Ke Mana Akhirnya Ketetapan Pau2020 Apakah Kata Nafsu Pemimpin Lebih Tinggi Daripada Suara Akar Umbi


 
Perkara terbesar yang menjadi pertaruhan, malah mungkin dijadikan korban berikutan keputusan mesyuarat MT UMNO memberi mandat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk berunding dengan parti-parti dalam kerajaan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka ialah ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020.
Ketetapan PAU 2020 ialah UMNO sebulat suara memuktamadkan putus hubungan dan tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.
Maksud mandat untuk Ismail Sabri berunding dengan parti-parti dalam kerajaan itu pula tentulah dengan Bersatu dan Pas.
Mengadakan rundingan dengan Pas barangkali bukan menjadi masalah buat UMNO kerana tiada sebarang ketetapan menghalangnya, meskipun Pas adalah anggota rasmi PN bersama Bersatu, tetapi cuba berunding dengan Bersatu adalah suatu kesalahan bagi parti itu.
Ini berikutan PAU 2020 telah membuat ketetapan yang jelas iaitu UMNO akan memutuskan hubungan dan tidak sama sekali bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.
Memang benar yang ingin dirunding itu hanyalah berkaitan PRN Melaka dan bukannya PRU15, tetapi kita juga tahu bahawa kerjasama UMNO dengan Bersatu, jika berlaku dalam PRN Melaka, ia pasti akan meleret sehingga kepada PRU15.
Sepatutnya apabila sudah ada ketetapan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15, UMNO tidak harus sama sekali ada sebarang rundingan lagi atau cuba membentuk kerjasama dengan parti pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu, baik dalam mana-mana PRK atau PRN.
Untuk apa ditetapkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 jika dalam apa-apa pilihanraya, baik PRK dan PRN sebelum tibanya tarikh PRU15, UMNO masih boleh berunding dan ingin bekerjasama dengan Bersatu?
Adakah Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan lain-lain pemimpinnya yang membuat keputusan memberi mandat kepada Ismail Sabri itu benar-benar faham dengan ketetapan PAU 2020 serta menjiwai semangat ketetapan tersebut?
Begitu juga dengan Ismail Sabri yang nampaknya seronok diberi mandat berunding dengan Bersatu itu, adakah beliau juga faham dengan ketetapan PAU 2020 serta semangatnya?
Apatah lagi, Ismail Sabri yang dilantik untuk berunding itu pula adalah pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan paling besar iaitu takut kehilangan jawatan Perdana Menterinya jika rundingan menemui jalan buntu.
Kedudukan beliau boleh jatuh jika Bersatu atau PN mengambil tindakan menarik sokongan atau membuat keputusan tidak menyokong Belanjawan 2022 di Parlimen.
Dengan yang demikian, Ismail Sabri hampir pasti akan melakukan apa saja untuk memastikan rundingan dengan Bersatu itu menemui kejayaan.
Sebagai tambahan, Ismail Sabri turut merupakan antara pemimpin UMNO diketahui umum pro kepada Bersatu sejak era Mahiaddin jadi Perdana Menteri lagi dan tidak bersama dengan keputusan MT UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri sebelum ini.
Bahkan, beliau ketika itu sibuk mengatur perjumpaan bersama pemimpin kluster kabinet dalam UMNO untuk mempertahankan Mahiaddin dan kerajaan PN.
Dengan latar belakang Ismail itu, selain UMNO membuat keputusan memberi mandat kepadanya untuk berundung dengan Bersatu, apa jadi akhrinya kepada ketetapan PAU 2020?
Apakah suara akar umbi masih ada harga dan nilainya dalam UMNO jika ketetapan PAU sendiri begitu senang diperleceh, bahkan cuba dibuang ke dalam bakul sampah begitu saja?
Apa juga makna dan nilai suara akar umbi itu sendiri yang mana selama ini pemimpin-pemimpin UMNO begitu meletakkannya sebagai sumber kekuatan parti?
Kalau suara akar umbi sudah tiada nilainya lagi, lebih baik dimansuhkan saja peraturan yang mengatakan ketetapan PAU adalah keputusan yang tertinggi sekali dalam UMNO.
Lebih munasabah diletakkan peraturan baru – keputusan tertinggi dalam UMNO ialah nafsu pemimpinnya sendiri. – ShahbudinHusin 01/11/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/ketetapan-pau-2020adakah-nafsu-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

Prn Melaka 9 Daripada 10 Akar Umbi Umno Tolak Bersatu Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 334 hits
October 27 2021 4 57 PMTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu akan mengambil semua pandangan dan maklum balas dalam merangka kerjasama pada pilihan raya negeri Melaka PETALING JAYA Daripada 10 ahli akar umbi Umno sembilan me...
Gbp Usd Bolehkah Pembeli Mengambilnya Lebih Tinggi

Gbp Usd Bolehkah Pembeli Mengambilnya Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 243 hits
Saluran Menaik Bagi Pasangan GBP USD Pasangan mata wang GBP USD didagangkan pada tahap 1 3757 betul betul di atas garis aliran menaik Anda dapat melihat bahawa pasangan meningkat dalam corak saluran atas Selagi ia kekal dalam pembentukan in...
Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 227 hits
November 7 2021 Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Bersatu menerima bekas ahli Umno ke partinya pada Februari 2019 PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan H...
Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

Prn Melaka Kerajaan 18 Bulan Lebih Matang Kata Bakal Km Melaka

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 339 hits
agendaily com8 11 2021Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berdepan saingan sengit di DUN Tanjung Bidara pada PRN Melaka Bakal Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan 18 bulan Barisan Nasional Melaka te...
Emas Mensasarkan Pada Paras Tinggi Yang Lebih Tinggi 1 834 04

Emas Mensasarkan Pada Paras Tinggi Yang Lebih Tinggi 1 834 04

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 270 hits
Emas didagangkan dalam wilayah hijau pada paras 1 805 46 dan ia boleh meneruskan pertumbuhannya pada bila bila masa Mengejutkan atau tidak logam kuning melonjak lebih tinggi walaupun Indeks Dolar telah meningkat dalam jangka pendek XAU USD ...
Hiburan Kenapa Bayaran Mereka Lebih Tinggi Daripada Kami Syazwan Zulkifly

Hiburan Kenapa Bayaran Mereka Lebih Tinggi Daripada Kami Syazwan Zulkifly

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 364 hits
Baru baru ini kecoh tentang segelintir penerbit yang cenderung menjadikan jumlah pengikut media sosial artis sebagai faktor menawarkan peluang berlakon dalam drama atau telefilem ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPelakon Syazwan Zulkifly berpe...
Kedah Mahu Runding Dapatkan Peruntukan Lebih Tinggi

Kedah Mahu Runding Dapatkan Peruntukan Lebih Tinggi

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 297 hits
Oleh MOHD RAFIE AZIMI MUHAMMAD SANUSI MD NORALOR SETAR Kerajaan negeri Kedah yakin pintu rundingan akan dibuka Kerajaan Persekutuan berkaitan keperluan negeri ini untuk mendapatkan jumlah peruntukan yang lebih tinggi pada masa depan Ini ber...
Mana Suara Menteri Pendidikan

Mana Suara Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 537 hits
BERTINDAK Mahu Menteri Pendidikan Segera Batalkan Projek Bina SJKC PUCHONG Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik mahu Menteri Pendidikan untuk segera membatalkan projek pembinaan Sekolah Jeni...
Bufet Ramadan Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Rasa Nusantara Buffet Dinner

Resepi Kek Lapis Batek Pelangi

Travelperk Collects 200m Boosting Its Valuation To 2 7b

Sempena Tahun Baharu Lunar Maafkanlah Razman Pemimpin Pkr Beritahu Hannah

Wanita Yang Kematiannya Disambut Oleh Para Malaikat

Lirik Lagu Cari Kawan Queen Virgo Benzooloo

Beli G Shock Kat Dataran Pahlawan

Govt Merges 3 Cabinet Committees On Health Into One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Uncle Mike And His Boys Ring In The Tung Tung Chiang

What Is There To Do During Chinese New Year In Malaysia

Panduan Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025

Queen Virgo Benzooloo Cari Kawan Chord

Nowseeheart Ku Harap Cinta Chord