Biodata Vivy Yusof Usahawan Ikon Fesyen Malaysia


Sebut sahaja tentang ikon fesyen di Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan nama Vivy Yusof yang sering muncul dalam majalah dan di acara-acara fesyen. Gaya beliau yang moden dan sopan telah menjadi inspirasi kepada ramai wanita muslimah.
Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu dikenali ramai dalam industri fesyen Malaysia, Vivy Yusof.
Baca juga:
Yahya Sinwar : Biodata Arkitek Di Sebalik Operasi Taufan al-Aqsa  Biodata Khairul Aming – Influencer & Usahawan Sambal Nyet Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya Latar Belakang Kredit: Instagram @vivyyusof
NamaDatin Vivy Sofinas binti YusofNama PanggilanVivy Yusof, VivyTarikh Lahir11 Disember 1987Tempat LahirKajang, SelangorPendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-undang dari London School of Economics (LSE)PekerjaanUsahawan, personaliti televisyen, pengasas bersama FashionValet dan The dUCk GroupAkaun Media SosialInstagram @vivyyusof Kehidupan Peribadi Vivy Yusof adalah anak kepada pasangan Dato’ Yusof Jusoh dan dan Datin Aishah Jelani. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik.
Pada tahun 2012, Vivy menamatkan zaman bujangnya bersama rakan sekolejnya, Fadzaruddin Shah Anuar.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah (2013), Mariam Iman Shah (2015), Sarah Ilham Shah (2018), dan Idris Ali Shah (2021).
Kredit: Instagram @vivyyusof Kerjaya & Profesional Pada tahun 2010, Vivy Yusof bersama tunangnya ketika itu, Fadza, telah mengasaskan FashionValet iaitu sebuah platform e-dagang yang memasarkan jenama fesyen tempatan.
Pada tahun 2012, Vivy dan Fadza memenangi dana pelaburan RM1 juta oleh MyEG Services Bhd, setelah mendapat tempat pertama dalam Make The Pitch, sebuah rancangan televisyen realiti.
FashionValet berkembang pesat dan menjadi salah satu platform fesyen terkemuka di Malaysia. Pada tahun 2014, Vivy melancarkan pula jenama dUCK, yang menawarkan koleksi hijab dan aksesori gaya hidup premium.
Selain kejayaan dalam perniagaan, Vivy juga aktif dalam media sosial yang mempunyai 1.8 juta pengikut di Instagram. Beliau berkongsi tentang kehidupan peribadi, kerjaya, dan pandangan fesyen melalui platform tersebut.
Sebelum menjadi terkenal di media sosial, Vivy aktif menulis di blog peribadinya, Prodduck, di mana dia berkongsi kisah tentang kehidupan, fesyen dan inspirasi perniagaan.
Walaupun sibuk dengan perniagaan, Vivy aktif dalam usaha memperkasakan wanita dan memberi inspirasi kepada generasi muda melalui ceramah dan program motivasi.
Pada tahun 2016, Vivy membintangi program realiti televisyen “Love, Vivy” yang disiarkan di Astro Ria, memaparkan kehidupan sehariannya sebagai usahawan dan ibu.
Pencapaian Vivy Yusof Vivy telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan, antaranya:
Bella Business Award 2013 Ikon Wanita Puteri UMNO pada tahun 2014 Young Entrepreneur Award (Tribute to Women Malaysia) 2016/ Young Entrepreneur of the Year Award (Asean@50 Achievement Awards) 2017. Forbes 30 Under 30 Asia pada tahun 2017. Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee for the Great Women of Time Awards 2015. 60 Wanita Inspirasi Nona. Pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Mei 2019. Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017. Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016. Entrepreneur Par Excellence (Malaysia Tatler) 2019. Pada Disember 2022, Vivy Yusof telah menerbitkan sebuah buku pertamanya bertajuk “The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur”.
Buku ini mengisahkan perjalanan beliau daripada seorang penulis blog kepada usahawan berjaya, termasuk cabaran dan kejayaan yang ditempuh sepanjang sepuluh tahun pertama kerjayanya.
Buku ini sesuai untuk usahawan muda yang ingin memahami selok-belok dunia perniagaan, khususnya dalam industri fesyen. Ia juga memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana Vivy mengimbangi kehidupan peribadi dan profesionalnya.
Anda boleh beli buku “The First Decade: My Journey from Blogger to Entrepreneur” by Vivy Yusof di sini
Beli Di Shopee Isu FashioValet Dengan Khazanah & PNB FashionValet, sebuah platform e-dagang fesyen yang diasaskan oleh Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, telah menerima pelaburan daripada Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 2018. Khazanah melabur RM27 juta, manakala PNB menyumbang RM20 juta, menjadikan jumlah pelaburan sebanyak RM47 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam syarikat tersebut.
Namun, perniagaan FashionValet menghadapi cabaran besar akibat pandemik COVID-19, yang menjejaskan prestasi kewangannya. Pada akhir tahun 2023, Khazanah dan PNB menjual pegangan mereka dalam FashionValet kepada NXBT Partners Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta, mengakibatkan kerugian kolektif sebanyak RM43.9 juta.
Kementerian Kewangan menyatakan bahawa keputusan untuk menjual pegangan tersebut adalah langkah keluar yang bertanggungjawab, memindahkan pemilikan kepada pelabur strategik yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan kewangan dan menyokong pertumbuhan perniagaan FashionValet. Kerugian yang dialami dianggap kecil berbanding dengan pendapatan keseluruhan Khazanah dan PNB pada tahun berkenaan.
Terdahulu, pasangan usahawan yang juga pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tampil memohon maaf dan mengumumkan keputusan mengundur diri daripada syarikat tersebut susulan kontroversi kerugian membabitkan institusi pelaburan negara baru-baru ini.
Kredit: Instagram @vivyyusof
Kredit: Instagram @vivyyusof Fakta Menarik Tentang Vivy Yusof Vivy memulakan perniagaan FashionValet pada usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 23 tahun. Beliau memiliki pendidikan dalam bidang undang-undang dari London School of Economics. Vivy pernah Vivy disenaraikan dalam senarai Forbes ’30 Under 30 Asia’. Beliau pernah menjadi juri dalam ‘AirAsia Runway Ready Designer’ selama 2 tahun. Beliau pernah penghias muka depan beberapa majalah berprofil tinggi di Malaysia seperti HerWold, Prestige, dan Tatler. Telah muncul di beberapa media antarabangsa termasuk BBC, The New York Times, dan Forbes. Salah seorang blogger terbaik Malaysia dengan 250K hits bulanan di blognya Proudduck. Semoga Vivy Yusof terus menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda di Malaysia melalui kejayaan dan dedikasinya dalam dunia perniagaan dan fesyen.
Sumber:
Instagram @vivyyusof Datin Vivy Yusof, Entrepreneur and Co-founder, FashionValet and The dUCk Group. Tatler

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/vivy-yusof/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=vivy-yusof

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kerugian Rm43 9 Juta Vivy Yusof Fadza Anuar Mohon Maaf Lepaskan Jawatan Dalam Fashionvalet

Hiburan Kerugian Rm43 9 Juta Vivy Yusof Fadza Anuar Mohon Maaf Lepaskan Jawatan Dalam Fashionvalet

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 150 hits
Selepas beberapa hari didesak oleh rakyat untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab ke atas kerugian pelaburan bernilai RM43 9 juta usahawan Vivy Yusof dan suami Fadza Anuar tampil bersuara Menerusi kenyataan dikeluarkan pasangan itu me...
Hiburan Rumah Digeledah Sprm Sita 11 Handbag Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai Rm200 00 Milik Vivy Yusof Fadza Anuar

Hiburan Rumah Digeledah Sprm Sita 11 Handbag Seutas Jam Tangan Mewah Bernilai Rm200 00 Milik Vivy Yusof Fadza Anuar

papar berkaitan - pada 7/11/2024 - jumlah : 129 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dilaporkan telah menyita 11 buah beg tangan milik pengasas platform e dagang FashionValet Datin Vivy Yusof Selain itu seutas jam tangan mewah dianggarkan bernilai RM200 000 juga turut dirampas selepas ...
Kredibiliti Sebagai Pereka Fesyen Dipersoal Ezuwan Ismail Tenang Busana Miss Universe Malaysia Kena Kutuk

Kredibiliti Sebagai Pereka Fesyen Dipersoal Ezuwan Ismail Tenang Busana Miss Universe Malaysia Kena Kutuk

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 127 hits
PEREKA fesyen Ezuwan Ismail tenang apabila busana rekaannya buat model Sandra Lim yang mewakili Malaysia ke Pertandingan Miss Universe ke 73 mendapat kecaman netizen Ezuwan 42 berkata walaupun kecaman dilontarkan meninggalkan kesan kepada e...
Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

Hiasan Halloween Lebih Menonjol Berbanding Perayaan Deepavali Di Mall Malaysia

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 181 hits
Sewaktu musim perayaan menghampiri satu perdebatan hangat timbul di media sosial mengenai keutamaan hiasan Halloween di pusat beli belah tempatan di mana ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana ia lebih dipromosikan berbanding Deepavali ...
Ahli Farmasi Dari Malaysia Maut Ditikam Bertubi Tubi Gelandangan Di Melbourne

Ahli Farmasi Dari Malaysia Maut Ditikam Bertubi Tubi Gelandangan Di Melbourne

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 232 hits
AgensiLEONG ditemui maut dipercayai ditikam bertubi tubi oleh gelandangan di blok pangsapuri Bellfield di timur laut Melbourne Rabu lalu FOTO NineKuala Lumpur Seorang ahli farmasi dari Malaysia Leong KC Kum Chuan 29 ditemui maut dipercayai ...
Malaysia School Academic Calendar 2025 2026 Key Dates And Holidays

Malaysia School Academic Calendar 2025 2026 Key Dates And Holidays

papar berkaitan - pada 27/10/2024 - jumlah : 265 hits
The 2025 2026 Academic Calendar which lists down school days and school holidays for students in Malaysia is out You can view the calendar below If you wish to download a copy the pdf of the calendar can be downloaded from the Kementerian P...
Domino S Double Cheeseburger Pizza Memberikan Rakyat Malaysia Pengalaman Pertama Merasai Dua Burger Dalam Satu Piza

Domino S Double Cheeseburger Pizza Memberikan Rakyat Malaysia Pengalaman Pertama Merasai Dua Burger Dalam Satu Piza

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 288 hits
Menongkah arus di dalam inovasi makanan Domino s Pizza Enterprises Ltd memperkenalkan cetusan terkini dua burger pada dalam piza Pernah terfikir bagaimana rupa atau rasanya Kini peluang anda untuk nikmatinya sendiri dengan pelancaran Double...
World S First Ever Kitkat Chocolate Drink Produced And Launched In Malaysia

World S First Ever Kitkat Chocolate Drink Produced And Launched In Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 237 hits
Nestl Malaysia is unveiling an exciting new way to have a break with the launch of the world s first KitKat Chocolate Drink This delightful beverage is a breakthrough innovation that replicates the KitKat experience in the form of a chocola...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik