Ulasan L Kalau Boleh Kita Kembali Kepada Asal


malaysiakini.com
A Kadir Jasin
Diterbitkan: Mar 28, 2024 4:08 PM
ULASAN l Saya alu-alukan tindakan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh, mengembalikan peranan pergerakan itu sebagai kumpulan pendesak.

Untuk sekian lama, ketua-ketua Pemuda Umno gagal menampilkan diri sebagai pendesak. Mereka lebih mengutamakan keserasian dengan pucuk pimpinan dan jawatan.
Dr Muhamad Akmal SalehMuhamad Akmal, seorang doktor perubatan, sudah pun mempunyai kedudukan yang cukup baik apabila menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada tahun 2021 dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri. Beliau kini Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sejak dua minggu lalu, apabila tercetus isu penjualan stoking dengan nama "Allah" oleh rangkaian kedai KK Mart, beliau muncul sebagai pendesak utama mewakili orang Melayu dan Islam.

Kalau boleh saya guna ungkapan bahasa Inggeris, "he had made his point loud and clear". Beliau sudah menyatakan pendiriannya dengan kuat dan jelas.

Atas desakan beliau dan banyak pihak lain serta perjalanan biasa undang-undang, tindakan telah dan sedang diambil ke atas pemilik KK Mart serta pihak-pihak berkaitan.

Buat permulaan, mereka telah disiasat dan didakwa di mahkamah. Sebelum itu, mereka telah memohon maaf.
Saya rasa hanya orang paling bodoh, bangang dan sengaja cari penyakit saja yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham sentimen dan sensitiviti orang Melayu dalam hal-hal berkaitan kalimah Allah, al-Quran dan Rasulullah (SAW).

Jadi, mana-mana pihak yang hendak bekerjasama dengan orang Melayu, termasuk menjadikan mereka pelanggan, hendaklah sensitif dan berusaha seboleh-bolehnya menyaring agar barang dagangan yang boleh menimbulkan bantahan tidak ada di kedai mereka.

Lagi elok kalau rangkaian pasar besar macam KK Mart mewujudkan panel terdiri daripada pakar dari semua agama bagi menasihati mereka.

Rasanya tidaklah susah sangat bagi pasar-pasar raya mendapatkan nasihat luar, memasang papan tanda yang jelas bagi setiap kategori barang dan mematuhi peraturan memisahkan barang-barang tidak halal dengan barang-barang halal.

Kalau boleh, kita kembalilah kepada yang asal. Kita hentikan kempen boikot (kecuali yang berkaitan isu Palestin).

Kalau tidak mahu berlanggan dengan KK Mart atau mana-mana perniagaan, itu hak kita. Sebagai pengguna ada hak kita memilih.

Lagipun, melainkan masyarakat perniagaan kita bodoh, bangang dan rasis, mereka tentu mengiktiraf peranan dan kuasa membeli (purchasing power) pengguna Melayu-Islam.

Berbalik kepada Dr Muhamad Akmal, saya tidak kenal beliau secara peribadi. Malah hanya sejak kempen boikot KK Mart ini barulah beliau muncul dalam kesedaran (consciousness) saya.
Saya tertarik dengan keberanian, komitmen dan kepetahan beliau berhujah. Umno memerlukan orang muda berkeluasan profesional macam beliau kalau tidak mahu terus menjadi rumput di tengah jalan dan melukut di tepi gantang.

A KADIR JASIN ialah bekas ketua pengarang kumpulan NSTP (M) Bhd dan pernah menjadi penasihat media kepada perdana menteri.

Tulisan ini asalnya disiarkan di media sosial dengan tajuk “Berlanggan Hak Asasi Pengguna”. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/ulasan-l-kalau-boleh-kita-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Dulu Dia Boleh Terima Zarina Zainuddin Harap Bella Ubah Fikiran Kembali Bersama Aliff Setelah Berpisah

Kenapa Dulu Dia Boleh Terima Zarina Zainuddin Harap Bella Ubah Fikiran Kembali Bersama Aliff Setelah Berpisah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 166 hits
Pelakon senior Zarina Zainuddin berharap pasangan pelakon sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah mengekalkan hubungan baik mereka meskipun sedang diuji dengan dugaan kemelut rumah tangga Berpisah sekejap Menurut Zarina dia berpendapat tidak ...
Ibu Rayu Dhia Batrisyia Pulang Rela Ganti Nyawa Asal Anak Kembali

Ibu Rayu Dhia Batrisyia Pulang Rela Ganti Nyawa Asal Anak Kembali

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 171 hits
Dilaporkan hilang sejak awal Ramadan ibu rayu Dhia Batrisyia pulang agar dapat menemui adiknya yang begitu akrab dengan kanak kanak terbabit Menerusi luahan ibu kepada Dhia Batrisyia Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili 41 dia merayu aga...
Ma Ruf Amin Jalani Ramadan Terakhir Sebagai Wapres Tahun Depan Kembali Ke Habitat Dakwah

Ma Ruf Amin Jalani Ramadan Terakhir Sebagai Wapres Tahun Depan Kembali Ke Habitat Dakwah

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 162 hits
Wakil Presiden Ma ruf Amin mengatakan Ramadan 2024 1445 merupakan yang terakhir dijalaninya sebagai Wapres
Setelah Lama Ditutup Jalur Pendakian Gunung Rinjani Kembali Dibuka

Setelah Lama Ditutup Jalur Pendakian Gunung Rinjani Kembali Dibuka

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 128 hits
Pemesanan tiket pendakian melalui aplikasi e Rinjani dapat diunduh di Playstore
Dukungan Ke Airlangga Untuk Aklamasi Kembali Pimpin Golkar Dinilai Wajar

Dukungan Ke Airlangga Untuk Aklamasi Kembali Pimpin Golkar Dinilai Wajar

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 95 hits
Airlangga dinilai berhasil dengan membawa Golkar berada di urutan kedua pada Pemilu 2024
Saat Pengasuh Ponpes Se Indonesia Ajak Pemimpin Bangsa Kembali Bersatu Usai Pemilu 2024

Saat Pengasuh Ponpes Se Indonesia Ajak Pemimpin Bangsa Kembali Bersatu Usai Pemilu 2024

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 191 hits
MP3I sebagai wadah para Kiai dan Bu Nyai pengasuh pondok pesantren di seluruh Indonesia
Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 221 hits
freemalaysiatoday com 29 Mar 2024Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak gah seperti sebelum ini dan memilih jalan solo perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 ...
Jijik Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

Jijik Gosip Cinta Dengan Kim Saeron Dikritik Netizen Imbas Kembali Ciri Wanita Idaman Kim Soohyun

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 206 hits
Drama Queen of Tears popular Kim Soo hyun tidak semena mena telah terpalit kontroversi ARTIKEL BERKAITAN Pada 24 Mac Kim Sae ron telah memuat naik foto intim bersama Kim Soo hyun menimbulkan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta kini Namu...
Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

High Court Strikes Out Suhaili S Lawsuit Against Bersatu Labuan Seat In Jeopardy

The Rosetta Stone Decoding Ancient Egypt S Lost Language

Tangki Air Bocor Tukar Tangki Air Baru

Sotong Masak Kicap Untuk Ammar Yahya

Dongeng Terbalik Yang Membalikkan Cerita