Ular Menyusur Akar
Sengaja saya menunggu sedikit lama untuk memberi respon kepada keadaan politik semasa. Perihal pemecatan beberapa orang menteri kabinet yang menjadi isu hangat semasa. Saya menunggu sehingga keadaan menjadi sedikit reda sebelum membuat komen
Pemecatan TS Muhyiddin Yassin dari Timbalan Perdana Menteri serta DS Shafie Afdal antara orang kuat dalam parti UMNO dari jawatan menterinya adalah wajar. Kerana itu adalah hak mutlak Perdana Menteri.
Presiden UMNO sebagai 'abang besar' dalam parti komponen Barisan Nasional lazimnya setelah memenangi Pilihanraya Umum akan dilantik sebagai Perdana Menteri dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung
Kemudian terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk menentukan jemaah menterinya dengan perkenan Yang Di Pertuan Agung
Saya mempertahankan tindakan DS Najib terhadap pemecatan yang dilakukannya berdasarkan hak mutlak beliau memilih dan menentukan jemaah kabinet tanpa menafikan hak ahli UMNO dengan dengan menyingkirkan mereka dari jawatan didalam parti. Mereka masih sah dan masih dapat meneruskan perjuangan mereka didalam parti, sekiranya mereka masih ikhlas memperjuangkan dasar-dasar parti
Saya sudah menulis mengenai tindakan 'membersihkan' kabinet DS Najib tidak lama dulu. (Baca DS NAJIB : BANGKIT MELAWAN.. SINGKIRKAN... ATAU BERUNDUR). Sesiapapun didalam keadaan sedemikian harus dan mesti melakukan tindakan serupa iaitu bangkit melawan serta menyingkirkan sesiapa yang tidak sehaluan dengannya atau mengambil tindakan mengalah dan berundur.
Justeru, DS Najib telah melakukan tindakan yang betul dalam mempertahankan dirinya. Saya puji keberanian beliau yang tentunya dalam keadaan yang sangat sukar dalam membuat keputusan
DS Najib tidak perlu bimbang kerana terpaksa memecat timbalannya kerana sebelum ini, 'mantan' telah terlebih dahulu dan mencipta sejarah memecat beberapa timbalan-timbalan beliau. Dan pemecatan terakhir yang beliau lakukan adalah memecat DS Anwar dengan alasan dan tuduhan meliwat
Pemecatan DS Anwar menimbulkan perpecahan besar didalam UMNO sehingga ramai yang mengikuti beliau sehingga tertubuhnya PKR. Sehingga tercatatnya dalam sejarah ianya parti yang paling kuat dalam mengamalkan 'kronism'. Betapa tidak apabila isteri, anak, menantu semuanya berjawatan penting didalam parti dengan mengenepikan hak orang lain
DS Anwar dan kroninya serta dibantu 'anjing-anjingnya' akan tetap dan terus melawan sehingga beliau mendapat apa yang dihajatnya, iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. Kerana itu tidak hairanlah mereka sentiasa menganjurkan berbagai tunjuk perasaan dengan tujuan melemahkan kerajaan
Tunjuk perasaan jalanan sememangnya tidak digemari oleh 'mantan' ketika beliau masih berkuasa. Namun amat menghairankan apabila 'si-mantan' tiba-tiba menyuarakan dan bersetuju agar rakyat mengadakan tunjuk perasaan jalanan untuk menjatuhkan Perdana Menteri setelah melihat DS Najib tetap teguh mempertahankan kedudukannya
Mungkin 'mantan' menganggap bahawa DS Najib sama lemahnya dengan 'Bapak Mertua' dan akan segera berundur apabila didesak. Namun tentunya 'mantan' tersilap dan sangat kecewa
Walauapa sekalipun alasan yang diberikan namun rakyat melihat ketidakpuashatian 'mantan' hanyalah semata-mata untuk memastikan kedudukan 'anakanda' terjamin untuk tempat sebagai Perdana Menteri disamping terus menjamin 'kroni' akan tetap mendapat bahagian masing-masing dari 'harta rampasan perang'
Kepada meraka yang terpecat, teruskanlah berjuang didalam dan demi parti keramat UMNO ini, atau jika meraka sangat kecewa maka bolehlah berundur dan 'menyeberangi sempadan'. Sejarah orang kecewa banyak mencatatkan bahawa jalan terakhir adalah menyertai parti lain dan memburuk-burukan UMNO parti yang telah memberikan mereka tempat dan kehormatan sebelum ini
Jika benar berani, teruskan berjuang didalam UMNO... hidup dan mati didalam UMNO.. atau jadilah 'si-bacul' yang pengecut dan meninggalkan parti. 'Ular menyusur akar tidakan hilang bisanya'.
Baca juga:
BILA NAJIB 'DILAGAKAN' DENGAN MUHYIDDIN, SIAPA KITA PILIH?POLITIK ERA TUN 'M'.... MASA NAJIB BANGKIT SUDAH TIBAAPA YANG TUN 'M' NAK ?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2015/08/ular-menyusur-akar.html