanfaat untuk kanak kanak Walaupun kupang mempunyai banyak manfaat kesihatan penting juga untuk memperhatikan risiko alergi makanan laut dan memastikan...
Kelebihan Menjadi Kaya Dengan Surah Al Waqiah Dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah

Kelebihan Menjadi Kaya Dengan Surah Al Waqiah Dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 205 hits
Kelebihan Menjadi Kaya dengan Surah Al Waqiah dan Tafsir Ringkas Surah Al Waqiah 11 Berapakah kerap anda membaca surah Al Waqiah dalam sehari Jika kita memahami kelebihan surah pasti kita akan menjadikan surah ini sebagai amalan selepas sol...
Cukai Tanah Johor Semakan Dan Cara Bayar

Cukai Tanah Johor Semakan Dan Cara Bayar

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 316 hits
Bagi pemilik tanah atau bangunan di Johor anda seharusnya sedia maklum akan kewajipan anda membayar Cukai Tanah kepada kerajaan negeri Johor Ramai juga yang terkeliru antara Cukai Tanah dan Cukai Pintu adakah kedua duanya sama Cukai Tanah C...
Bukan Bts Atau Blackpink Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K Pop Kini

Bukan Bts Atau Blackpink Lelaki Ini Dilapor Penyanyi Paling Kaya Dalam Industri K Pop Kini

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 219 hits
Kalau cakap tentang kumpulan K Pop paling popular nama BTS BLACKPINK atau TWICE pasti akan meniti di bibir orang ramai Artikel Berkaitan Namun begitu menurut laporan dari Ten Asia Park Jin young atau juga dikenali sebagai JY Park adalah pen...
Resipi Puding Sekaya Terengganu Seri Kaya Telur

Resipi Puding Sekaya Terengganu Seri Kaya Telur

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 245 hits
Kenal ke korang dengan puding sekaya Terengganu ni eh Selain dikenali sebagai Puding Sekaya ada juga yang menggelar kuih ni Seri Kaya Telur Tak tahulah di tempat korang dipanggil apa pula kan tapi kalau di Pantai Timur sebut je puding sekay...
Subsidi Dimonopoli Orang Kaya Diguna Warga Asing Dirompak Penyeludup Dan Penyamun

Subsidi Dimonopoli Orang Kaya Diguna Warga Asing Dirompak Penyeludup Dan Penyamun

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 206 hits
HarapandailyAHMAD MURSILima kali pemandu Grab isi minyak motor Yamaha Y15 bayar RM43 hanya dapat Subsidi RM27 Sekali pemandu BMW isi minyak RM143 dapat subsidi RM91 Golongan T20 guna RM17 bilion subsidi pada tahun 2022 kata Ahmad Maslan di ...
Kaya Weh Peminat Terkejut Lihat Yg Entertainment Belanja Wang Sebanyak Ini Untuk Sambung Kontrak Dengan Blackpink

Kaya Weh Peminat Terkejut Lihat Yg Entertainment Belanja Wang Sebanyak Ini Untuk Sambung Kontrak Dengan Blackpink

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 133 hits
Merupakan antara aset terbesar syarikat tidak terkejutlah jika YG Entertainment sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk kekalkan kontrak bersama BLACKPINK ARTIKEL BERKAITAN Pada Disember 2023 YG Entertainment mengumumkan bahawa semua ah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia